"Hello? Hello! Encik? Ah!", Yeoreum mematikan panggilan dengan geram. Patut aku letak sahaja julap dalam pesanan dia baru padan muka. Menyusahkan aku betullah.

Tangan Yeoreum mencapai plastik berisi makanan dan melangkah masuk ke dalam kelab itu. Yeoreum menunjukkan kad pengenalannya di kaunter pengesahan, menunjukkan dia bukan gadis bawah umur.

Ini bukan idea yang bagus. Itu ayat yang Yeoreum ulang didalam hati apabila masuk ke dalam kelab itu yang penuh dengan manusia. Muzik berdentum. Cahaya lampu kelap-kelip. Manusia menari disana sini dengan memegang gelas.

Okay, kita hantar, ambil duit, blah. Tapi... Dekat mana pula bilik VIP 159?

"Encik! Saya nak tanya. Dekat mana bilik VIP 159?", Yeoreum bertanya kepada jejaka yang bertugas menjadi tukang buat air di kaunter bar itu. Jejaka itu menunjukkan kearah tangga dan Yeoreum mengangguk. "Terima kasih!", laung Yeoreum sebelum berjalan kearah tangga yang menuju ke tingkat atas kelab itu.

Dia berjalan menerusi sebuah lorong yang menuju ke bahagian yang tersorok sedikit didalam kelab itu. "VIP 159...", Yeoreum terhenti dihadapan bilik tertera nombor 159 itu. Nampak eksklusif. Pintu pun warna hitam.

Yeoreum mengetuk pintu. "Penghantaran PizzaHut!", laung Yeoreum. Tiada jawapan. Yeoreum mengetuk pintu sekali lagi dan mengulangi ayat yang sama tetapi dengan lebih kuat.

Baru sahaja Yeoreum ingin mencapai telefon bimbitnya, pintu itu terbuka. Terdapat seorang lelaki yang tinggi lampai (dan kacak) memandang Yeoreum. "Ya?", suara lelaki yang garau itu bertanya.

"Ah, penghantaran PizzaHut.", Yeoreum menunjukkan plastik yang dipegangnya. Tiada emosi kelihatan diwajah jejaka itu sebelum dia melaung ke dalam bilik itu.

"Siapa ada pesan piza?"

Yeoreum berjaya menangkap sekilas pandangan didalam bilik itu. Patutlah bilik VIP. Nampak selesa dan eksklusif. Ada sofa dan meja. Kawasan yang tertutup. Boleh tahan.

"Aku.", ada seorang jejaka yang duduk bersama wanita di kiri dan kanannya mula berdiri. Jejaka kacak itu membuka pintu dengan lebih luas supaya jejaka lagi satu itu boleh mengambil pesanannya.

"Semuanya 20,000 won.", ujar Yeoreum. "Bayar pakai kad atau cash?", soal Yeoreum sambil menghulurkan plastik berisi makanan.

"Han Yeoreum?", Yeoreum mengangkat wajahnya apabila pelanggan itu menyebut namanya. Salah satu kening terangkat dan Yeoreum terus mengenali siapa jejaka itu apabila mereka bertentang mata. Mata hazel jejaka itu.

"Han Yeoreum? Kau Yeoreum kan? Geumdo High School?", jejaka itu bertanya lagi, meminta kepastian. Yeoreum mengangguk dengan teragak-agak sambil menampal sebuah senyuman palsu dibibir. Oh, tidak.

"Kau... Tak ingat aku ke?", jejaka itu bertanya dengan sedikit kecewa setelah melihat reaksi Yeoreum yang tidak ingat kepadanya. Yeoreum seperti tidak gembira untuk terjumpanya.

"Aku ingat. Kau, Park Jimin.", ringkas sahaja ayat Yeoreum.

Aku sepatutnya dah boleh agak bila dia bagi nama dia tadi. Tapi, macam mana aku boleh agak? Berlambak orang nama Jimin dalam negara ini!

