Sewaktu dia tiba di ruang tamu, suara Salfina sudah kedengaran kuat seolah bertengkar dengan seseorang.

Datuknya, Tan Sri Muzaffar bertemu mata dengan Hafiz sebaik lelaki itu menjengah perlahan di muka ruang tamu.

"Hafiz, awal balik?" soal Muzaffar.

"Fiz yang tolong bawa Puan Salfina datang sini."

Tan Sri memandang Salfina dan Salfina memandang ke arah Hafiz sebelum menoleh kembali ke arah bapa saudaranya.

"Pak Long kenal budak ni?" soalnya penuh keliru.

"Kenalkan. Itu Hafiz Aiman. Cucu aku. Anak Intan Sakinah." Umum Muzaffar.

Terasa dingin beku tubuh Salfina. Matanya tak berkelip memandang lelaki muda itu.

"Hafiz kena panggil Salfina, Mak...panggil Mak Long pun okey rasanya. Lagipun ini saja satu-satunya ibu saudara yang kamu ada."

Hafiz berjalan menghampiri Salfina. "Apa khabar, Mak Long?" ujar Hafiz sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan wanita itu.

Tanpa diduga oleh keduanya, Salfina mengangkat tangan dan menampar pipi Hafiz.

PRANG!

Dulang yang ditatang Alia jatuh terhempas. Dia berjalan pantas ke arah Hafiz. Pipi suaminya diusap sebelum dia memanah pandangan tajam kea rah Salfina.

"Awak ni siapa? Suka-suka hati nak tampar suami orang!" herdik Alia sambil menuding jari ke arah Salfina. Hafiz cuba menenangkan isterinya sedang Tan Sri hanya memandang kosong. Biarpun dia sedikit terkejut dengan tindakan Salfina, dia yakin Alia boleh pertahankan suaminya tanpa bantuan.

"Suami? Hah. Dah kahwin. Oh, so inilah pisau cukur. Entah datang dari mana. Mana Pak Long tahu ni cucu Pak Long? Ni penipu je. Siap ada isteri lagi. Datang sini sebab nak bolot harta je. Pak Long memang dah gila." Tuduh Salfina.

"Ewah. Ewah. Cakap jangan sebarang cakap ye. Awak tu siapa yang datang sini lepas tu nak cakap biadap macam ni? Hah?" bidas Alia.

"I ni satu-satunya pewaris Empayar Muzza. Darah daging Tan Sri Muzaffar. You tu yang siapa? Tau tau dah ada kat sini. Apa sekali pun plan jahat you nak rampas harta Pak Long I, you takkan berhasil. Pisau cukur macam you senang je I nak hapuskan." Salfina memberi ancaman penuh yakin.

Alia mahu membalas tapi segera di halang suara Tan Sri Muzaffar.

"Ladies. Ladies. Stop this. Semua orang, duduk." Arahnya. Ketiga-tiga mereka menurut walau hati masih sebal.

"Salfina. Hafiz Aiman memang anak Sakinah. Aku ni dah tua tapi tua tak bermaksud gila atau bodoh. Aku ada keputusan DNA untuk buktikan yang Hafiz ni darah daging aku. Cucu aku. Anak saudara sepupu kamu. Alia ni isteri dia. Dah jadi satu keluarga dengan kamu. Intan ada tinggalkan seorang lagi anak. Adik Hafiz. Dia tengah belajar di UM." Jelas Muzaffar meleraikan kekusutan.

"Kenapa baru sekarang? Mana datangnya diaorang ni? Intan tak pernah munculkan diri." Tempelak Salfina. Sejak keluar rumah, Intan sudah hilang tanpa khabar. Malah bapa saudaranya sendiri tak pernah berbicara lagi solal sepupunya itu.

"Intan... dah meninggal dunia. Aku tak sempat jumpa dia tapi dia tinggalkan dua orang anak. Anak-anak yang akan jadi pewaris aku." Ujar Muzaffar dengan nada tegas. Tidak ada kompromi lagi. Ternyata Hafiz adalah pemegang takhta yang sah. Takhta yang diidamkan Salfina kini telah dibolot oleh pendatang baru.

"Pak Long tak boleh buat saya macam ni. Saya yang sepatutnya ganti tempat Intan." Dia cuba membangkang.

"Kamu lagi layak ambil tempat Intan dari anak-anak dia sendiri?" soal Muzaffar kembali.

Salfina merengus. Dia bingkas berdiri. "Tak. Ini semua tipu!"

"Pak Long main-mainkan saya, kan? Pak Long jadikan saya CEO lepas tu Pak Long suruh wartawan ikut saya dan keluarkan cerita buruk tentang saya. Kemudian, Pak Long berpakat dengan ahli lembaga pengarah untuk boikot saya. Pak long ingat saya tak tahu? Ini semua rancangan jahat Pak Long untuk singkirkan saya sebagai pewaris!" marah Salfina. Nadanya keras.

"Aku tak pernah kata kamu akan jadi pewaris aku walau sekali."

"Satu-satunya keluarga yang Pak Long ada cuma saya. Siapa lagi yang akan jadi pewaris kalau bukan darah daging sendiri?"

"Betul. Pewaris aku memang dari darah daging aku sendiri. Sebab itu aku telah namakan Hafiz sebagai pewaris aku." Beritahu Muzaffar tenang. Sedikit pun dia tak terjentik rasa dengan sikap Salfina.

"Pak Long main-mainkan saya. Pak Long jerat saya dengan permainan busuk Pak Long tu!" tuduh Salfina lagi.

"Muzaffar tersenyum sinis sebelum membalas. "Hanya orang yang tamak saja yang sanggup bermain permainan aku."

Hati Salfina bagai ditikam-tikam dengan pisau. Sedar dirinya telah diperkotak-katikkan oleh lelaki itu. Ternyata, bapa saudaranya telah merancang semuanya. Sejak dari awal lagi, lelaki itu tidak ikhlas memberikannya tampuk pemerintahan di Empayar Muzza. Hanya rancangan jangka panjang untuk menburukkan imejnya supaya jatuh ke dalam lubang hitam tak berpenghujung. Tua memang tua tapi masih licik macam masa muda. Dia yang silap percaturan. Dia terlalu yakin yang dialah pewaris tunggal sedang dibelakangnya, sudah ada aturan yang lain.

"Pak Long tunggulah balasannya nanti. Saya takkan berdiam diri dan lihat hak saya diambil orang." Sebaik katanya habis, Salfina angkat kaki.

Sebaik keluar dari pagar banglo itu, sebuah kereta sudah sedia menanti. Dua orang lelaki bertubuh tegap dengan seorangnya memegang kayu pemukul besbol keluar dari kereta. Keduanya berkaca mata hitam. Mereka mengunyah gula-gula getah sambil tersenyum ke arah Salfina.

Pintu kereta bahagian belakang terbuka. Seorang lelaki lain keluar sambil menarik seseorang untuk turut sama keluar.

"Mama," panggil Kaira dalam tangisan, Wajahnya lebam di pipi dan mulut. Air mata laju menuruni muka anak gadisnya itu. Salfina terpempan.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now