Ahli Sihir

60 11 0
                                    

"Thanks for the dinner," aku terus melangkah masuk setelah mengucapkan terima kasih kepada Hareez.

Suasana malam terasa suram. Lampu jalan berkelip-kelip menanti masa untuk terus terpadam. Angin yang menerpa tubuh membuat aku memeluk tubuh sendiri.

Tok tok!

Aku mengetuk-ngetuk pintu sambil memanggil nama Crystal. Beberapa kali begitu namun bayang Crystal tetap tidak muncul. Aku mengeluh perlahan. Aku membelek-belek beg tanganku dan akhirnya terjumpa segugus kunci. Mujur.

Pintu ditolak dan segera aku melangkah masuk untuk membersihkan diri. Seharian di luar membuat aku tersangat letih. Surat khabar yang kubeli dikampus siang tadi diletakkan di atas katil.

Usai semua, aku melangkah ke arah katil lalu membuka halaman surat khabar.

Ahli Sihir Terkemuka Bandar Rosselton Menghilangkan Diri

Aku terkejut melihat tajuk utama. Belum sempat aku membaca keseluruhan cerita yang ditulis wartawan, loceng rumahku ditekan. Sangkaku Crystal lupa membawa kunci rumah.

Aku terus bangun dan melangkah keluar. Sebaik sahaja membuka pintu, dua susuk tubuh yang lengkap bersut biru tua menghiasi mataku.

"Miss Razqia?" soal pegawai polis lelaki. Aku hanya mengangguk dan menjemput mereka berdua untuk masuk.

"Ada apa ya tuan, puan?" soalku sambil memandang mereka berdua silih berganti.

"Saya Inspektor Lydia dan ini Detective Adams. Kamu sudah tahu tentang kehilangan Witch Laura?" soal Inspektor Lydia.

"Ya. Saya baru membaca tajuk akhbar tadi namun tidak membaca keseluruhan cerita. Kenapa ya?" soalku pelik. Dah kenapa nak datang rumah aku pulak.

"Tadi kami menjalankan penyiasatan ke atas rumahnya, namun tidak ada apa yang mencurigakan sebelum kami menemukan ini," ujar Detektif Adams seraya meletakkan sekeping sampul surat lusuh di atas meja.

"Surat ini ditulis ke alamat ini," sambung Inspektor Lydia.

Aku memandang surat dimeja sebelum perlahan-lahan mencapainya. Aku memandang wajah inspektor dan detektif dihadapanku seolah-olah meminta izin untuk membukanya. Mereka hanya mengangguk.

Perlahan-lahan aku mengoyakkan bahagian atas sampul itu. Surat yang berwarna kekuningan aku ambil dan buka lipatannya.

Razqia,

Saat kamu membuka surat ini percayalah aku sudah tiada. Terima kasih di atas segala yang kau lakukan ke atasku dan tolong rahsiakan segalanya. Naik ke bilikmu dan kamu akan temui sesuatu yang aku tinggalkan. Gunakan ia sebaiknya kerana aku mempercayaimu.

Laura

Aku kembali melipat surat itu, namun sesuatu yang tak terduga berlaku. Surat itu terbakar dengan sendirinya.

Detektif Adams dan Inspektor Laura terkejut, apatah lagi aku.

"Ada apa dalam surat tu?" soal Detektif Adams.

"Witch Laura sebenarnya kawan saya. Dia memberikan surat ini kerana ingin memaklumkan kematiannya dan berterima kasih kepada saya kerana sudi berkawan dengannya. Itu sahaja," terangku mengenai surat itu. Namun sebahagian sahaja.

Setelah menjawab beberapa soalan mereka, akhirnya mereka meminta diri untuk pulang.

Aku terus masuk ke bilikku dan melihat sebuah buku beserta sebatang tongkat di atas katil.

Sepucuk lagi surat aku temukan.

Gunakan ia sebaiknya. Jangan sampai jatuh ke dalam kegelapan. Andai itu terjadi tiada apa yang dapat menolongmu.

Laura

Aku membuka buku itu, dan ternyata ia adalah buku sihir milik Laura. Ah sudah! Aku kena jadi ahli sihir ke?!

Patut ke tak eh aku bagitau Hareez tentang ni? Tapi Laura memintaku untuk merahsiakanya.

Aduh, buntu!

Aduh, buntu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now