OSH - 1

289 17 2
                                        

"Kenapa HyeoMin kena kahwin dengan dia? HyeoMin tak kenal pun sape lelaki tu omma? Appa? Apa ni? Sebab appa rapat dengan family dia appa nak kahwinkan Hyeomin? Hyeomin belum habis belajar, belum grad, belum kerja dengan appa. Hyeomin tak setuju." Bentak Hyeomin.

"Appa kahwinkan kamu ni bersebab, appa sayangkan kamu, dia boleh jaga kamu yang keras kepala ni. Appa percaya kamu akan sayangkan dia nanti." Terang appa.

"Tak appa. Ni appa macam jual anak. Hyeomin tak akan pernah sayangkan dia. Hyeomin tak sanggup nak pikul tanggungjawab sebagai isteri dia." Terang Hyeomin.

"Hyeomin, omma dengan appa tak pernah berniat nak jual kamu. Omma appa nak kamu bahagia, dan omma tau dan percaya dia mampu bahagiakan Hyeomin." Pujuk Omma.

"Ok, kalau macam tu Hyeomin cuba tapi maafkan Hyeomin omma appa kalau Hyeomin bercerai dengan dia." Kata Hyeomin berlalu naik ke atas.

Hyeomin masuk ke dalam biliknya dan menangis semahu-mahunya. Hyeomin berasa tidak adil kerana dia tidak mampu memilih bakal suaminya sendiri. Hyeomin menangis sehingga tertidur.

Dirumah keluarga Oh Sehun.

Sehun pulang dari pejabatnya. Omma kesayangannya memanggil Sehun.
"Sehun anak omma." Panggil omma.

"Naee?" Jawab Sehun.
"Anak kawan omma yang omma tunjuk gambar haritu dah setuju nak kan kamu jadi suami dia." Kata omma gembira.
"Tapi kan omma, Sehun rasa betul ke dia terima, Sehun takut dia dah ada pilihan hati. Takpe kalau dia tak terima Sehun." Kata Sehun mendatar.
"Sehun kamu cuba lah ambik hati dia nanti, jadi suami yang baik untuk dia." Pujuk omma.
"Tapi dia kan belajar lagi. Kesian dekat dia." Terang Sehun.
"Takpe nanti tolong lah dia bahagi kan masa ye. Sehun pun tolong dia ya." Kata omma lagi.
Sehun pun mengganguk dan berlalu pergi naik ke biliknya. Berdiri dihadapan cermin membuka ikatan tali leher dan merebahkan dirinya atas katil melepaskan keluhan.
"Betul ke keputusan kau ni Sehun? Macam mana aku nak buat dia sayangkan aku cintakan aku, macam mana dia bencikan aku, macam mana dia tak terima aku sebagai suami dia. Selamat tinggal dunia bujang." Monolog Sehun.

Rumah Hyeomin
Hyeomin memandang cermin meja soleknya. Matanya sembap akibat menangis terlalu lama. Sungguh dia terkilan dengan keputusan omma dan appa. "Betul ke kau nak kahwin dengan lelaki tu? Betul ke dia akan sayangkan aku macam omma bagitahu? Betul ke dia akan terima aku sebagai isteri dia? Macam mana kalau aku tak mampu sayangkan dia sebagai suami aku?" Monolog Hyeomin. Hyeomin bangun dan pergi ke meja belajarnya dan menyiapkan kerja yang tertangguh.

Hyeomin memandang sarapan dihadapan dengan pandangan kosong. Omma perasan akan perubahan anaknya yang semakin kerap mengelamun.

"Hyeomin, kamu tak sihat ke? Kenapa tak makan lagi? Kamu ada kelas harini? Soal omma risau.
Hyeomin melepaskan keluhan. "Hyeomin ok omma, ada kelas kejap lagi, Hyeomin stress je kerja banyak." Tipu Hyeomin.
"Rehatlah juga ye, jangan fokus sangat, oh ya omma hampir lupa, erm 3 hari lagi bakal keluarga mentua kamu nak datang, nak bincang tarikh perkahwinan kamu dengan Sehun." Kata omma.
"Gullppp!" Air liur yang ditelan Hyeomin seakan tersekat dikeronkong.
"Pakai pakaian elok-elok sikit ya."kata appa yang dari tadi sepi kini bersura.
Hyeomin hanya membalas dengan anggukan sekadar berbasi-basi dan tidak mampu membantah.

Hyeomin memandang kosong diluar tingkap dewan kuliah. Dia dikejutkan dengan MinJoo menerjah. "Hyeomin kau ok tak ni?" Soal MinJoo.

"Aa..kuu ok" kata Hyeomin seraya mengangguk.
"Betul ni?" Soal MinJoo inginkan kepastian.
"Betul." Kata Hyeomin dengan senyuman diberikan kepada MinJoo.
"Teman aku pergi library sekejap lagi Hyeomin." Ajak MinJoo.
"Ok boleh, tapi MinJoo aku nak tidur rumah kau 3 hari boleh?" Soal Hyeomin penuh pengharapan.
"Boleh, nasib baju kau dah ada sikit kat rumah aku. Tapi omma kau tahu?" Soal MinJoo.
"Nanti aku call." Balas Hyeomin.

Hyeomin mendail nombor telefon ommanya.

Tttt....tttttt....tttttt

"Ohh omma annyeong."kata Hyeomin.
"Ah nae hyeomin ada apa sayang call omma?" Soal omma.
"Omma, Hyeomin tidur rumah MinJoo tau 3 hari." Kata Hyeomin.
"Habis bakal mertua kamu nak jumpa, kamu jangan macam-macam Hyeomin." Tegas omma.
"Omma, Hyeomin balik, jangan risau nae." Pujuk Hyeomin.
"Kalau Hyeomin tak balik, omma mintak bakal suami kamu cari Hyeomin." Ugut omma.
"Nae omma Hyeomin balik." Kata Hyeomin manja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sorry ni idea yang datang tiba-tiba jadi sementara nak tunggu kelas. Author taip laa idea yang tak seberapa ni.

xoxlove_ain JungJeRaa95

[C] ROMANTIC HUSBABY - OOH SEHUNStories to obsess over. Discover now