Soalan Lazim

233 38 0
                                    

S: Apakah tempah masa pesta ini?
J: 1 November hingga 9 Disember 2018.

S: Adakah saya perlu ikut dan menulis kesemua 15 prompt?
J: Tidak. Anda boleh pilih prompt yang mana satu anda ingin tulis. 

S: BAHASA apa yang diterima?
J: Kami menerima hasil tulisan dalam Bahasa Melayu sahaja. Jika anda ingin menulis dalam Bahasa Inggeris, semak AimToEngage
Pesta sebegini juga dijalankan di profil antarabangsa. Sila semak bab pertama untuk mendapatkan senarai profil yang terlibat.

S: Saya tidak menetap di Malaysia, bolehkah saya menyertai pesta ini?
J: Pesta ini dibuka kepada semua orang dari seluruh dunia. Sesiapa sahaja boleh menyertai pertandingan yang akan dijalankan.

S: Di mana prompt-prompt seterusnya?
J: Setiap hari, bab baru akan diterbitkan. Prompt tambahan akan diberi dari masa ke semasa sepanjang acara ini.

S: Perlukah saya ikut prompt yang diberikan? Atau bolehkah saya tulis cerita sendiri?
J: Anda bebas menulis. Namun jika ia sangat ketara kepada pengadil yang cerita anda tidak menuruti kehendak prompt yang terlibat, ia akan dianggap tidak layak diadili.

S: Saya ada cerita yang sudah ditulis di Wattpad, bolehkah saya hantarkan ia untuk peraduan?
J: Tidak. Cerita baru haruslah ditulis untuk peraduan ini.

S: Perlukah ia ditulis dalam bentuk satu bab, 500 patah perkataan sahaja?
J: Ya.

S: Bagaimana kalau cerita saya lebih panjang daripada 500 patah perkataan?
J: Terpulang kepada anda tapi cerita yang melebihi 500 patah perkataan dianggap tidak layak untuk diadili dan tidak akan dimasukkan ke dalam antologi.

S: Cerita saya kurang daripada 500 patah perkataan. OK ke?
J: Ya, ia layak diadili.

S: Saya tidak mahu cerita saya dimasukkan ke dalam antologi. Boleh saya menulis untuk prompt yang diberikan?
J: Ya, boleh. Letakkan nota untuk menyatakan sedemikian apabila anda menghantarkan link ke cerita anda di ruangan komen / Comments.


Nantikan bab seterusnya, kami akan memperkenalkan kesemua Duta AmbassadorsMY yang akan bekerja keras untuk mengurus dan menjayakan fiesta ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nantikan bab seterusnya, kami akan memperkenalkan kesemua Duta AmbassadorsMY yang akan bekerja keras untuk mengurus dan menjayakan fiesta ini. >>>

Fiesta NovemberWhere stories live. Discover now