61. LELAKI MISTERI

Começar do início
                                    

Istana tersergam indah ditatap. Perlahan kakinya melangkah. Pasukan alpha yang mengawal istana terpacak pada di setiap penjuru, tidak memberi sebarang tidakan langsung mahupun bergerak bila mereka melihat kehadirannya di situ. Dengan langkah bersahaja, dia melepasi pintu perkarangan istana.

Nafas dihembus perlahan. Kiri dan kanan dipandang melalui ekoran mata. Sunyi. Tiada seekor pari-pari pun di situ. Hanya pengawal. Mungkin mereka yang lain masih enak dibuai mimpi. Dia berjalan menuju ke anak tangga. Setiap derapan langkah tanpa bunyi. Setibanya di sebuah pintu di bahagian hujung antara semua pintu, dia berhenti. Perlahan dia mengetuk.

"Masuk!"

Setelah menerima arahan. Tombol pintu ditolak sebaik sahaja dia memulas. Dua susuk tubuh sedang duduk di atas sofa. Lelaki berambut kuning terdiam melihat kehadirannya. Manakala wanita berbaju putih labuh menyimpulkan senyuman.

"Duduklah ...." pelawa Ratu Andora. Lelaki berpakaian hoodie menutupi muka, melabuhkan punggung di atas kerusi kaca disebelah pintu. Dia menyilangkan kaki.

"Siapa dia?" Raja Willys berbisik. Di sebalik hoodie menutupi mata, pandangan dingin dilemparkan pada Raja tersebut.  Dia sudah jangka Raja itu pasti berada di sini dan masih lagi hidup!

"Tak perlu tahu dia siapa." Andora tersenyum. Ya, identiti lelaki ini dirahsiakan! Ini demi menjaga segala maklumat. Lelaki dihadapannya tahu segala-galanya. Hal ini kerana, lelaki itu adalah satu-satunya perisik   termuda di negara ini!

" Ada sesuatu yang berlaku di sana." dia berjenda sesaat. Raja Willys tidak lepas dari memandangnya. " Istana pari-pari putih dibakar. Mereka mahu bunuh Putera Calvin dan Puteri Camelia." sambungnya lagi.

"Tch! Betul ke! Beta tidak percaya! Kamu main-main bukan!" Raja Willys berdiri dengan muka tidak puas hati. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Andora hanya memasang telinga.

"Jika betul saya main-main ... buat apa saya datang ke sini?" balasnya serius. Raja Willys mengetap gigi. Buku lima digenggam. Dada bidang turun naik menarik nafas.

"Angkara siapa ...." katanya menekan. Dia cuba menyekat perasaan amarah. Kerana disebabkan perasaan marah yang membuatkan dirinya hilang kawalan dan seterusnya bertindak kejam!

Istana terbakar? Calvin dan Camelia mahu dibunuh? Tapi kenapa? Dia tak kisah pasal istana sangat. Yang dia risau adalah Camelia dan Calvin. Si durjana yang buat semua ini akan terima padah!

"Raja Virl. Puak manusia yang buat. Mereka juga bakar ke semua rumah penduduk pari-pari putih."

"Tak mungkin ... tak mungkin dia yang buat. Aku tak percaya ...." dia sedikit tersentak mendengar nama tersebut. Jantungnya mula berdegup selaju mungkin!

"Raja Virl sebenarnya musuh dalam selimut. Terpulang pada Raja Willys mahu percaya ataupun tidak. Yang penting Calvin dan Camelia dalam bahaya. Ratu ... itu sahaja dari saya. Saya mahu minta diri dulu." 

Usai berkata dia sempat menjeling wajah, Raja Willys. Terpampang riak kerisauan pada muka pemerintah itu. Mana tak?  Anak-anaknya dalam bahaya. Kerajaannya di bakar macam tu sahaja. Walaubagaimana pun, dia masih ada rasa sedikit tidak percaya dengan apa yang di sampaikan.

Raja Virl adalah sahabatnya. Selalu sahaja mereka berjumpa melepak, meluangkan masa bersama dan bertukar pendapat.  Sampaikan Calvin dan Victoria mahu disatukan! Oh, hatinya amat terguris! Sakit bagai luka yang telah ditabur dengan garam. Pedih! Dia dikhianati!  

Baru dia tersedar sesuatu! Raja Virl mahu mengambil kesempatan! Manusia itu yang suruh dia pergi ke sini bersama sebilangan tenteranya. Jadi, keselamatan di sana mulai goyah dengan ketiadaannya! Apa motif Raja Virl sebenarnya ini.

"Bodohnya aku ... termakan dengan segala kata-kata dia."

   Lelaki misteri tadi melangkah keluar dari bilik bacaan. Dia harus cepat kembali ke kerajaan pari-pari putih dengan segera. Dia tidak boleh lama-lama di sini. Saat dia mahu menuruni anak tangga, dia terlanggar sesuatu. Dia tidak dapat mengawal kesimbangan badan lalu jatuh bergolek! Tubuhnya menghempap seekor pari-pari.

"Hey ... Kau ni penceroboh ke!" lelaki berambut merah mengosok kepala dalam keadaan terbaring. Mengeliat kecil dia dek badan yang melenguh. Hoodie menutupi kepala lelaki itu disebelahnya, terkial-kial mahu bergerak.

"Keith! Kau jatuh ke? Eh, siapa tu?"  Nyea menyoal.

Terbatal niatnya mahu menarik hoodie si lelaki misteri ini.  Kebetulan  pula dia mahu berjumpa Nyea, masa itulah dia terlanggar tanpa sengaja. Tapi bila dilihat, sumpah! lelaki ini nampak curiga.

Lelaki misteri menoleh ke arah Nyea sebelum kelam kabut mahu berdiri. Keith cepat-cepat menangkap kedua lengannya. Cis, dia terperangkap! Tak boleh lepaskan diri! Identitinya akan terbongkar buat pertama kalinya dalam sejarah! Si gadis mendekati. Dengan gerakan perlahan, dia tarik hoodie mendedahkan muka.

"Luth!" jerit Nyea dan Keith hampir serentak.







Wait what! Luth?😣 

Hai semua! Dapat juga update tuk korang💓

Hmm... Kalau lepas ni saya tulis cerita thriller action korang nak baca tak? Ok. saya tanya je😂 ada la juga rancang nak buat. Tajuk pun dah ada tapi belum pasti bila nak publish. Lol. 

Saya tak macam author lain au yg boleh tulis cerita banyak2 dalam satu masa yang sama. Sebabnya satu saya tak nak serabutkan otak saya😂lepas tu taknak biarkan cerita tu tergantung lama2.

Kalau Lagenda pari2 ni dah nak sampai ke penghujung barulah saya publish balik sambungan White guardian. Tak lama dah cerita ni nnt habis. Korang okay ke?🤔 harap korang sabar menunggu.




























Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Onde as histórias ganham vida. Descobre agora