❀ ŁÎBËŔŤÉ ❀

Start from the beginning
                                    

Semua kerana kemunculan Jihyo dihadapan nya. Tipulah kalau ibu muda itu tidak perasan akan senyuman tidak biasa suaminya iu.

“ awak okay, sayang? ”
Jihyo menyoal sebaik Taehyung sampai dihadapan nya.

“ saya okay, sayang. tapi— boleh saya peluk awak? ”
Taehyung tersenyum. Yang mana sebenarnya senyuman palsu.

Terus Jihyo mendakap erat tubuh suaminya setelah tersenyum manis.

❈ ❈ ❈

“ pilih anak kita, Tae— ”

“ tak! saya akan pilih awak. saya akan pilih awak, sayang. jangan buat saya
macam ni ”

Taehyung melutut dihadapan Jihyo yang kini sedang duduk diatas katil ward.

Jihyo teresak perlahan.

“ pilih anak kita atau saya tak akan bercakap lagi dengan awak. saya akan pergi kalau awak pilih saya dan bukan anak kita ”

Ugutan Jihyo mendatangkan bermacam rasa kepada Taehyung.

“ jadi, selamatkan anak kita. setidaknya, you will still have half of me with you
Sambung Jihyo lembut diselangi tangisan nya.

❈ ❈ ❈

“ awak yakin dengan keputusan awak ni, Encik Taehyung? ”

Taehyung menarik segaris senyuman paksa.

“ saya yakin. lagipun, ini arahan isteri saya. saya tak sanggup nak tolak ”

Doktor Jang ikut tersenyum.

“ jangan risau, saya akan pastikan anak awak selamat, Taehyung-ssi

“ baiklah, doc

❈ ❈ ❈

“ comelnya! ”
Jungkook yang teruja terus sahaja mengambil bayi kecil itu dari pangkuan Jimin.

Jimin tersenyum sebelum pandangan nya teralih kearah Taehyung yang sedang duduk dengan kepala yang tertunduk lemah.

“ Tae, Jihyo didalam operation room lagi? kenapa baby dah keluar, Jihyo belum? ”

Soalan yang mahu Jimin tanya sudah terlebih awal dulu ditanya oleh Jin.

Taehyung menyepi.

“ tae, dengar tak ni? ”
Namjoon mendekati lelaki kacak itu.

Terkejut Namjoon apabila Taehyung rupanya sedang menangis.

Dan dari situ, Bangtan sudah dapat menebak, ada perkara buruk yang telah berlaku atau bakal berlaku.











—————
Everything begin from LIBERTE
—————











“ Kim Nadine! ”

Kim Taehyung mengejar anak gadisnya yang kini sudah berusia 5 tahun.

“ Nadine, papa penatlah macam ni! lajunya Nadine lari! ”
Omel Taehyung namun tetap saja dia mengejar Nadine.

Kim Irene yang melihat gelagat Taehyung dan Nadine dari pintu rumah kediaman Kim itu tersenyum senang.

Siapa yang tidak gembira bila melihat lelaki kesayangan mereka dan anak kecil kesayangan mereka ketawa bersama?

Semuanya indah.

“ mummy! marilah main dengan Nadine dan papa! ”
Jeritan kecil Nadine kedengaran, memanggil gadis cantik bernama Irene itu.

Taehyung dan Irene bertukar senyuman untuk seketika.










—————
THANKYOU FOR READING♡
—————










“ malam ni Nadine tidur dengan siapa? ”

Taehyung mengabaikan soalan isterinya sebelum memeluk tubuh genit itu dari belakang.

“ dengan Irene, dia sayang sangat dekat mummy Irene dia tu ”
Balas Taehyung sebelum kembali mencium bahu isterinya yang terdedah.

Jihyo mengekeh geli.

“ berhenti, Tae! geli lah! ”
Marah Jihyo berselang tawa besarnya. Taehyung ikut tersenyum.

“ saya rasa— dah sampai masanya Nadine dapat adik— ”

Taehyung menyeringai suka apabila Jihyo mencubit lengan nya.

“ jangan bergurau! nanti awak mental lagi bila kena pilih antara saya dengan anak kita. nasib aje doktor kacak tu hebat! ”

Sebelah kening Taehyung terangkat mendengar bebelan ibu muda didalam dakapan nya itu.

“ doktor kacak? awak tahu, awak dilarang puji lelaki lain selain saya, hm? ”
Nada suara Taehyung kini berubah.

Menggoda.

Jihyo menelan liurnya payah. Dia tahu dia bakal tergoda dan dia tahu dia dan Taehyung bakal berjaga sepanjang malam.

“ kalau— Nadine datang macam mana—?”
Jihyo cuba mencari alasan apabila Taehyung sudah menindih tubuhnya.

“ dia dengan kakak saya kan? buat apa nak risau? ”
Taehyung menyeringai suka apabila Jihyo tidak punya apa-apa alasan lagi.

Kim Irene, kakak sepupu Kim Taehyung yang sejak kecil rapat dengan nya kini telah kembali ke Korea setelah mendapat berita tentang kelahiran anak buahnya.




Don't you like my plot twist?





—————
leave your respond.
vote and/or comment.
—————



THE END



until next time,


JammyChimz,
What's more?

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now