1. Plagiarisma

11 1 0
                                    

Sebatang rokok Dunhill Red ditarik keluar daripada kotaknya. Lighter dipetik lalu dicucuh pada muncung rokok dan berpusar - pusarlah asap keluar mengikut arah hembusan.

Anfisa menyedut rokok itu dalam - dalam, sekali lagi dihembus asapnya kali ini ke wajah seorang gadis yang dari tadi hanya tunduk memaku bumi.

"Maafkan saya, Kak Fisa." Gadis cantik itu masih takut untuk mengangkat wajahnya. Bimbang Anfisa mengamuk.

"Dont worry. Susah nak cari gadis berani nowadays. Yang adapun cuma yang jenis berani menari tayang  kat orang. Ke kau pun macam tu jugak?" Tajam mata Anfisa merenung gadis itu. Laju saja gadis itu menggeleng.

"Nama kau sapa?" Asap rokok dihembus lagi ke wajah si gadis.

"Er.. Nina. Nama saya Nina."

"Kenapa kau tiru aku?" Soalan sesenang itu, cukup payah untuk Nina jawab. Anfisa senyum sinis melihat Nina yang hanya mampu diam.

" Kau berdendam dengan sapa?"

"A.. Ayah saya." Butir manik jernih jatuh membasahi pehanya yang dibaluti skirt pendek belang hitam putih.

"Macam mana kau boleh tau aku sapa? Macam mana kau boleh terdetik nak tiru aku?And aku yakin kau nak frame aku jugak kan lepastu?" Anfisa tayang pisau lipatnya yang tajam berkilat. Lepastu sambung lagi.

"Pisau ni nampak je kecik. Tapi rasanya almost sepuluh orang jugak mati dengan si kecik ni." Anfisa menyeringai, menampakkan barisan gigi putih bersih. Namun cukup untuk buatkan Nina makin kuat menangis.

"Maafkan saya." Nina merayu.

"Apa salah bapak kau?" Anfisa habiskan rokoknya lalu campak ke pasir. Senja itu angin bertiup agak kuat. Angin pantai sudah mula berpusar ganas. Ombak pula menghempas pepasir pantai hingga hilang kesan tapak kaki yang Nina tinggalkan sewaktu berjalan seorang diri, sebelum dicekup Anfisa.

"Takde salah? Lepastu sengaja nak katok sampai mati?"

"Dia.. dia rogol saya." Berjuraian air mata Nina mengalir. Nafasnya turun naik. Giliran Anfisa pula terdiam.

"Betul ke ni?"

"Kalau betul saya salah sebab cuba bunuh dia, kenapa dia tak report polis hal ni? Saya masih bebas ke sekolah, masih merayau - rayau tanpa arah." Suara Nina jadi tegas tiba - tiba.

"Heh. Tapi aku tetap tak suka orang ambik kerja aku. Lepastu nak frame aku untuk aktiviti yang tak smooth macam kau buat tu."

Anfisa keluarkan semula pisau lipatnya. Tangan Nina dicengkam, menghalang daripada gadis itu untuk melarikan diri.

Nina telan liur. Dia sedar, langkahnya meniru gaya Anfisa bakal berakhir dengan tragedi. 

PEMBURU DENDAMWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu