BCM - 1

9.8K 222 34
                                    

Setelah penat aku berhempas pulas berjaga malam, menelan teori dan maklumat. Akhirnya aku boleh menarik nafas lega bila akhirnya aku dapat flying colurs untuk SPM aku dan aku diterima untuk ke Program Pra Universiti di sebuah universiti awam. Dalam dua minggu lagi aku bakal bergelar pelajar universiti dan aku tak sabar nak belajar di sana. Walau masih berbaki 2 minggu lagi tapi beg-beg untuk ku bawa sudah ku sediakan (excited sangat hahaha).

Btw, waktu ni aku masih suci lagi. Maklumlah smart phone pun xdak lagi masa ni. Aku cuma ada smart phone time lepas beberapa minggu kat U. Jadi waktu ni pemikiran dan perasaan aku terkawal lagi. Kalau ada pun terpesong sikit tu sebab tengok abam-abam hot depan mata then berimiginasi je. Hahaha

Hari yang aku nanti-nantikan pun tiba. Aku mendaftar seawal jam 8 pagi ditemani ibu aku. Aku lupa nak bagitau yang aku xdak ayah sebab ayah aku meninggal waktu aku darjah lima dan sejak dari itu tinggal aku dan ibu aku sahaja. Ibu akulah ayah merangkap kakak aku. Huhuhu. Bila aku tiba je kat pintu masuk tu aku dah mazed gile sebab U aku besar sangat. Kalau nak dibanding dengan sekolah aku memang kalah gilelah. Kat U aku ni ala-ala resort yang menghijau gitew. Ada kolam buatan manusia yang bapak besar serta nuansa yang tenang lagi menghijau. Proses mendaftar berjalan dengan lancar dan aku pun disuruh ke kolej kediaman pulak untuk mengemas apa yang patut. Sewaktu nak ke kolej nilah mata aku sempat meliar jap melihat sorang abam LO ni yang hot gile.

Dengan rambut ala-ala mamat korea, badan fit, baju kemeja ketat dan neck tie slim fit plus bercermin mata (aku tak tau nape aku rasa lelaki bercermin mata macho sangat hahahaha). Waktu tu die tengah jadi usher nak tunjuk jalan dari Dewan Besar ke kolej kediaman. Jadi, aku pun yang kebetulan tak tahu mana kolej aku (walaupun gerenti takkan sesat sebab kolej kediaman kat kampus ni cuma satu je hahahah) ambik peluang keemasan ni tuk approach dia.

'eerrrm.. abang nak tanya boleh tak?' tanya aku acah-acah comel.

'Nak tanya ape ni?' jawap die sambil gosok kepala aku .

Aku time ni dah melting tahap gile babi.

'Kolej S****A ni kat mane ek? Dari tadi pusing-pusing tak jumpa dahtu barang banyak lak' ajuk ku comel

'Ooo... ni mesti budak baru ni. Xpa satgi abang tolong tunjuk. Barang letak katne? Jom abang tolong' tawar die kat aku.

Aku apa lagi terus bawak ke kereta mak aku. Lepas je aku keluarkan barang aku salam dan terus sesi perpisahan dengan mak aku. (sengaja tak nak guna kereta sebab mak sweet2 ngan abam hot hahahah).

'Dah abis ke semua barang? Awat tak ajak mak sekali?' tanya abang tu.

'Dah. Semua dah. Eeemmm malas nak kasi mak penatlah bang. Lagipun esok mak kerja saje nak biar mak rehat. Btw, nama abang ape?'

'Aaa eh. Lupa lak. Panggil Azriq je' kata Abang Azriq.

'ooo.. Abang Azriq. Name kite Muhammad Qalish tapi boleh panggil qalish' balasku sambil buat aksi comel as usual.

'Çome lah budak ni. Dah jom. Pasni banyak nak kemas.'

Kita orang pun bergerak ke kolej sambil dia jalan di depan dengan bawak satu luggage, satu baldi baju, beg sandang serta plastik jajan aku. While aku Cuma bawak bantal oni (oni ni monyet aku. Aku takleh tido kalau xda oni. Oni aku beli time vacay kat indon dulu) je. Sweet kan? Hahahha
.
.
.
.
To be continued

BUDAK CERMIN MATAWhere stories live. Discover now