" Ma , kalau boleh .. Tambah Veil dekat belakang baju tu , Tak payah panjang sangatlah . "

" Boleh , apa saja untuk anak mama ni " Rambut Qaisarah diusap lembut .

Ikhwan Naufal terduduk penat , Izz Ashraf yang duduk disebelahnya juga tercungap-cungap . Rakan-rakan mereka yang lain masih berada di gelanggang futsal .

" Bro , aku nak tanya ni .. " Ikhwan meraup rambutnya yang basah akibat peluh itu .

" Apa ? pasal minah lopak tu ? " Ashraf ni macam tahu-tahu je .

" Hurm , aku nak tanya ni . Apa nama minah tu ? " Botol air mineral yang berada di tangan Ashraf disambar dan diteguk kasar .

" Kalau tak silap aku , Qaisarah . Sebenarnya , panjang lagi nama perempuan tu . Tapi , maklumlah aku bukannya sibuk nak ingat nama dia je . Kalau kawan dia tu .. Bolehlah aku ingat " Kepala Izz Ashraf dihempuk oleh Ikhwan .

" Dah lah kau , aku nak cau . Besok kau jangan tak datang sekolah pula " Beg sandangnya yang berjenama adidas itu diambik dan dibawa keluar dari gelanggang itu .

" Eleh mamat ni , jatuh cinta lah tu " Izz Ashraf menyengetkan bibirnya tanda mengejek Ikhwan . Dia juga mengemas segala barang-barangnya dan berlalu keluar dari gelanggang tersebut .

Farhan Mikhail dan ibunya menapak masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Qaisarah .

" Mama masuklah dulu , Mikha nak jalan-jalan ke gazebo kejap . Hawa pun ada dekat sana tu " Farhan menudingkan jarinya ke arah Qaisarah yang sedang duduk di Gazebo bersama secawan airnya .

Mama Dhia sudah melangkah masuk selepas memberi salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mama Dhia sudah melangkah masuk selepas memberi salam . Farhan pula menapak ke arah Qaisarah . Dia berdehem perlahan apabila Qaisarah sedang ralit memandang langit yang dipenuhi bintang .

Qaisarah berpaling memandangnya .
" Eh , Farhan . Bila sampai ? Mana mama Dhia ? " Farhan duduk disebelah Qaisarah .

" Baru je tadi . Mama aku dah masuk jumpa mama Lia . " Farhan memasukkan tangan kedalam baju hoodie nya .

" Kau tak rasa sejuk ke duduk luar malam-malam ni ? Tak takut ? " Soal Farhan yang memandang Qaisarah hanya berbaju t lengan panjang itu .

Aku ni yang lelaki pun sejuk tahu tak ?

" Sejuk juga lah , tapi kan ada hot chocolate . Tak lah sejuk sangat . Nak sarah buatkan air ke ? " Farhan hanya mengeleng .

" Mama dah daftarkan aku dekat sekolah kau tu . Esok aku dah start sekolah kat sana . So , besok kau ikut aku ke sekolah dengan kereta aku " Qaisarah sudah tercengang .

pergi sekolah dengan dia ? bukan aku tak tahu dia ni budak hot juga . Nanti kena belasah aku dengan orang yang oncrush dekat dia macam mana ?

" Dan lagi satu , tak payah lah kita hebohkan tentang ' sibling ' kita ni " Farhan mengerakkan kedua jari telunjuk dan tengahnya .

" Eleh , memang sarah tak nak hebohkan . Kepoh lah mamat ni , dah lah . Sarah nak masuk , homework sarah belum siap . Bye ! " Qaisarah melangkah pergi meninggalkan Farhan sendirian di gazebo .

" Eleh minah ni , dia yang kepoh . Pemalas . Huh ! " Farhan merungut geram . Ada saja Qaisarah ingin mengejeknya .

Selepas itu , Farhan tersenyum . Walaupun papanya pergi , tapi Allah gantikan dengan keluarga barunya itu . Walaupun pada mulanya dia tidak dapat menerima . Tapi , Farhan sedar bahawa ada hikmah Allah takdirkan dia bertemu dengan keluarga barunya itu .

Farhan berganjak pergi apabila mamanya memanggil dia dihadapan pintu rumah agam itu dengan bertemankan Mama Lia .

" Ma , kami balik dulu " Farhan salam dan mengucup tangan ibu tirinya itu . Syahlia menghantar kepulangan Madunya dan anak tirinya itu dengan pandangan mata .

Pin ! Pin ! Pin !

Bunyi hon kereta Nissan Skyline R35 GT-R milik Farhan membuatkan Qaisarah mendengus geram .

" Memang mamat ni tak pandai sabar ke ? " Qaisarah menyambar botol airnya selepas dia selesai mengikat tali kasut sekolah nya .

Qaisarah membuka pintu kereta milik Farhan dan sengaja menhempas kuat pibtu itu apabila dia sudah sepenuhnya berada di dalam kereta itu .

" Amboi , sesuka hati kucing kau nak hempas-hempas pintu kereta aku . Patutlah Minni cooper kau masuk bengkel tak keluar-keluar . Rupanya tuan dia tak jaga dengan bagus " Omel Farhan sambil menunjukkan muka protesnya .

" Bla , bla , bla . I don't cafe Farhan Mikhail . Nak kena tahan dengan pengawas sebab lambat ke ? Better gerak cepat " Qaisarah sudah memasang tali pinggang keledar .

Farhan hanya buat muka tidak percaya dekat adiknya itu .

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now