D01

53 30 17
                                        

"Weyh.. please ah accept aku jadi partner kau, Jimin" aku merayu bersungguh sungguh sambil tanganku terus memegang lengannya dengan perlahan.

"Ishh.. tak bolehlah hyung, aku dengan Jungkooklah sekarang ni" mendengar jawapan sinis yang diberikannya, aku terus mencubit bahagian lengan kanannya dengan kuat sekali.

"Watdehel..?! Sakitlah hyung! Habis semua lemak aku ni kau nak cubit. Dah bengkak tau tak..?!" dia menjerit dengan kuat sekali. Aku kemudian tersengih melihatnya yang sedang menggosok gosok bahagian lengan yang dicubit.

"Haa, tahu pun sakit. Yang kau ni tak habis - habis dengan si Jungkook tu. Habistu, macam mana dengan aku ni? Siapa nak jadi partner menari aku nanti?" aku memandangnya dengan pandangan yang marah dan juga sebak.

"Eh, biarlah aku dengan Jungkook. Ship JIKOOK enn? Tapiii, aku ni pelikla sebab takda sape sudi jadi partner hyung walaupun dance hyung power gila bhabhi" mendengar pujian daripadanya, aku terus kembang. Well, aku tahulah aku ni master bab - bab menari ni tapi tulah takda rezeki nak menang.

"Aipp, memanglah. Main dancer kan..? Hmm... takpelah Jimin, aku nak pergi jumpa Cikgu Lee jap. Nak tanya pendapat dia dulu. Btw, gudlucklah dengan Jungkook tu walaupun aku yang BAKAL kalahkan korang nanti hahahah" aku membuat tanda thumbs up kepadanya dan terus beredar dari bilik tarian tersebut dengan keluhan yang berat.

                        ----------

"Kalau macam tu, kamu dah takda pilihan lainlah selain berpartner dengan perempuan. Takpe ke macam tu, Hoseok..?" pertanyaan dari Cikgu Lee itu membuat aku tersentak. Aku terus mengangguk faham dan membalas.

"Saya tak kisah, cikgu. Asalkan saya boleh masuk pertandingan menari tu pun dah cukup kot"

"Haa, baguslah kalau macam tu. Saya cadangkan awak ambil Haejin sebagai partner awak, boleh..? Sebab dia pun memang berbakat besar juga orangnya. Kalau awak berdua yang mewakili sekolah kita dalam pertandingan tu, mesti menang" mendengar cadangan sempoi dari Cikgu Lee itu, aku terus terkesima. Watdehel..?! takkanla aku dengan budak tu lagi..!

"Budak Haejin yang cikgu maksudkan tu bukan Song Haejin dari kelas 5- B kan?" aku bertanya sambil mulutku tak berhenti henti berdoa agar bukan budak tu. Tapi, aku ada firasat yang mengatakan memang betul dia.

"Eh, betullah Haejin kelas 5- B. Kenapa..? Awak berdua ada apa apa masalah ke, Hoseok?" aku hanya membuat muka yang tenang sahaja walhal dalam hati aku dah banyak yang aku carutkan.

"Err, kami takda apa apa masalah rasenya cuma.. saya nak cikgu pertimbangkan lagi pasal Haejin. Dia tu dahla takda bakat, menari pun tunggang langgang je saya tengok. Saya tak berapa setuju nak berpartner dgn dia" aku membalas panjang dan tanpa aku sedar aku sedang mengutuk ngutuk peribadi dia di depan Cikgu Lee.

"Apa pulak dia tak pandai menari. Takpelah, kamu boleh ajar dia kan..? Lagipun, pertandingan tu lambat lagi. Saya nak awak bincang dulu dengan dia lepastu bagitau saya macam mana ya, Hoseok..?" Cikgu Lee membalas dengan penuh rasional sekali.

Sejurus selepas itu, perbualan kami berdua pun tamat dan aku terus beredar dari bilik guru tersebut dan menuju terus ke kelas bakal partnerku, Haejin dengan keluhan yang berat dan juga langkah yang paling malas.

TBC'

[Re-EDIT] Dance; 정호석Stories to obsess over. Discover now