Prolog

31 2 0
                                        

"mama tak izinkan kau berkahwin dengan perempuan kampung tu . Dahla miskin,tak berpelajaran pula. Macam mana kau boleh jatuh hati dengan dia ,hah?"  Datin Sharifah marziana bersuara memecah kesunyian malam . Syed Khalid hanya mendiamkan diri. dia tidak mampu berkata apa-apa lagi apabila mamanya sudah mula campur tangan. Namun cinta dia kepada Syahirah perlu dipertahankan. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu.

"Tapi mama,khalid cintakan Syahirah. Syahirah boleh mengubah Khalid menjadi orang yang baik, mama. Dia gadis yang baik dan mungkin dia boleh jadi menantu yang baik untuk mama"  Syed Khalid mula bersuara.dia mendongak menentang wajah Datin Sharifah Marziana yang masam mencuka .

"Sejak bila kau pandai membantah cakap mama? Ini mesti perempuan tu yang ajar.kalau dia perempuan yang baik,dia takkan hasut kau untuk membantah cakap mama. lagi satu Khalid, dia tak setaraf dengan kita. Kau hanya boleh berkahwin dengan perempuan yang ada Syarifah dipangkal namanya. Mama tak mahu kau kotorkan keturunan kita jika kawin dengan perempuan yang entah apa-apa keturunannya." Datin Sharifah Marziana masih lagi berkeras.

Entah apa yang merasuk fikiran anak lelakinya itu untuk berkahwin dengan anak nelayan kampung sebelah padahal sering kali dia menasihati anaknya agar berkawan dengan orang yang setaraf sahaja.berkhawin pun mestilah setaraf juga.

" Mama,yang tak ada Syarifah pun tak semestinya tak baik. Kita semua biasa Aje. Sama di sisi Allah. Pangkat dan darjat bukan kekal untuk selama- lamanya, mama," balas Syed Khalid lembut. Dia cuba memujuk.

Panas telinga Datin Sharifah Marziana mendengar ungkapan Syed Khalid . Anak muda ini sungguh berani membantah cakapnyaa.

"Kau jangan nak nasihat mama! Kau nak jadi macam kakak kau tu ke? Kau nak mama halau kau keluar dari rumah ni dan merempat kat tepi jalan macam kakak kau? Jangan sesekali nak membantah cakap mama!" Marah Datin Syarifah Marziana dengan wajah yang menyinga.

Syed Khalid terdiam. Dia teringat akan nasib Syarifah Asyikin yang dihalau oleh mamanya kerana berkahwin dengan orang biasa. Kakaknya hidup menderita dengan suaminya yang berkerja sebagai kerani am di syarikat keluarga mereka. Selepas Datin Sharifah Marziana mendapat tahu tentang perkahwinan mereka, terus sahaja suami dan Syarifah Asyikin dibuang daripada syarikat tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.

"Khalid cintakan Syahirah, mama."  Syed Khalid membantah lagi . Kali ini Datin Sharifah Marziana berdiri. Dadanya naik turun menahan marah.

"Ada apa dengan cinta kau tu? Kau ingat cinta kau tu boleh kenyang kan perut ke? Dengar sini Khalid ,mama dah pilihkan calon isteri untuk kau dan bulan depan kau akan nikah dengan dia. Suka atau tidak, mama dah tetapkan kau akan nikah dengan gadis pilihan mama. Kalau kau nak bantah, silakan kau keluar dari rumah ni dan mama akan anggap kau anak derhaka!" Datin Syarifah Marziana memberi kata putus.

Syed Khalid terperanjat. Dia terkedu dengan kata-kata mamanya. Aku akan dinikahkan dengan pilihan mama? Tidak! Bentak hati Syed Khalid. "Khalid taknak, mama. Khalid berhak pilih teman hidup Khalid sendiri," tegas Syed Khalid .

" Kau tak ada pilihan, Khalid. Kau anak mama dan mama berhak tentukan siapa yang layak untuk jadi isteri kau dan mama tak mahu Syahirah itu jadi menantu mama. Kau jangan degil. Kau akan kawin dengan Syarifah Masturina . Anak kawan mama," ujar Datin Sharifah Marziana.

Tanpa menunggu jawapan daripada Syed Khalid , Datin Sharifah  Marziana berlalu meninggalkan Syed Khalid dengan perasaan kecewa dan hampa. Terbayang-bayang dalam fikiran Syed Khalid wajah Syahirah yang manis bertudung. Apa yang harus dia lakukan untuk menghalang niat mamanya? Perlukah dia kawin lari seperti kakaknya? Syed Khalid buntu..

*************************
Syed Khalid memandang wajah manis Syahirah yang sedang termenung.dia tahu apa yang ada dalam fikiran Syahirah sekarang ini. Tentu gadis itu masih terfikirkan masalah yang melanda mereka saat ini.

"Cakaplah sesuatu irah,jangan buat abang tertanya-tanya begini." Syed Khalid mula bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Irah berpaling. Segaris senyuman dihadiahkan buat Syed Khalid . Apa yang dilalui oleh Syed Khalid sekarang ini sangat berat malah Syahirah sendiri tidak sampai hati melihat wajah kekasih hatinya yang kusut akibat memikirkan masalah ini.

"Irah tak tahu nak cakap apa ,bang. Irah rasa lebih baik abang ikut mama abang. Abang turuti kemahuan mama abang.Dia mama abang yang telah mengandung dan melahirkan abang. Dia berhak untuk melihat anaknya bahagia. Lagipun tak salah kalau abang ikut cakap mama abang," ucap Syahirah tenang.

"Apa yang irah cakap ni? Abang takkan kawin dengan orang lain selain irah. Abang cintakan irah bukan perempuan tu. Mama abang sengaja nak pisahkan abang daripada irah," Syed Khalid memintas percakapan syahirah.

"Tapi abang ,reda Allah itu ada bersama dengan reda ibu bapa. Kalau mama abang tak restu perkahwinan kita, ia akan mendatangkan kesusahan kepada kita nanti malah mungkin anak-anak kita nanti terkena tempiasnya. Irah nak abang tahu yang irah pun sayang dekat abang tapi mungkin bukan jodoh kita,abang," ucap Syahirah sayu.

Sebenarnya berat hatinya untuk mengungkapkan kata-kata itu tetapi apakan daya. Untuk kepentingan hidup Syed Khalid ,dia rela berkorban. Dia tidak mahu Syed Khalid dibuang keluarga gara-gara dia. Dia sudah biasa dengan hidup susah tetapi Syed Khalid tidak pernah mengenali erti susah.

"Abang nak kawin dengan irah. Abang rela hidup susah dengan irah asalkan irah berada disisi abang," ucap Syed Khalid lagi. Dia tidak henti-henti memujuk Syahirah .

Syahirah ialah gadis pertama yang mampu mencuri hatinya.saat pertama kali terpandang wajah Syahirah disurau berdekatan kampung selamat itu, hatinya sudah tertarik. Pertemuan kedua di rumah tok penghulu menguatkan lagi rasa hati Syed Khalid kepada Syahirah . Akhirnya melalui anak bongsu tok penghulu dia dapat berkenalan dengan Syahirah . Apa yang membuatkan Syed Khalid jatuh cinta kepada Syahirah adalah agama Syahirah yang kuat. Syahirah seorang gadis yang taat kepada agama dan disebabkan itu Syed Khalid mahu memperisterikan Syahirah tetapi dihalang oleh mamanya dengan alasan Syahirah bukan anak orang kaya.

"Abang, realiti tidak semudah kata-kata. Syurga abang dibawah telapak kaki mama abang. Abang turuti lah permintaan mama abang. Pasal irah , abang jangan risau.kalau kita tak ada jodoh, mungkin jodoh itu akan datang untuk anak-anak kita nanti," ujar Syahirah lembut. Jarinya memperbetulkan hujung tudung yang ditiup angin pantai.

Matanya dihalakan ketengah laut. Tentu ayah masih mencari ikan di tengah lautan , fikir Syahirah . Dia tersentak apabila Syed Khalid menyentuh lembut tangannya malah jari jemarinya digenggam erat. Syahirah terkedu. Perlahan-lahan dia menarik kembali tangannya.  Dia menggelengkan kepala.

"Abang hanya cinta irah seorang . Kalau itu yang Ira mahukan, abang akan ikut cakap Ira . Tapi abang nak Ira tahu yang tiada siapa yang mampu ganti tempat Ira dalam hati abang. Kalau didunia kita tak boleh bersatu, abang akan tunggu Ira di pintu syurga," ucap Syed Khalid penuh perasaan. Setitis air mata lelaki itu gugur jua.

Syahirah terkesima. Dia menunduk menahan air mata daripada gugur membasahi bumi. Jika Syed Khalid sedih dengan perpisahan ini, dia apatah lagi. Dia amat mencintai Syed Khalid tetapi jodoh tidak menyebelahi mereka . Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik.

"Ingat Ira ,abang akan jodohkan anak-anak kita menjadi "Pewaris Cinta Kita" .

Harap awak semua suka dengan cerita saya yang tak seberapa boleh ni .. kalau ada apa2 nak komen just komen nanti saya balas satu2 ye .. ready nak baca bab 1? Ready depan telefon ye heheks .. saya akan update slow because Want to exam .. Klau suka vote banyak my story , jasa anda amat saya hargai . Thnk guys . Support my story .

Pewaris Takhta CintaStories to obsess over. Discover now