❀ 07

1.4K 253 68
                                    

|| Libreté 07 ,  mask off

❀—————❀

“ hai, goodmorning!
Sapa Jihyo ceria sambil menutup pintu kereta mewah Taehyung. Lelaki kacak itu hanya tersenyum. Dia fikir Jihyo nampaklah?

Seperti 2 kali dia berjumpa gadis itu sebelum ini, dia masih lagi memakai mask hitam. Menyorok wajahnya.

“ kita dah nak kahwin, kan? ”
Soal Jihyo mendapat anggukan kecil dari Taehyung.
“ jadi— bukalah mask tu. nak tengok juga muka bakal suami! ”

Jihyo mengusik Taehyung.
“ kalau saya buka, nanti awak pengsan pula sebab terlalu kacak ”
Taehyung mendabik dada.

Bangga dengan kekacakan yang dia miliki.
elehh— perasan! ”
Jihyo membuat mimik muka menyampah. Taehyung tertawa geli hati.

“ baiklah, saya buka ”

Jihyo tidak lepas memandang Taehyung yang perlahan-lahan membuka mask hitam yang dipakainya.
“ awak betul-betul kacak! ”

Jihyo berkata teruja apabila melihat wajah penuh Taehyung. Hidung mancung, bibir terbentuk elok, sepasang mata yang seksi.

Pada Jihyo, Taehyung sangat flawless.
Mukanya sempurna.

“ awak betul-betul tak kenal siapa saya atau awak hanya memperbodohkan saya, hm?
Soal Taehyung dengan pandangan yang berubah.

Berubah gelap, ada aura gelap. Jihyo terdiam.
“ apa awak mengarut ni? betul lah saya tak kenal awak. eh dahlah! tengok depan! ”

Balas Jihyo dengan rasa cuak. Bukan cuak kerana menipu namun kerana rasa seram dengan pandangan mata Taehyung.

“ awak kenal BTS? ”
Soal Taehyung terus.
“ BTS? penyanyi tu ya? saya tahu diorang wujud tapi saya tak layan diorang ”

Jawapan Jihyo bikin Taehyung panas.
“ habis kpop group apa je yang awak layan? ”
Soal Taehyung ingin tahu.

“ EXO! diorang semua talented dan kacak! saya dan Baekhyun EXO berkawan rapat kalau awak nak tahu ”

Berasap telinga Taehyung mendengar jawapan Jihyo. Kenapa EXO bukan grupnya BTS? Apa yang EXO ada tapi BTS tak ada? Rasanya dua grup itu sama hebat dan sama tarafnya.

“ saya Taehyung atau stagename saya V. ahli kumpulan BTS yang awak tak minat tu, huh
Kata Taehyung dalam nada sindiran.

“ awak serius? wah— saya akan kahwin dengan idol lah ni ya? ”
Sekali lagi Jihyo nampak sungguh teruja. Dalam fikirannya hanya satu.

Boleh lah dia keparti idol-idol lain dan merasa minuman mabuk yang mahal-mahal. Tch, siapa kata dia sudah menjadi baik? Dia masih berpewartakan sebagai seorang,

Badgirl.

Badgirl pilihan Kim Taehyung.

❀ ❀ ❀

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now