bab 13

36 3 0
                                    

"Saya dengar mangsa sudah di temukan.." kata salah seorang pegawai..

"Iya ke..di mana.." pagawai perempuan itu berminat mendengar cerita dari lelaki tersebut

"Saya dengar mangsa tersebut di jumpai di sebuah bot yang terdampar di tengah laut.." pagawai lelaki itu semakin rancak bergosip dengan pagawai  perempuan itu..marini yang mendengar setiap perbualan itu menjadi tertanya tanya..siapa mangsa mereka maksudkan..marini bangun dan mendekati pagawai tersebut lalu menegur mereka dengan sopan..

"Maaf menganggu..boleh saya tanya nama mangsa yang kalian katakan.." marini memandang pegawai itu dengan penuh berdebar

"Nama dan identiti mangsa tersebut belum di ketahui tapi saya dengar mangsa tersebut itu perempuan.." mendengar kata kata pegawai itu hati marini semakin lama semakin gelisah bila mendengarkan pagawai itu berkata yang mangsa itu perempuan..hatinya kuat memgatakan itu dania namun dia menafikan semua itu..
'kalau itu benar benar dania aku tak akan maafkan diriku buat selamanya..'desis hati marini

"Maaf cik kenapa cik tanya.." pegawai itu memandang marini dengan penuh tanya tanya..

"Saya ada seorang kawan.. Dia hilang pada jam 12.pagi saya cuma takut apa yang saya dengar dari kalian itu adalah kawan saya..sebab tu saya tanya.." marini menunduk kesal di sangat tak berguna..dia tak dapat tolong dania bila dia di perlukan..marini teringat sewaktu tingkatan 3 dia mempunyai seorang teman yang selalu jadi mangsa buli ..

Imbas kembali..

4 tahun yang lalu

Marini berjalan menuju kantin namun berhenti bila mendengar suara pergaduhan..

"Hey budak kau ni memang tak sedar dirikan...aku bagi kau amaran jangan dekat dengan adam jefri kalau tak nahas kau" neylina menunding jari ke arah budak perempuan tersebut..budak itu tidak bersalah langsung kerana adam sendiri yang mendekatinya kerana rupanya yang cantik itu membuatkan adam jefri tertarik dengan nya..

"Apa yang kau cakap..bila masa aku dekat dengan budak playboy tu..seingat saya tak pula dekat dengan dia.." Amilah cuba pertahankan diri bila dia di tuduh yang bukan bukan..itu bukan salahnya itu salah jefri sendiri yang selalu mengacau dirinya sewaktu di rehat makanan Amilah sering di ambil oleh Adam jefri.. Baginya dia tak suka dengan perangai adam jefri yang seperti ke anak anakkan dan satu hari adam menyatakan perasaan nya kepada Amilah sewaktu Amilah betul betul marah dengan perangai adam jefri dan bercadang ingin pindah dari sekolah tersebut..namun hasrat Amilah terbantut apabila mendengar kejujuran adam kepadanya..

"Eh kau jangan nak tipu...kau ingat aku buta kau ingat aku tak tahu kalau adam ada menyatakan perasan dengan kau hah.." neylina menjadi orang tak waras dan menampar muka Amilah dengan teruk..Amilah terjatuh di tangga dan pengsan..kejadian itu dilihat oleh marini yang sejak daritadi menonton drama yang tak berbayar itu..

Marini mengundur kebelakang dia ingin pergu dari situ dan memberitahu kepada guru namun malang tidak berbau bila dia tersadung kakinya sendiri dan mengakibatkan nya terjatuh...

Neylina memandang marini dengan pandang membunuh..

"Tangkap dia..jangan biarkan dia lari.." neylina menyuruh rakan rakannya menangkap marini kerana dia adalah saksi kejadian ini..tanpa berlengah lagu rakan rakan neylina pun mengejar marini dari belakang marini tertangkap dan di bawa ke arah neylina..

"Kau ingat kau dapat lari..kau ingat sini kau jangan bagitahu siapa siapa tentang kejadian ini..kalau aku dapat tahu itu semua dari mulut kau..kau tak akan dapat tengok keluarga kau lagi.." marini di tolak ketepi dan mereka pun berlalu dari situ..marini pun pengsan..

Mengingati kejadian 4 tahun lalu membuatkan nya merinding..marini tidak ingat wajah gadis itu malah namanya pun dia tidak pernah ingat..

Marini hanya diam dan menunduk di atas meja itu..pagawai itu hairan melihat gelagat marini yang sekejap termenung sekejap menunduk..

"Cik.. Cik banyak banyak kan berdoa.. Doakan yang terbaik untuk rakan cik.. Kita sama sama doakan kawan cik selamat ye..." pegawai perempuan itu cuba menyakini marini bahawa semua akan selamat..mendengar nasihat dari pegawai perempuan itu marini mendoakan dania agar selamat dan dia tidak putus putus berdoa agar dania selamat dan dalam keadaan yang baik..

.............

JIKA INI TAKDIR BUATKUWhere stories live. Discover now