❀ ŁÎBËŔŤÉ ❀

1.9K 260 89
                                    

Final.

ŁÎBËŔŤÉ | KŤH

❈ ❈ ❈

in the end, its him and i

❈ ❈ ❈

“ ceraikan saya, Tae ”

“ baik— what the fuck? hey, sayang. awak ni. jangan bergurau macam tulah! ”

Taehyung menjegilkan matanya memandang Jihyo. Kini sudah jelas bonggolan bayi pada perut isterinya itu.

Lagi sebulan dan nyawa baru Taehyung dan Jihyo akan lahir.

Lagi sebulan dan hidup Taehyung dan Jihyo bakal berubah seratus peratus.

“ saya tak bergurau! saya dah tak tahan hidup dengan awak! bau awak pun saya tak bileh hidu! ”
Jihyo mula memberontak.

Dan itu bukan auta malah fakta. Masuk saja bulan ke 4 Jihyo mengandung, wanita yang bakal bergelar ibu itu tidak betah berada berhampiran Taehyung.

Bau maskulin Taehyung yang sebelum ini menjadi kegemaran Jihyo kini menjadi punca dia rasa loya dan muntah.

“ sayang,  tahan sikit please? ni semua sebab awak mengadung aje. nanti baby dah keluar nanti, semua akan okay ”

Taehyung cuba memujuk. Namun Jihyo sekadar memandang Taehyung dengan pandangan geram dan sakit hati yang tertahan.

“ dan, maafkan saya sebab pernah tinggalkan awak sebulan malah dua bulan pun pernah. awak tahu saya sebuk kan? maafkan saya, sayang. janji dengan saya, kalau saya kena tinggalkan awak lagi, jangan buat apa-apa yang tak patut okay? ”

Mendengarkan celotehan panjang Taehyung itu, Jihyo terdiam. Masih dia ingat dengan jelas apa yang dia lakukan semasa ketiadaan Taehyung.

Dan kesan nya, kandungan nya hampir mati. Malah, kesan nya mungkin akan berlaku sewaktu Jihyo bakal melahirkan anaknya nanti.

❈ ❈ ❈

“ encik Taehyung, saya ada berita buruk “
Tenang doktor kacak itu berkata.

“ apa, doc? ”

Kalau doktor itu tenang, tidak pula bagi Taehyung. Dia risau kerana dia yakin berita buruk itu adalah berkenaan isteri dan kandungan isterinya.

“ Puan Jihyo sepatutnya deliver baby dalam minggu depan. tapi ikut test tadi, mungkin kita akan ada masalah berpunca dari kesihatan Puan Jihyo dan bayi ”

Taehyung memandang bingung doktor dihadapan nya itu.

“ apa masalahnya? boleh tak doc jangan main-main?! straight to the point ajelah! ”
Suara Kim Taehyung mula meninggi.

Risau, sungguh risau.

Doktor lelaki itu mengeluh berat.

“ mungkin encik terpaksa pilih diantara isteri encik, atau anak encik ”
Dengan hanya satu nafas doktor itu berkata lagi.

Taehyung langsung terdiam. Airmata nya mula bertakung.
“ terima kasih, doc. kita jumpa minggu
depan ”
Jelas suara Taehyung agak bergetar.

Tanpa menunggu kata balas, Taehyung terus keluar dari bilik doktor Jang.

Dan airmatanya gugur beberapa titis sebelum senyuman palsu menghiasa wajahnya.

[C] LIBERTÉWhere stories live. Discover now