Bunyi pertengkaran di tingkat bawah telah membuatkan Lufran terjaga dari tidurnya yang lena. Jam di dinding di kerling menunjukkan jam 01:38. Lufran hanya mengeluh kepenatan mendengar pertelingkahan yang berlaku diantara kedua orang tuanya. Letih mendengar pergaduhan yang tiada noktahnya, Lufran mengambil beg dan kunci motosikalnya yang berada di atas meja bersebelahan katil menuju ke rumah orang yang disayanginya. Maktok.
Bunyi derapan kaki yang menuruni tangga langsung tidak di endahkan oleh kedua orang tuanya yang masih dingin tidak mahu mengalah antara satu sama lain. Lufran menghidupkan motosikal Kawasaki Ninjanya lalu dipacu laju ke rumah Maktok. Sesampai sahaja di rumah Maktok, Lufran terus melabuhkan diri di sofa yang berada di luar rumah Maktok. Tak mahu diserang oleh pelbagai soalan yang akan dilontarkan oleh Maktok, Lufran hanya melelapkan diri di luar rumah. Dia letih. Pelbagai perkara terjadi hari ini yang membuatkan mentalnya sesak. Di malam yang suram itu, Lufran terlelap.
✨
Lampu isyarat telah bertukar warna hijau dan membuatkan kenderaan di atas jalan raya berpusu-pusu menekan minyak untuk destinasi masing-masing. Setelah beberapa minit, lampu isyarat perlahan-lahan bertukar warna kepada warna merah dan membuatkan Lufran tidak sempat untuk memecut laju. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar warna, Lufran mengambil kotak merah yang berada di dalam poketnya. Diteliti dan dicium berkali-kali sambil tersenyum lalu mengenggam erat kotak merah itu.
Gegendang telinganya dapat menangkap bunyi hon lori dari belakang di hon berkali kali telah menganggu konsterasi Lufran. Lufran memandang cermin sisi dan melihat pantulan cahaya di pantulkan. Kemudian dia memandang cermin belakang dan mendapati objek yang besar menghampiri dengan laju. Tanpa sempat menoleh ke belakang, kereta yang dipandu oleh Lufran di lan_--
" Masya Allah , Haris. Haris bangun Haris. Ini kenapa tidur dekat luar ? Kenapa tak ketuk pintu masa sampai sini? Pergi sekolah tak harini, Haris?"
Tanya Maktok bertubi-tubi kepada Lufran yang masih terkejut dan mamai akibat mimpi yang dialaminya tambahan pula dengan soalan Maktok.
"Dah pukul berapa ni, Maktok ? " Tanya Lufran tanpa menjawab satu soalan yang dilontarkan dari Maktoknya.
"Oh, awal lagi. Baru pukul 6:40 a.m." Balas Maktok tenang. Dalam keadaan yang masih mamai, Lufran pantas berlari menuju ke kamar selesa untuk membersihkan diri kerana dia sudah terlewat untuk ke sekolah.
" Subhanallah, budak bertuah ni " kata Maktok yang terkejut akibat tindakan drastik yang dilakukan oleh Lufran sambil mengurut dada.
Setelah 10 minit berada di dalam kamar selesa, Lufran teringat yang dia tidak membawa kain tuala bersamanya tadi.
" Maktok ! Oo Maktok ! Tolong ambilkan kain tuala Haris kejap " jerit Lufran yang masih berada di dalam tandas. Seketika kemudian pintu tandas diketuk, Lufran membuka pintu itu sedikit dan melihat kain tualanya sedang dihulurkan.
Sebaik sahaja keluar dari tandas, Lufran pantas menuju ke biliknya dan melihat pakaian seragam sekolahnya sudah tersedia. Tanpa melengahkan masa, Lufran bersiap pantas dan menghidupkan enjin motorsikal Kawasaki Ninjanya memecut laju ke Luxway Highschool.
✨
" Lambat datang harini bro " tegur Danish yang kebetulan bertembung dengan Lufran di depan pintu studio. Lufran yang hanya membalas dengan pandangan mata terus memasuki studio itu. Danish Ikram ialah naib pengerusi kelab tarian dan merupakan rakan rapat Lufran.
Walaupun sering dipulaukan oleh Lufran, Danish bukanlah sejenis rakan yang cepat terasa. Danish seorang yang matang dan boleh di bawa berbincang. Danish boleh digambarkan sebagai happy go lucky. Namun disebalik wataknya yang happy go lucky, Danish juga agak dingin apabila sedang marah. Walaupun begitu, dia masih dihormati oleh juniornya.
YOU ARE READING
Solte
RandomLufran Haris. Seorang bad boy yang digilai ramai gadis kerana rupanya yang tampan dan memiliki ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap gadis. Namun disebalik wataknya yang 'bad' itu dia merupakan cucu kesayangan Maktoknya. Bertemu dengan seorang gadis...