Senyuman Jimin melebar, menyebabkan matanya bertukar menjadi bentuk bulan sabit. "Ha, ingat pun! Aku ingat kau dah lupa aku. Mentang-mentanglah dah enam tahun tak jumpa, dah lupa aku, kawan baik kau? ", perli Jimin namun dia masih tersenyum. "Wah... Tak sangka kita jumpa balik dekat sini."

Yeoreum mengetap bibirnya. Mana mungkin aku mampu lupakan kau, Park Jimin. Mana mampu aku lupa setelah segala memori yang kita cipta bersama.

"Hai, Han Yeoreum.", Jimin menghulurkan tangannya untuk berjabat. Yeoreum pula menghulurkan plastik berisi makanan kepada Jimin membuatkan Jimin segan sendiri. Tawa kecil terlepas daripada mulut Jimin.

"Semuanya 20,000 won.", Yeoreum mengulang sekali lagi. Tangan Jimin mencapai dompet didalam poket seluar jeans miliknya. Beberapa helai not wang dicapai dan dihulurkan kepada Yeoreum.

Tetapi, Jimin menarik kembali wang tersebut membuatkan Yeoreum menjeling. Apahal pula mamat ni nak main-main tarik duit dengan aku?

"Nombor telefon yang kau guna untuk call aku tadi tu nombor telefon betul kau kan?", soal Jimin. Tanpa menjawab pertanyaan Jimin, Yeoreum merampas duit itu daripada tangan Jimin. Duit itu dikira untuk memastikan Jimin menyerahkan jumlah yang betul. Bagus, tiada wang baki perlu diberikan kepada Jimin.

"Nanti aku contact kau eh?", ujar Jimin lagi. Yeoreum hanya mengangguk tanda mengiyakan. Tanpa berkata apa-apa lagi, Yeoreum berjalan pergi dengan pantas dari situ. Jimin tersenyum memandang kelibat Yeoreum yang semakin menjauh darinya, tidak sangka akan bertemu semula gadis itu disini.

Han Yeoreum. Tidak banyak berbeza pun gadis itu, masih sama sejak enam tahun yang lalu. Masih Han Yeoreum, sahabat baiknya. Walaupun mereka langsung tidak menelefon atau mesej antara satu sama lain sejak enam tahun yang lepas.

Telefon bimbit ditarik keluar dari dalam poket dan nombor yang menelefonnya sebentar tadi disimpan. Nombor Han Yeoreum.

Yeoreum tiba di motosikal dan mula mencapai topi keledar. Dirinya terasa lain macam sejak bertemu Park Jimin, jejaka merangkap kawan baiknya sejak enam tahun lalu.

Itu kisah enam tahun yang lepas. Dimana mereka masih polos, menikmati zaman remaja. Tidak tahu apa-apa. Sekarang, mereka sudah dewasa. Jimin pula seorang selebriti yang popular, aku pula hanya seorang gadis biasa yang bakal menamatkan pelajarannya dan mencari kerja untuk menyara diri dan keluarga.

Kami ibarat langit dan bumi.

Perkara sudah berbeza dibandingkan enam tahun yang lepas. Tiada lagi istilah kawan baik antara aku dan Park Jimin. Perkara itu sudah hilang sejak kali terakhir aku melambai tangan padanya ketika hari terakhir persekolahan.

Sekarang aku kena beli nombor telefon baru. Jangan haraplah Jimin dapat menelefon atau mesej aku.

Aku tidak mahu luka lama berdarah kembali.

•••

ayo penulis kembali bersama ff baru *dab* AND IT'S JIMIN MY BIAS WHAT'S UP

oh lol ff ni mungkin akan slow update, sebab nak habiskan cinta pertama dulu, okay?

buku ini mengandungi spoiler(?) untuk 1-4-3 dan cinta pertama, tapi, tak kisah sangat. welp bukan spoiler tapi lebih kepada watak yang sama dalam buku yang berlainan? yep.

SELEBRITI. » park jiminWhere stories live. Discover now