Bab 6

629 27 0
                                    

9.00 pagi

Ibu pejabat Majalah Hiburan Panas Hangat .

" Terima kasih kerana sudi hadir hari ini . Saya tahu semua sibuk dengan tugasan masing - masing . Tetapi meluangkan masa di sini adalah amat pemting . Dalam mesyuarat ini , mahu memperkenalkan secara rasmi ... Wakil wartawan kita yang bakal menjadi pegawai perisik dalam rancangan realiti TV kelolaan TV13 iaitu ' Mencari Jodoh Sehati Sejiwa ' . Wakil ini bertanggungjawab mengumpul semua bahan sensasi dan gosip terkini mengenai rancangan itu . " Puan Rozita membuat ucapan pembukaan mesyuarat . Di hadapannya , semua yang mendengar terus terangguk - angguk faham .

" Baiklah ! Tanpa berlengah dan membuang masa , saya memperkenalkan wakil wartawan kita , Cik Nana Ilyana . "

Pada ketika itu , Nana terasa jantungnya bagaikan mahu berhenti berdegup dan otaknya gagal berfungsi . Bila mana namanya dipanggil supaya masuk menghadap semua pegawai atasan di syarikat penerbitan tersohor itu , dia menggeletar seluruh badan ! Hilang dan terbang langsung keyakinan diri dan keberanian . Dia begitu takut dikritik dan bimbang dikatakan tidak cukup cantik . Dia malu dilabel sebagai perempuan perasan dan gila glamor . Namun namanya sudah dipanggil , lalu kaki digagahkan supaya melangkah lambat - lambat ... Menghadap 10 orang pegawai atasan yang duduk dalam posisi meja bulat .

" Now I present to you , our own secret agent , Nana Ilyana ! " Puan rozita membuat pengumuman bagaikan pengumuman penjual ubat di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman . Kini semua mata memandang ke arah Nana . Sehabis boleh , Nana mengawal gementar dan senyuman mesra dilempar . Puan Rozita pula terus - terusan berada di sebelah Nana dengan wajah penuh bangga melihat hasil akhir sesi perubahan diri anak didiknya .

" Wah ! Mengapa selama ini awak sembunyikan dia daripada saya , Rozita ? Orangnya cantik , sopan dan ada ciri - ciri muslimah . " Kata - kata Dato' Razali selaku CEO majalah Hiburan Panas Hangat menjadi pembuka reaksi kepada penampilan Nana.

" Ini mesti kes awak takut saya duakan Datin Rosmah ya ? Saya tahulah awak memang kawan baik isteri saya . Tetapi sampai hati awak tidak kenalkan saya dengan Nana. Sampai saya tidak pernah kenal pekerja sendiri . " Mata Dato'Razali kekal memandang tajam ke arah Nana. Ada gaya - gaya mahu menerkam dan menerpa ! Sungguh bahaya dan tidak padan dengan usianya yang tua !

Puan Rozita hanya terseyum dan tenang menjawab , " Dato' Razali memang ikhlas mahu kenal semua pekerja atau cuma mahu berkenalan dengan pekerja cantik sahaja ? Pekerja cantik yang boleh dijadikan calon isteri kedua ? " pedas sungguh sindiran Puan Rozita kepada Dato' Razali.

" Well , both can do actually ! Lagipun Nana pun tidak keberatan jadi isteri kedua dan merangkap pekerja saya , bukan ? " Dato' Razali yang gatal itu sempat mengenyitkan matanya yang kedut seribu ke arah Nana. Aduh , lemah semangat dibuatnya ! Lelaki itu tua sangat ! Boleh dianggap sebagai moyangnya ! Memang dasar miang keladi tidak sedar diri sungguh !

Seluruh bilik mesyuarat gamat dengan gelak ketawa mengusik Dato' Razali . Nana pula memerah pipi menahan malu apabila diusik secara terbuka begitu . Dalam keriuhan sesi usik - mengusik , Puan Rozita sempat berbisik ke telinga Nana , " Nana , awak tidak percaya lagi cakap saya ? Awak memang cantik dan menawan ! Sekiranya Dato' Razali pun boleh terpikat , inikan pula Shahir si angkasawan simpanan ! Just trust me ! "

Kata - kata itu membuatkan Nana bertambah semangat menjalankan tugasan yang seterusnya !

Mr. Right SelebritiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang