ICE SKATER & THE TRANSLATOR (BAHAGIAN 2)

Start bij het begin
                                    

Seorang pelayan tiba dan kedengaran Adelia tersenyum dan mengucapkan sesuatu dalam bahasa Perancis. Mereka mula menjamu selera. Nadia cuba memancing kata Adelia namun sahabatnya itu tegar mendiamkan diri sehinggalah mereka melangkah keluar dari restoran itu. Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Wafiq, Nadia menoleh pada Adelia.

"Kalau kau nak buat taktik macam tu pada aku, kau takkan berjaya, Nadia." Adelia bersuara terlebih dahulu sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Nadia mengeluh perlahan. Macam mana agaknya aku nak satukan ice skater dan translator ini agaknya ya?

**********************************************************************************************

"Aha, kau jumpa bidadari turun dari langit ke kat Jepun tu?" soal Nafiz sambil ketawa kecil.

"Bidadari apa?" soal Wafiq pada Nafiz yang sedang memandu.

"Habis tu, yang kau asyik termenung tu kenapa? You are the only guy yang aku kenal yang sangat berhati-hati bila drive. Macam mana kau boleh langgar tiang lampu tepi jalan? Nampak sangat kau tak ada di tempat kejadian. Kau nampak... lain lepas balik dari Jepun tu." Nafiz bersuara dengan dahi yang berkerut.

"Tak ada apalah. Aku cuma terfikir sesuatu." Wafiq menjawab.

"Terfikir apa?" soal Nafiz.

"Ad... Anak-anak murid aku." Wafiq hampir tersasul.

"Ad? Siapa tu?" soal Nafiz penuh makna.

"Tak ada apa-apalah." Wafiq akhirnya menutup cerita dan Nafiz tidak bertanya lagi. Sebenarnya, dia memang memandu tanpa konsentrasi. Sedar-sedar sahaja, keretanya elok sahaja berjalan menuju ke arah salah sebuah tiang lampu di jalan yang maha luas dan tanpa kereta itu. Disebabkan panik, dia tertekan minyak dan bukan brek. Terpaksalah keretanya dihantar ke bengkel.

Kata Nafiz, nasib baiklah jalan itu maha luas dan tidak ada kereta, kalau tidak mungkin dia terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari. Tawa Nafiz mengembalikan Wafiq ke alam nyata. "Kau gelakkan aku ke?"

"Teruk sakit kau ni, Afiq. Kau biar betul kau tak jumpa bunian ke apa dekat Jepun tu." Nafiz bertanya lagi.

"Tak ada. Orang adalah." Wafiq memandang keluar. "Kau ingat gadis misteri yang aku pernah cerita dekat kau tu?" soalnya.

"The one yang selalu duduk dekat ice rink hujung minggu time kau ajar budak-budak skate tu?" soal Nafiz semula. Wafiq mengangguk. "Kenapa?"

"I found her."

"Wow, impressive. Kau tanya nama dia tak?" soal Nafiz.

"Nama dia, Adelia."

"Adelia? Adelia Nadhira?"

Wafiq mengerutkan dahinya. "Mana kau tahu nama penuh dia?"

"Aku sebut je. Bestfriend Naurah ada seorang nama Adelia Nadhira." Nafiz memberitahu.

"Naurah? Tunang kau tu?" Kerutan di dahi Wafiq semakin bertambah.

"Nama dia Naurah Aqilah. Tapi, semua orang panggil dia Nadia. Aku rasa mungkin kau kena jumpa doktor, Fiq." Nafiz ketawa..

"Oh, Nadia? Kenapa panggil Nadia?" Wafiq bertanya.

"Long story. Next timelah aku cerita. Kita dah sampai ni." Nafiz memberhentikan kereta di lobi.

"Thanks, Nafiz." Wafiq bersedia untuk turun.

"Jangan lupa datang kenduri aku hujung minggu ni. Lepas tu, kau nak fly ke Korea pun kau pergilah." Nafiz berpesan.

ICE SKATER & THE TRANSLATORWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu