3. Do it Again or I Smash Your Little Balls

11 1 0
                                    

And,  as expected.

Harrith tengah maki Ita waktu Anfisa keluar dari pasaraya tersebut. Anfisa memerhati dari jauh perbuatan Harrith yang menunjal - nunjal kepala isterinya itu dengan muka penuh kebencian.

"Aku tak faham sekarang ni. Kenapa perlu kahwin kalau nak torture mental orang yang sayang?" Anfisa terbau hapak stokin basah. Orang gila yang ditemui di pantai tadi ada di belakangnya.

"Bro,  kau ni manusia or halusinasi aku je?" Anfisa keliru.

"Kenapa kau tanya aku macam tu?"

"Kau follow aku ke apa? Kat pantai ada kau,  kat sini pun ada kau. Aku dah mula tak yakin dengan kewujudan kau ni." Anfisa cekak pinggang.

"Kau rilex,  aku memang selalu ada sini. Kejap aku buktikan."

"Abang. Ada seringgit?" Tutur si gila kepada orang yang lalu lalang.

Tangan ditadah. Not warna biru diletak atas tangan si gila.

"Okay aku tak mimpi." Tapi si gila sudah hilang ditelan laut manusia. Hanya baunya yang tersisa menyesakkan hidung.

Harrith dan Ita juga sudah hilang dari pandangan.

***

"Aku cakap jangan menangis,  kau berenti menangis sekarang!" Harrith menengking Ita. Kereta dipandu laju lalu masuk ke stesen minyak.

Sedu Ita masih bersisa.

"Pukimak! Sebelum aku campak kau keluar baik kau berenti menangis! Serabut kau tau tak serabut?" Harrith cekak pipi Ita hingga terjuih bibirnya.

Ita diam,  tenung wajah Harrith.

"Abang benci sangat ke dengan saya."

Matanya tak berkedip.

HARRITH ke tandas belakang untuk membasuh muka. Tak sampai hati pula lihat Ita teresak - esak menangis semata - mata kerana sabun. Tapi,  ni bukan kali pertama dia maki Ita. Perempuan itu pandai pujuk diru sendiri. Nanti dia yang redakan keadaan.

Apa boleh buat, dia tak mampu mengawal barannya. Dia tau Ita adalah isteri terbaik tapi dia.. Dia memang tak mampu untuk mengawal perasaan amarah.

Keluar dari tandas,  Harrith nampak Anfisa sedang bercakap di telefon. Wajahnya nampak tegang tanpa segaris senyuman terpamer.

'Dia ni memang jodoh aku ke apa ni?' Getus hati Harrith. Rasa melonjak pula setiap kali nampak Anfisa.

Sangat cantik,  sungguh.. Anfisa sangat cantik .

"Fisa. Hai! Memang kuat jodoh kita nampaknya." Harrith cuba mahu rapat dengan Anfisa sebelum gadis berdarah Rusia itu menjauh sedikit sambil memeluk tubuh.

"You can't treat her like animal,  you know?" Anfisa tenung wajah Harrith sambil tangannya mengeluarkan pisau lipat. Berubah terus air muka Harrith.

"Kenapa pulak ni? Tak perlu menyibuk,  stranger." Harrith menjauh. Dia rasa ada satu aura ancaman yang melilit tubuh Anfisa. Rasa takut tiba - tiba muncul menguasai diri.

Anfisa mendekat. Tangan Harrith direntap kemas. Lelaki itu ambil masa untuk melepaskan pegangan tangan Anfisa yang tajam mencengkam.terlalu kuat seolah - olah di depannya kini bukan manusia.

"Kau maki and humiliate dia lagi sekali, kau tau apa nasib kau." Anfisa pantas menghiris lengan Harrith dengan pisau lipatnya. Terbit darah lalu mengalir mengotori lantai. Dahi Harrith berkerut menahan sakit dikelar.

Anehnya,  entah apa kuasa yang Anfisa ada,  membuatkan dia jadi kaku untuk melawan. Padahal nak dibandingkan tubuh mereka,  jauh beza besarnya Harrith berbanding Anfisa.

Anfisa biarkan Harrith berlalu dengan riak penuh ketakutan.

"Haa jerit. Jeritlah! Coward." Anfisa mengejek. Harrith segera masuk ke dalam kereta. Pantas dia mengundur dan berlalu meninggalkan stesen minyak itu.

'Padan mukaasshole.' Anfisa mencebik.

Dia masuk ke dalam perut kereta. Tangannya ligat membuka penutup botol minuman yogurt strawberry dan meneguk sepuas hati.

Misi utamanya belum selesai. Dia tunggu lelaki itu masuk ke kawasan ladang mungkin sekitar sejam lagi. Itupun kalau betul ikut kiraan si pemalas tu.

Dahlah gemuk,  pemalas pula.

Вы достигли последнюю опубликованную часть.

⏰ Недавно обновлено: Oct 12, 2018 ⏰

Добавте эту историю в библиотеку и получите уведомление, когда следующия часть будет доступна!

PEMBURU DENDAMМесто, где живут истории. Откройте их для себя