Selamat Datang ke Fiesta November!

475 44 3
                                    

Selamat datang ke Fiesta kami yang kedua, Wattpaders! Disebabkan 'Aim To Engage' telah mendapat sambutan yang hangat, sekarang ia mempunyai profil tersendiri. Jika kamu menulis dalam Bahasa Inggeris, anda digalakkan untuk melawat profil AimToEngage.

Pengenalan

Fiesta ini sepenuhnya bertujuan untuk meluaskan kemahiran berfikir anda, berinteraksi antara satu sama lain dan memperkenalkan Komuniti Wattpad, kumpulan duta kami serta beberapa profil yang terpilih kepada kamu! 

Setiap hari sepanjang bulan November, kami akan menerbitkan prompt penulisan yang menarik, cabaran harian dan aktiviti yang mengujakan.

Semua Wattpadders dijemput dan digalakkan untuk menyertai Fiesta ini. Sertailah pada bila-bila masa dan mari lihat jika kamu boleh mengejar keseronokan dan permainannya.

Pada setiap hari, satu bab baru akan diterbitkan. Kamu akan mendapati bahawa ada prompt yang meminta kamu untuk menulis dan menghantar cerita. Setiap prompt berbeza genre.

Setiap prompt memerlukan maksimum 500 patah perkataan. Apabila tiba masanya, kamu perlu menerbitkan cerita yang ditulis untuk prompt tersebut pada profil kamu sendiri, sama ada sebagai 'one-shot' atau sebahagian daripada koleksi yang sedia ada. Seterusnya, salin dan tampal link cerita itu pada bahagian komen yang berkaitan.

Kamu ada masa sehingga hari Ahad, 9 Disember 2018 pada waktu tengah malam untuk menyalin dan menampal link kamu, tidak kira prompt atau tulisan kamu yang berdasarkan prompt tersebut. Sampai satu titik, pasukan profile yang mencipta prompt itu akan mengadili cerita-cerita yang dihantar.

Penyertaan yang ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja yang akan layak diadili. Fiesta ini juga akan berlaku di profil Ambassadors antarabangsa yang seperti AmbassadorsESAmbassadorsTRAmbassadorsITAAmbassadorsRoAmbassadorsINAmbassadorsPK, dan AmbassadorsAR dan jika anda mahir dalam Bahasa Sepanyol, Turki, Itali, Romania, Hindi, Urdu ataupun Arab, anda dialu-alukan untuk melihat profil terbut.

Peraturan

1. Sila saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Marilah menjaga interaksi ini agar kekal positif.

2. Biarkan semua interaksi dalam satu komen tunggal (kecuali dinyatakan sebaliknya) dalam bahagian komen bab yang sedang/atau bab yang relevan.

3. Sila pastikan kamu membaca prompt dengan teliti agar tidak merosakkan keseronokan untuk orang yang datang selepas kamu.

4. Dan, tolong ingat bahawa ini adalah profil komuniti. Jadi, mari kekalkan ia PG-13 (sesuai untuk semua peringkat umur).

5. Kami sangat menggalakkan kamu menambah buku ini ke dalam perpustakaan kamu untuk memastikan kamu tidak ketinggalan sebarang kemaskini.

6. Tarikh Mula: 1 November 2018

7. Tarikh Tamat: 9 Disember 2018

8. Jumlah patah perkataan: Maksimum 500

9. Tag: Tambahkan tag #FiestaNovember #WattpadMalaysia atau #AmbassadorsMY

10. Cara menyertai: Tambahkan link ke bab prompt itu di bahagian komen bab tersebut



Selesai baca pengenal serta peraturan, mari kita lihat Soalan lazim di muka surat sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai baca pengenal serta peraturan, mari kita lihat Soalan lazim di muka surat sebelah.

Fiesta NovemberWhere stories live. Discover now