"A ... apa? apa ni?"

"Beritahu aku apa nama panjang kau?"

"Hmm ... Keith Tyrian Gandalf."

"Gandalf?"

DIA duduk memeluk lutut di hadapan pintu. Gaun merah jambu tersarung pada tubuh nampak cantik. Sungguh padan dengan warna kulit. Namun begitu, secantik-cantik gaun yang dipakai tidak dapat mengalahkan wajah mendung, Nyea. Muram. Monyok. Rambut kuning terjuntai ke depan menutupi muka.  Dia diam tidak berkutik.

Hari ini tempat dia bertukar. Dari rumah yang sederhana kepada istana. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut semua dayang istana yang uruskan. Tinggal goyang kaki je.

Ketukan pintu yang menjadi tempat dia bersandar, masih lagi tidak berhenti. Perlahan sahaja bunyi ketukan tersebut.

"Nyea, sayang ... buka pintu ni ...."

Andora memujuk selembut mungkin. Gadis itu mengeleng. Nyea menekup telinga sebelum menyembam wajah ke lutut. Nafas perlahan bertukar kencang bagai ombak memukul-mukul dadanya.

Tak ... dia tidak menangis. Dia sudah berjanji dengan Keith. Jangan menagis pada benda remeh. Cuma cuba mencerna situasi dan hadam segala kenyataan yang menimpa dirinya. Sedih? Siapa tak sedih bila ditinggalkan ibu sendiri. Entahlah ... tiba-tiba hatinya kosong. Tak tahu nak gambarkan macam mana.

"Nyea. Buka pintu ni! Bonda minta maaf tinggalkan Nyea dulu. Tolong buka pintu ni."

Kedengaran tombol pintu dipulas-pulas. Nyea kaku tidak berganjak. Dia termenung dan hanya memekakkan telinga. Andora terus menerus merayu supaya pintu dibuka. Sehinggalah, Andora berputus asa dan berhenti.

"Nyea ... Aku ni, Keith ...."

Gadis bermata kuning keemasan mengangkat muka.  Bibir dikemam. Mata terus berair nendengar nama lelaki itu. Cepat-cepat dia mengesat laju air mata. Tak mahu dia menangis di depan Keith. Buat malu je.

"Bukalah pintu Nyea ... Aku ni."

Dia berdiri dari duduk. Nafas ditarik sedalam mungkin. Terketar-ketar tangannya memulas tombol. Pintu dibuka sedikit. Lelaki berambut merah sedang berdiri tegak. Hanya dia di situ, kelibat Andora tidak nampak. Mungkin sudah penat.

Tanpa dipelawa, Keith masuk ke dalam kamar Nyea.

"Okay, cakap dengan aku kenapa kau kurungkan diri?" pintu bilik ditolak sedikit kuat. Pergelangan tangan Nyea dicengkam kemas.

"Mana Kyra dan Fyira?" dia tidak menjawab soalan Keith malah menukar topik. Keith mengeluh lalu mengheret Nyea duduk di atas katil.

"Mereka pergi jumpa, Raja Adrian."

"Kau?"

"Aku? Kenapa dengan aku?" Gaun merah jambu yang dipakai oleh Nyea, dia pandang. Tersenyum melihat padanan gaun tersebut.

Nampak innocent.  Lembut sahaja dimatanya. Perasan Keith melihat, Nyea mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Tak ... kau tak pergi bersama mereka ke?"

"Ah, soalan tadi kau tak jawab Nyea."

"Keith, aku susah nak hadam semua benda yang berlaku ni. Entahlah ... kenapa semua ni aku yang kena hadap, Keith? Ada je masalah datang. Macam tak ada kesudahan!"

"Oh itu ...."

"Ha, apa?"

"Itu masalah kau! Bukan masalah aku!" Keith tergelak besar. Nyea menjeling. Rambut merah dia tarik sehingga terteling kepala Keith.

"Okay! Okay! Aku minta maaf! Bergurau je!" pinta Keith. Rambut macam nak tercabut dari kulit kepala. Kuat Nyea tarik.

"Kau tak membantu langsung!" Nyea menepuk belakang kepala Keith sebelum melepaskannya. Nyea kembali berwajah mendung. Keith mengosok kepala

"Nyea ... dengar sini. Semua benda hidup di dunia ni tidak terlepas dari masalah. Masing-masing ada masalah. Kau mesti kuat Nyea. Kalau kau rasa tak boleh tangung, luah dekat aku. "

Nyea diam. Dia menyulam jari. Sepuluh jari menari-nari. Nyea menunduk termenung kosong. Keith semacam ada dua wataklah. Sekejap jahat nak mati. Sekejap baik gila. Bila muncul jahatnya, sumpah Nyea rasa nak timbus kepala Keith dalam tanah!

"Apa perasaan kau bila jumpa bonda kau?" Keith memegang dagu Nyea. Gadis itu melarikan pandangan ke tempat lain tatkala mata bertentangan.

Shit! Tengok! Kan dah kata ... Keith macam ada dua watak! Nyea menelan air liur. Debaran dada makin mengila. Gila!  Dia mula tidak keruan. Hilang segala perangai jantan. Kini dia seperti gadis suci yang sedang menunduk malu.Ya, mukanya bertukar menjadi merah bak epal!

"Ke ... Kecewa." balasnya sepatah.

"Lagi?"

"Ma ... ma ... marah." bau minyak wangi Keith mencucuk-cucuk hidung. Tidak terlalu kuat tapi bila dah dekat  macam ni memang rasa. Dagunya masih tidak lepas dari tangan Keith.

"Nyea ... maafkan dia. Dia lahirkan kau, ibu kandung kau. Kau buat macam ni pun hati dia  boleh terluka. Lembutkan hati kau dan terima dia dengan baik."

Lelaki berambut merah tersenyum manis. Nyea menganguk sebagai balasan. Sentuhan kulit kasar menyentuh pipi. Hangat. Nyea terpegun. Telapak tangan Keith melekap di pipi.

"Aku syangkan kau."

Terkebil-kebil mata Nyea bila mendengar. Dada bidang Keith ditahan supaya berhenti dari terus merapatkan diri. Nyea gugup. Tangan melingkar ke pingang ramping Nyea. Lidah kelu tidak terkata. Helaan nafas Keith dapat Nyea rasa, sungguh dekat! Sumpah Nyea rasa jantung macam nak meletup!




 Helaan nafas Keith dapat Nyea rasa, sungguh dekat! Sumpah Nyea rasa jantung macam nak meletup!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Fuh, akhirnya saya dapat balik cerita Lagenda si pari-pari ni😥. Tiba2 cerita ni lenyap dan hilang dari draf 😭 2 hari hilang! Nak nagis pun ada. Nasib hari ni muncul balik :')

Btw gambar dekat atas tu adalah Keith💖 eer. .. Komen?





















Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now