Cinta Gila

21 0 0
                                    

“Jaga jaga hati, jaga jaga nanti,
Kalau ku hampa kau kan rasa…” 
Lirik lagu Elizabeth Tan diulang nyanyi seakan akan meratib. Wajah lesu yang dipantul cermin dipandang sekilas. Sedih rasanya mahu tatap wajah sendiri lama-lama dalam keadaan macam tu. Pintu peti sejuk dibuka dan air botol yang tersimpan di dalamnya dibuka ganas. Air yang sejuk itu diminum rakus seolah-olah sudah setahun tidak ketemu air. Aku menoleh ke arah ruang tamu dan memerhati sekujur tubuh yang duduk tegak tak bergerak menghadap televisyen. “Sayang…. Kan aku sudah bilang, kalau aku disakiti oleh kamu, kamu juga akan terasa sakitnya?” Rambut lelaki itu diusap lembut.“Kenapa kamu diam?” Tanyaku sambil mata tidak lepas memandang kaca televisyen. Sepuluh saat berlalu tanpa jawapan. Aku berjalan mengelilingi sofa yang dia duduki dan mencangkung menghadap tubuh lelaki kesayanganku. “Humphhh humphhh…” Aku menutup rapat mataku sambil menghayati bunyi yang dikeluarkan mulutnya yang tertutup rapat dengan pita pelekat. “Apa dia sayang? Aku tak faham apa yang kamu bicarakan.” Ujarku menarik perlahan pita pelekat dimulutnya. “Kau GILA!! Lepaskan aku!” Jerit dia menyentak tangkai hatiku. Aku menutup kembali mulutnya agar dia diam namun dia masih lagi cuba berbicara. Lantas aku koyak lehernya dengan pisau yang sedari tadi aku pegang dan darah merah memancut membasahi aku. Senyuman puas aku ukir saat melihat dia menggelupur bersama darah pekat yang masih lagi mengalir segar. “Selamat tidur kekasih. Moga kau bahagia disana.”

-TAMAT-

The Confession of a Shy GirlWhere stories live. Discover now