Bab 9

686 30 0
                                    

6.00 petang .

Nana sanggup menunggu hingga ke akhir sesi temuduga bagi mendengar pengumuman 30 nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya . Semua yang layak perlu menghadiri proses saringan terakhir yang dijadualkan berlangsung dua hari sahaja lagi . Ketika mendengar pengumuman , setelah 18 nama disebut dan wanita - wanita terpilih diminta tampil ke hadapan ... Nana sudah memintal hujung tudungnya . Debaran semakin terasa dan kepala mula membayangkan kemungkinan - kemungkinan yang serba negatif . Bagaimana sekiranya dia yang terlebih dos perasan dan terlalu yakin diri ? Kononya Shahir akan memilihnya tetapi hakikat sebenar , Shahir langsung tidak suka ?

Dalam pada semua persepsi negatif tentang dirinya terngiang - ngiang di telinga , akhirnya nama Nana disebut sebagai peserta yang ke-26 layak menyertai proses saringan seterusnya .

Itulah masanya Nana mahu memastikan Kak Zana menyesal dengan kata - kata hinaan yang pernah dilemparkan ! Itulah masa sesuai membalas dendam ! Senyuman Nana semakin lebar apabila mengenangkan betapa manisnya membalasa cercaan Kak Zana dengan kejayaan yang digapai . Pasti ianya jadi semanis kek keju Americano di Secret Recipe yang begitu menjilat jari !

Tersenyum sendiri , Nana bergerak ke hujung sudut . Dia perlu memberitahu kisah kejayaannya kepada Puan Rozita . Tidak perlu menunggu lama , Puan Rozita menjawab panggilan dan terus bertanyakan status temuduga . Sebaik Nana memberitahu dirinya layak ke pusingan seterusnya , menjerit - jerit Puan Rozita di dalam telefon . Sakit telinga dibuatnya tetapi Nana tahan - tahankan juga . Hatinya sendiri berbunga riang , sehebat musim bunga di kota London !

" I knew it , Nana ! I just knew it ! Awak memang calon terbaik jadi wartawan perisik kita ! Jangkaan saya betul ! Sekiranya Dato' Razali pun boleh terpikat , mustahil Shahir menolak awak ! " Puan Rozita sudah tersekat - sekat suaranya . Mungkin tidak cukup nafas dek kerana terlalu teruja dengan berita gembira itu .

" Urgh! Tolonglah , Puan . Jangan sebut nama Dato' Razali itu ! Tidak sanggup saya apabila teringat mata kedutnya yang gatal . Dasar lelaki tua tidak sedarkan diri ! Lainlah Shahir ... Dia muda , bujang trang - tang - tang dan angkasawan simpanan negara yang terbilang ! " Nana juga tidak mampu menahan keseronokan hatinya .

" Amboi ! Belum apa - apa awak sudah berkenan pada Shahir ya ? Awak perlu beringat Nana . You are there strictly because of your duty to get the latest gossip ! "

" Saya tahu dan faham tugas saya , Puan . Saya juga ingin berterima kasih kerana meyakinkan saya meneruskan semua ini . Sekiranya tidak kerana Puan , sekarang saya tak ada keyakinan diri " , tiba - tiba sahaja Nana menjadi emosional apabila terkenangkan kembali kata - kata Kak Zana yang sentiasa memandang rendah akan kebolehannya.

" Awak jangan rendah diri sangat . Awak cantik dan punya aura yang kuat . Cuma awak tidak sedar . Sebenarnya semua wanita di dunia ini sebenarnya apabila tidak disolek dan didandan rapi , tentu tidak akan jadi lawa dan menarik ! Cuba awak tengok Britney Spears . Ada gambar candid yang berjaya ditangkap paparazzi . Rambut macam tidak sikat selama sebulan , kulit pula ada tiga jerawat batu . Tetapi itu semua boleh ditutup dengan solekan dan dandanan apabila dia mehu buat persembahan . " Panjang lebar Pyan Rozita memberikan kata - kata semangat kepada Nana.

" Terima kasih sekali lagi , Puan ! Saya janji akan buat yang terbaik. Saya akan kumpul semua cerita - cerita sensasi di sebalik tabir tentang rancangan realiti terbitan TV13 ini . Saya juga seboleh mungkin akan cuba dekati Shahir ! " Nana tersenyum kembali dan kini dia mahu melupakan semua tanggapan negatif yang melekat dalam fikirannya .

Dia kini secara rasmi berjaya ke peringkat seterusnya . Hanya selangkah sahaja lagi menjadi bintang realiti TV yang dikenali dan popular !

Mr. Right SelebritiWhere stories live. Discover now