Bab 205-Dara Berat Jodoh

2.3K 31 0
                                    

PERJALANAN dari Belawan ke pinggir kawasan istana Kesultanan Deli tidak menjemukan. Pemandu teksi sapu yang berasal dari Tapanuli yang marganya SERIGAR, cukup ramah dan megah dengan rumpun Melayu. Malah dia menyebut beberapa nama saudara maranya yang sudah lama berhijrah ke Tanah Semenanjung.

Kebanyakkan kaum kerabatnya tinggal di kawasan tinggal di kawasan Tapah, Temerloh, Kajang. Beberapa nama yang disebut memang merupakan orang penting di tanah air ketika itu.

"Berhentikan saya di rumah itu."

Jari telunjuk datuk menuding ke arah rumah papan separuh batu, berbumbung limas, terletak di hujung jalan. Halaman rumah menghijau dengan rerumput yang halus. Manakala disebelah kiri dan kanan rumah kelihatan pokok sawo matang (ciku) yang rendang dan berbuah lebat.

"Di sini pak."

"Iya."

Empat tayar teksi terpaku di bibir jalan. Saya lihat orang Tapanuli itu mengkedutkan dahinya, macam mengingati sesuatu.

"Ada hubungan keluarga dengan pemilik rumah ni," tanyanya pada datuk.

"Kawan karib."

"Oh, begitu. saya kenal baik dengannya, kalau dia mahu ke seberang, selalu menggunakan kereta saya untuk ke pelabuhan. Namanya, Raja Aminuddin, perempuannya penari istana."

"Betul," kata datuk riang.

"Tapi. dia sudah meninggal dunia, kira-kira tiga bulan yang lalu. Dia mati di Pulau Pinang dan dikuburkan di sana, secara kebetulan anak perempuan sulungnya bekerja dengan konsulIndonesiadisana."

"Haaaaaa " datuk tergamam dan kemudian mengucap panjang sambil disusuli dengan doa untuk si arwah, "setahu saya, isterinya saja sudah mati kerana penyakit ganjil, kira-kiralimatahun lalu. Perkara itu diberitahu kepada saya menerusi seorang kawan," suara datuk tersangkut-sangkut, wajahnya nampak pilu sekali.

Hujan rintik-rintik teius berhenti, matahari di langit kotarayaMedan mula bersinar. Awan nipis, putih bersih berarak lembut menuju ke arah tanah Brastagi. Begitulah, di dalam suasana kecerahan matahari saya dapat melihat wajah datuk yang gusar.

"Apa boleh buat, hajat saya tak tercapai. Allah sayang Aminuddin kerana itu dia dipanggil ke sisiNYA," antara dengar dengan tidak, suara datuk sampai ke gegendang telinga saya.

"Tapi, awak boleh jumpa dengan bongsunya. Dia duduk di sini, isterinya orang Kota Lama dekat Kuala Kangsar, kalau tak silap saya, isterinya tak ada di rumah."

"Ke mana pula isterinya?".

"Balik ke Kota Lama."

Datuk merenung ke arah istana Kesultanan Deli (Istana Maimun) yang dibina sekitar tahun 1888. Lapan belas tahun kemudian pada tahun 1906, dibangunkan pula, Masjid Raya berhadapan dengan Istana Maimun. Keindahan kedua-dua bangunan itu begitu memukau hati dan perasaan saya.

"Anak bongsunya itu, namanya Harun Fadillah, di kalangan keluarga dipanggil RUNsaja. Di mana saya nak berjumpa dengannya. Banyak benda yang mahu saya tanyakan padanya," datuk menyampaikan hasrat dihati.

"Ikut saya," orang Tapanuli itu menghulurkan budi," saya tahu di mana dia bemiaga, masuklah," sambungnya.

Tanpa membuang masa saya dan datuk masuk ke kereta semula. Kami dibawa berpusing-pusing seluruhKotaMedandan akhirnya, berhenti di satu kawasan perniagaan yang terletak di Jalan Medan-Binjai.

JAMAIN

PEMANDU membunyikan hon kereta tua dua kali berturut-turut di depan sederat kedai dua tingkat, separuh batu dan papan. Seorang lelaki muda berusia sekitar 27-30 tahun muncul dipintu.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now