2 - lelaki introvert x perempuan gatal

65.9K 3K 198
                                    

Dia kerja, aku pun kerja jugak. Kami bukannya asal dari keluarga berada. Maklumlah tiada anak lagi, banyaklah free timenya.

Mengikut keadaan sekarang, dia balik lagi awal dari aku. Dia balik petang, aku balik malam. Jadi kalau aku sampai rumah dari kerja aku selalu nampak dia tengah main game kat PC.

"Awak ni asyik main game je!" Aku marah dia satu hari. Dia buat tak peduli kat aku. Khusyuk betul

Geram dah ni. Apa lagi, aku pun duduk sebelah dia, tengok dia main game perang yang tak nampak best tu.

"Awak tak nak layan saya ke?" Saja aku nak kacau dia.

"Jap." Sepatah dia keluarkan. Aku mencebik. Laki tak guna betul. Game lagi penting dari aku?

Aku lentokkan kepala di bahu dia.

"Dah mandi?"

"Dah." Sepatah lagi dia keluarkan.

"Makan?"

"Em." Maksudnya dah.

"Solat?"

Kali ni dia hanya mengangguk.

Stres aku dibuatnya, "Pause takleh ke? Layan la saya baby~~~" aku dah on mode mengada aku.

"Sabar."

"Alaaaaaaaa" kali ni kepala aku dah landing di riba dia.

Akhirnya dia mengeluh, dan menghentikan game tu. Dia memandang bawah untuk melihat aku. Aku segera bangun, pandangan kami dikunci.

"Sorry. Penat?" Dia tanya sambil matanya fokus pada mata aku. Terserlah keprihatinan pada muka dia.

Aku mengangguk sambil mencebik. Ye, aku gedik. Tapi aku suka menggedik dengan dia sebab dia reda je melayan aku.

Dia meraut belakang kepala aku dengan tangan dia dan didekatkan ke muka dia. Dahi aku dicium dia. Selepas beberapa saat dia menjauhkan bibirnya dari aku.

"Pergilah makan ke apa ke." Fahri mencadang.

"Ah, tak nak."

"Dah tu awak nak apa?"

Aku tersenyum nakal lalu membisik ke telinga dia.

"Saya nak awak."

Aku boleh dengar dia mengeluh dan berkata, "perempuan gatal."

Aku tersenyum lebar lalu dia aku peluk. Ya, hobi aku ialah mengusik suami introvert aku.

C | CuddleWhere stories live. Discover now