KEBAHAGIAAN 5

19 1 0
                                    

Sekian lama tidak update :( busy af dengan trial bagai (act macam belajar sungguh-sungguh je xD) and yes, here another chapter yang dah lama tergendala, sesungguhnya tak ku sangka ada orang baca cerita ni and thank you so much ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebulan selepas kejadian,

tak sangka betul yang aku akan selalu ke sini lepas bertembung dengan dia hari tu dan lagi aku tak sangka yang dia adalah sepupu Taehyung. Budak tu cuma tersengih macam kerang busuk je bila tahu macam mana aku jumpa dengan dia

"Hai" satu senyuman ringkas diberikan kepada aku yang sedang sibuk melihat papan menu, aku memandang ke arah suara tadi

Jimin

"Hai" aku membalas semula sebelum ingin mula untuk membuat pesanan

eh, tapi tunggu kejap kenapa dia ada dekat sini ?

"awak ? bukan ke biasanya pekerja awak..." kata-kata aku terhenti apabila dia menggaru kepalanya sambil tersengih "berhenti tiba-tiba" seakan mengerti apa yang aku ingin sampaikan dia cepat-cepat membalas

aku mengangguk dan bersedia untuk membuat pesanan

Selepas selesai membuat pesanan, aku terus ke meja berdekatan dengan kaunter

dari situ aku dapat memerhatikan Jimin yang sedang bekerja. Sekali sekala aku lemparkan sebuah senyuman ke arah dia apabila mata kami secara tiba-tiba bertembung antara satu sama lain

tak mungkin ini cinta bukan ? aku tersenyum malu

"serious aku tak tipu, pemilik kedai ni handsome gi- weyh tu dia !" beberapa orang gadis yang memakai uniform sekolah tiba-tiba berbisik sesama sendiri apabila melihat Jimin sedang memandang ke arah mereka

lagi teruk ada yang siap kenyit mata

wow ! sepanjang 17 tahun aku hidup ni first time aku rasa jealous gila sebab seorang lelaki. Si pemilik kedai ni siap kenyit mata balik. wow

Dalam mereka sibuk menolak antara satu sama lain untuk pergi membuat pesanan, seorang pekerja kedainya datang dan menghantar air yang aku pesan. Heh, terasa dilayan macam seorang puteri

Aku memandang Jimin dan menuturkan 'terima kasih' kemudian dia hanya membalasnya dengan senyuman

peristiwa cemburu sebab gadis-gadis tadi hampir dilupakan sampailah mereka dah sepakat untuk pergi membuat pesanan bersama-sama

kacau daun !

Habis bermain mata dan membuat pesanan, mereka memilih meja di sebelah aku

kebetulan pula hari tu memang macam tak ada orang. Percayalah sekarang ni aku rasa macam nak buang je uniform yang aku tengah pakai sekarang ni. Malu pula dengan perempuan tadi yang asyik menggedik-gedik

well as if kau tak tergolong sama, dari sebulan lepas kau asyik datang sini lepas sekolah kan ? 
huhu....

Jimin memanggil seorang pekerjanya dan mengarahkan dia untuk menjaga kaunter sebelum dia pula ke biliknya yang terletak di bahagian belakang 

Dia keluar dengan memakai jaket dan berhenti di meja aku. Aku memandang ke arahnya dan aku dapat rasakan gadis-gadis tadi memandang aku macam nak jadikan aku lauk mereka untuk makan malam ni

"Saya dah nak balik, kena ambil seseorang dan terus jumpa Taehyung. Nak saya hantar awak balik ?" Hoo, dengar itu wahai gadis-gadis sekalian. Putera anda nak hantar aku balik, aku cuma tersenyum malu dan menolak 

"Tapi sekarang tengah hujan" aku memandang ke luar tingkap, betullah. Aku memandang ke arahnya semula

tolonglah ulang balik tawaran tadi..

Jimin tertawa kecil "jadi awak masih nak tolak tawaran saya ?"

Tak mungkin !

Tak mungkin !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] KEBAHAGIAAN ;PARK JI MIN;Where stories live. Discover now