❀ 05

1.4K 272 28
                                    

|| Liberté 05 , persetujuan

❀—————❀

“ jadi, may I help you, mr.masked ?
Soal Jihyo setelah segelas minuman bergas diletakkan dihadapan Taehyung. Lelaki yang memakai mask hitam itu dalam diam tersenyum.

“ duduk ”

Dan entah kenapa, Jihyo mengikut setiap arahan yang Taehyung berikan. Sebelah kening diangkat, menyuruh Taehyung untuk meneruskan kata-kata.

“ saya ada tawaran untuk awak. saya hanya perlu persetujuan awak dan esok juga awak boleh mula bekerja dengan saya, cik ”

“ teruskan, saya mendengar ”
Taehyung tersengih apabila merasakan Jihyo sudah berasa minat dengan tawaran yang bakal dia katakan.

“ saya mampu bagi awak syurga, Jihyo ”
Ringkas tetapi menjelaskan semuanya.
“ apa maksud awak? ”
Namun, Jihyo masih lagi tidak faham.

“ saya akan bagi awak sebuah apartment mewah yang lengkap semuanya, sebuah kereta dan duit juga saya akan masukkan kedalam bank account awak setiap bulan. tapi cuma kalau— ”

“ kalau apa? ”

Potong Jihyo kerana dia sudah betul-betul berminat dengan tawaran Taehyung itu. Bukan kerana dia mata duitan tetapi dia ada sebab dia sendiri.

“ kahwin dengan saya ”

Jihyo terdiam. Taehyung juga tidak kata apa-apa. Memberi ruang dan masa untuk Jihyo berfikir dengan baik.

Sempat Taehyung memandang sekitar pub sementara menunggu jawapan dari Jihyo.

“ awak yakin..? maksud saya, tengoklah saya. kehidupan kita berbeza. orangtua awak macam mana nanti? dia suka ke bermenantu kan saya yang macam ni? ”

Kini giliran sebelah kening Taehyung pula diangkat keatas.
“ macam awak? maksudnya? ”
Soal Taehyung ingin kepastian.

“ gadis yang bekerja sebagai pelayan bar, berskirt pendek, perlu pandai melayan pelanggan, perlu pandai menarik perhatian dengan godaan— ”

Sempat Jihyo sengaja tersenyum menggoda kearah Taehyung. Lelaki itu dibuat terdiam untuk seketika. Perlahan tali leher yang dipakai Taehyung dilonggarkan tuannya sendiri.

fuhh— panas. tapi— tempat ni, aku, atau dia yang panas—? ’

Tidak lepas mata Taehyung memandang Jihyo yang berada dihadapan nya itu. Untuk kali pertama, baru Taehyung perasan sesuatu.

Wajah Jihyo bukan saja cantik semula jadi tetapi bentuk badan gadis itu juga mengiurkan. Taehyung menelan liur yang terasa payah.

Jihyo dalam diam tersenyum. Dia yakin Taehyung sudah goyah kerananya.

“ tak— kita fikirkan itu nanti. saya cuma perlukan persetujuan awak ”
Kata Taehyung dalam nada tenang yang berpura-pura.

then, not a problem but— ingat batas awak, Kim ”
Akhirnya Jihyo bersetuju.

“ batas? batas apa? ”

❀ ❀


feedback such as vote and
comment from you guys will
unlock the next draft chapters.
so, don't be silent readers, thankyou.

[C] LIBERTÉحيث تعيش القصص. اكتشف الآن