"Well kalau bos nak ikut..."

Mereka berdua masuk dan mencari katil Dian. Dari jauh Irwina nampak Dian, dan dia melambai ke arah Dian yang masih berbaju hospital.

"Aku bawa Afif atas sebab-sebab tertentu." Kata Irwina sebaik dia berpelukan dengan Dian.

"And now you owe me an explaination." Bisik Dian. Irwina mengangguk.

"Kenapa awak tak beritahu saya yang awak datang lawat kawan awak bersalin?" bisik Afif selepas Irwina selesai menyalami Dian.

"Perlu ke saya cerita semua benda kat awak?" soal Irwina kembali. Dia memandang Afif geram.

Dia yang nak ikut orang lepas tu nak bising pula! Huh!

"Dah dah. Aku tak nak tengok korang berdua gaduh. Nanti aku yang sakit." Kata Dian.

"Anyway, hi Afif. Lama tak jumpa." Sapa Dian. Afif senyum.

"Mana anak kau? Nak pegang." Kata Irwina.

"Pada nurse. Kejap lagi dia hantar semula." Kata Dian.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat datang bersama seorang bayi menuju ke arah katil Dian. Dia mengembalikan bayi itu kepada Dian. Irwina melihat bayi yang di dalam dukungan Dian.

"Cute nya...." Kata Irwina sambil bermain dengan jari kecil bayi itu.

"Girl or boy?" soal Irwina.

"Boy." Jawab Dian.

"Happylah kau dapat anak sepasang. Lelaki perempuan." Kata Irwina. Dian sengih.

"Nak pegang?" soal Dian. Laju Irwina mengangguk. Bayi lelaki itu kini di dalam dakapan Irwina. Irwina duduk di hujung katil Dian. Afif masih berdiri memerhati mereka berdua.

Irwina memandang bayi lelaki itu dengan sinar di matanya. Naluri keibuannya bertambah melihat bayi kecil itu.

"Bos tak nak pegang?" soal Irwina. Dia saja cuba cari topic untuk berbual dengan Afif. Nanti rasa dipinggirkan pula.

"Boleh ke? Saya takut. Kecil sangat." Kata Afif. Dia melihat bayi kecil yang comel itu. Irwina ketawa kecil.

"Cubalah pegang. Tu ambil kerusi tu." Irwina menuding jari kearah satu kerusi kosong. Afif menarik kerusi kosong itu dan dia duduk berhadapan dengan Irwina yang sedang duduk di katil.

Afif memegang tangan kecil bayi itu. Saat bayi itu menggenggam kembali jarinya, dia senyum.

"Oh! Dia pegang. Dia pegang." Kata Afif teruja. Dia memandang Irwina dengan wajah terujanya.

Afif dilahirkan sebagai anak tunggal dan sewaktu umurnya 13 tahun, dia jadi yatim piatu. Jadi dia memang tiada peluang untuk rasa begini dekat dengan bayi.

Irwina dan Dian ketawa melihat reaksi Afif.

"Tak nak try dukung?" soal Irwina. Bayi kecil itu kelihatan selesa di pangkuan Irwina.

"Tak naklah. Dia kecil sangat. Takut." Kata Afif sambil dia bermain dengan jemari kecil itu.

"Cubalah. Nanti tak kekok sangat kalau you guys dapat anak." Suara seorang lelaki buat Irwina dan Afif dua-dua terkejut.

Laju mereka berdua mengalih pandangan ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Dian.

"Oh abang Izzue. Hi." Sapa Irwina. Afif turut menyapa Izzue.

Irwina mengembalikan bayi lelaki itu kepada Dian.

"Abang, they're not husband and wife." Kata Dian setelah melihat akward tension antara Afif dan Irwina setelah kenyataan Izzue sebentar tadi.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now