"Woi cari buku woii" terlatah Sunghyun sambil acah mencari buku di rak.

Soonyoung yang terdengar bunyi yang agak kecoh itu mula bangun dan menghampiri mereka tanpa disedari oleh Sunghyun.

Sunghyun melihat lelaki itu bertubuh sama tinggi dengannya.

Lee Jihoon kawam rapat Soonyoung.

"Kau buat apa tadi?" Soal Jihoon lagi.

"Aku cari buku la tak nampak ni?" Balas Sunghyun pedas sambil menunjuk buku di pegangannya.

"Hmmm yelah" Jihoon menjeling Sunghyun.

"Apa bising-bising ni?" Tegur Soonyoung disebelah Sunghyun.

Jantung Sunghyun terus berhenti berdegup melihat Soonyoung yang berada dekat dengannya.

"Takde apa-apa la ada salah faham sikit" jawab Jihoon lalu beredar ke rak lain untuk mencari buku.

Soonyoung memandang Sunghyun tetapi Sunghyun tidak memandang Soonyoung.

Tak berani woi!!

"Awak gaduh dengan Jihoon ke?" Soal Soonyoung lembut.

Sunghyun meneguk air liurnya dengan payah.

"T-takde la tadi dia salah faham sikit je" jawab Sunghyun berani.

"Nama awak apa?" Soal Soonyoung lagi.

"Y-yoo S-sunghyun" kata Sunghyun gagap.

"Dah kenapa gagap?"

"Lahh salah ke gagap?" Sunghyun terus menutup mulutnya apabila dia terlepas cakap.

Soonyoung tergelak kecil.

"Budak tomboy...." kata Soonyoung perlahan tanpa didengari oleh Sunghyun lalu beredar ke mejanya semula.

Sunghyun memegang pipinya yang terasa panas, dia memandang meja Soonyoung dan masa tu juga Soonyoung memandang sambil tersenyum manis.

Sunghyun terus memandang tempat lain. Dan sekali lagi Sunghyun memandang meja Soonyoung dan sekali lagi Soonyoung memandangnya sambil mengenyitkan matanya.

"Cik Sunghyun nak join baca buku dengan saya ke?" Tanya Soonyoung tiba-tiba dengan senyuman manisnya.

"Ahhh t-takpe saya nak masuk kelas!!" Sunghyun terus berlari keluar dari library.

Terus tergelak Soonyoung dibuatnya, Jihoon yang baru sahaja tiba dengan buku ditangan memandang Soonyoung pelik.

'Gila ke budak ni?' Bisik hati Jihoon.

+++

"JISOO TERIMA KASIH JISOO!!" Jisoo terjerit perlahan apabila Sunghyun tiba-tiba memeluknya siap cium pipi lagi.

"Woi lepaslah si Jisoo tu!!" Marah Minah.

"Pahal kau ni?!" Soal Jisoo bengang.

"Disebabkan kau la aku dapat bercakap dengan crush aku! Dia siap tanya nama aku dan pelawa aku belajar dengan dia lagi tau!!" Cerita Sunghyun teruja.

"Wahhh tahniahhh!! Jadi kau ada semangat la ni nak belajar math?!" Sunghyun mengangguk bangga.

"Hah bagus-bagus aku pun sebenarnya malas nak backup kau" kata Jisoo.

"Cis, ini namanya member kejam"

+++

Hari berganti hari, sejak peristiwa itu Sunghyun jarang berjumpa dengan Soonyoung kerana Soonyoung amat sibuk dengan kelas-kelasnya.

Dan pada akhir tahun pernah sekali sahaja mereka bertembung itupun sekejap kerana masa tu Sunghyun menjadi sukarelawan menolong cikgu ketika majlis bagi pelajar seniornya.

Dan sejak itu Sunghyun tidak berjumpa dengan Soonyoung sehingga la pada umur Sunghyun 19 tahun, dia terserempak dengan Soonyoung di funfair tetapi hatinya terus sahaja menjadi remuk apabila melihat seorang perempuan atau lebih tepat lagi Jihyo memeluk Soonyoung dari belakang dan kiss pipi Soonyoung.

Sejak hari itu Sunghyun mula move on dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang baik iaitu Kim Namjoon.

End flashback~~

+++

Soonyoung terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi tangisan kecil, dia memandanh Sunghyun yang menangis di dalam tidur.

Entah apa yang dia mimpi Soonyoung pun tak tahu la.

Soonyoung membelai rambut Sunghyun dan menyanyi kecil untuk menenangkan Sunghyun, lena sahaja Sunghyun, dia menatap wajah Sunghyun dengan lama.

"Mian Yoo Sunghyun" kata Soonyoung perlahan lalu menyambung tidurnya.

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now