Bab 11

496 33 0
                                    

   Seketika mata Nana melirik memandang ekspresi muka kakaknya , Zana . Zana terdiam membisu seribu bahasa . Serius sungguh dan tiada senyuman langsung ! Tidak mengucapkan tahniah apatah lagi berkongsi gembira atas kejayaanya!

   "Sejak bila Nana pakai tudung?" itu pula soalan hangat yang terpancul daripada mulut kakaknya.

   Nana terus tersedar, ada sehelai selendang sifon lembut yang menutup tiap helaian rambutnya . "Oh! Tudung ini Nana pakai sebagai syarat memasuki rancangan realiti TV . Baru sangat pakai tetapi selesa dan bagaikan mahu meneruskannya."

   Ketika itu Kak Zana mencebir bibir dan sempat berkata , "Kak Zana pasti ... Nana mesti terkeluar awal kerana jadi peserta finalis yang sungguh hipokrit . Berlagak alim konon! Apa Nana ingat penonton - penonton di Malaysia ini naif ? Semua bodoh dan boleh tertipu?"

   Mendengar pandangan kakaknya yang terlalu keras , Nana tidak terkata . Nana tidak tahu bagaimana mahu bereaksi dan jadi patung bernyawa! Puan Liza disebelah turut merasai keterlaluan kata - kata itu menyiku Zana di sebelah . Namun Zana kekal selamba .

   "Kak Zana cuma cakap perkara sebenarnya . Dalam industri TV , wartawan - wartawan akan korek rahsia peribadi kita . Kisah Nana pakai tudung kerana mencari jodoh , pasti akan diketahui semua!"

   Sekejap sahaja , suasana gembira menjadi peserta rancangan TV sudah bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan . Nana langsung tidak berdaya bersuara dan perlahan - lahan menuju biliknya.  Menutup pintu dan meninggalkan begitu sahaja Kak Zana dan mama di ruang tamu rumahnya ...

   Di dalam bilik , dia menangis sendiri . Mukanya tersembam di bantal dan dia menggenggam tangan penuh semangat . Dia mahu buktikan tekaan Kak Zana itu salah!

   Namun dalam hati Nana ada getar . Dia tahu kata - kata mencemaskan itu ada benarnya.  Dunia TV yang dianggap berwarna - warni dan sungguh indah , sebenarnya ada banyak halangan dan cabaran yang menantinya . Cabaran bertembung dengan peserta - peserta lain . Gosip - gosip yang menanti . Bagaimana pula agaknya hidup di dalam banglo yang penuh kamera ?

   Nana resah . Nana makin gelisah . Hidup di realiti TV ternyata belum bermula tetapi sudah meresahkan jiwa !

Mr. Right SelebritiWhere stories live. Discover now