Bab 31: hambar

4.3K 87 3
                                    

5 tahun sudah berlalu namun Alissa dan Leo belum lagi dikurniakan zuriat meskipun berbagai macam cara diusahakan. Hubungan Alissa dan Leo dari hari ke hari semakin hambar. Tidak tahu di mana kekurangan dan kesilapan salah seorang namun Alissa berpendapat ia berpunca dari dirinya. Sepanjang 5 tahun, Alissa tidak pernah tidak memikirkan tentang keadaannya yang sukar untuk mengandung. Kadang kala sebelum tidur, air mata akan mengiringinya. Dia rasa tertekan dengan masaalah yang di hadapinya. Dia takut kerana itu, kasih sayang akan pudar atau pun Leo merasa kekurangan. Bermacam bagai perasaan yang difikirkan Alissa apa tah lagi pada masa sekarang Leo melayannya tidak seperti dahulu. Leo yang dulu ialah seseorang yang mencuba sedaya upaya untuk menggembirakan hatinya, memberi kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh, penuh dengan gurau senda dan sentiasa ambil berat tentang Alissa walaupun perkara yang kecil. Leo sekarang sudah tidak lagi banyak senyum, bercakap hanya jika perlu, tidak fokus dan sering lewat balik kerja. Namun begitu Alissa menanamkan sikap positif bahwa suaminya sudah semakin sibuk kerana syarikatnya semakin berkembang dan mungkin dia merasa sedikit tertekan oleh kerja.

"Lewat sangat sayang balik hari ni? Sibuk sangat ke kat pejabat sayang?" soal Alissa sambil memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan jam 11.30 malam. Kadang kala dia tersinggung dengan kelewatan Leo balik rumah.

"Ye Leo sibuk lah. Kalau tak sibuk, tak kan lah Leo balik lewat setiap hari." Tali leher sudah direnggangkan dan briefcase dicampak ke sofa berdekatan lalu menapak naik tangga.

"Sayang dah makan ke? Alissa ada buatkan nasi goreng cornbeef favourite sayang"

"Leo dah makan. Sayang makan je la dulu. Leo nak naik mandi dan tidur. Satu lagi, takde masakan lain ke selain nasi goreng cornbeef? Muak lah nak hadap setiap minggu." Dengusan kecil keluar dari mulut Leo membuatkan Alissa tersentak dan kaku di situ.

Setelah beberapa ketika mencerna perkataan Leo tadi, Alissa turut naik ke bilik membuntuti Leo. Alissa duduk di birai katil sebelah kiri menunggu Leo yang sedang mandi. Selesai mandi, Leo keluar dan mengenakan pakaian tidur tanpa mengendahkan kehadiran Alissa yang setia memandangnya dari tadi.

"Sayang, are you okay?" Alissa memulakan bicara.

"kenapa? Leo nampak tak okay ke?" Jawap Leo tanpa memandang Alissa.

"Yes. You are acting cold tonight. Sayang ada masaalah ke kat pejabat? You can always tell me sayang."

"I'm fine. I just need some time alone if you know what it means." Leo menapak menuju ke katil di sebelah kanan dan duduk bersandar di bingkai katil.

"But you have been behaving like this for only-God-knows-how-long. It can't be problems at work. Leo, please terus terang dengan Alissa. Alissa ada buat salah ke dekat Leo?"

"hehhh kan I dah cakap I need some time alone. Nak I translate ke bahasa apa lagi supaya you faham?". Kali ini suara Leo sudah tinggi dan itu membuatkan Alissa kecut perut. Alissa mengambil nafas sedalam- dalamnya untuk menahan dari air matanya gugur. Dia hanya diam seketika untuk mengumpul kekuatan untuk menyambung bicara.

"No. Alissa nak sayang luahkan isi hati sayang sekarang ni juga. Kenapa sayang berubah tingkah laku?? Alissa dah lama bersabar dan selama ni Alissa makan hati atas perubahan sayang yang semakin dingin dan menjauh dari Alissa. Tell me is it because I am not able to conceive??" akhirnya Alissa melepaskan segala yang lama terbuku di hati dan tanpa disedarinya dia sudah tidak dapat menahan air matanya dari jatuh.

"urgh!!! Just shut up will you??? Semak tau fikiran I sekarang ni!!" Sekali lagi Leo meninggikan suara dan dia memalingkan mukanya dari Alissa. Manakala Alissa sudah pun menangis teresak- esak.

"i know it's because of my infertility." Kedua tapak tangan Alissa ditekup ke mukanya dan tangisannya semakin kuat. Leo memandang Alissa seketika kemudian mencapai bantal lalu bangun dan berjalan melimpasi katil dan menuju sofa yang terletak di dalam bilik mereka. Leo kemudian merebahkan tubuhnya ke sofa dan membelakangi Alissa.

Alissa yang menyedari tentang itu segera berlari anak mendapatkan Leo yang berbaring di atas sofa lalu duduk bersimpuh dan memegang lengan Leo.

"Sayang, please.." Tangisan Alissa yang teresak- esak membuatkannya tidak dapat meneruskan kata- katanya. Sementara Leo masih kaku membelakangi Alissa dan tidak bergerak seinci pun.

"Sayang, tolong jangan layan Alissa macam ni. Please look at me." Leo tetap kaku dan seolah- olah memekakkan telinganya walaupun Alissa berkali- kali menggoyangkn lengannya. Setelah gagal percubaan, Alissa mengumpul tenaga lalu menarik kuat lengan Leo sehingga badannya terpusing menghadap Alissa. Kini wajah mereka hampir dan Leo menatap air mata Alissa yang masih mengalir turun dari pipinya. Alissa memandang wajah suaminya dengan penuh kasih sayang yang tidak pernah berkurangan lalu dengan perlahan Alissa membenamkan bibirnya ke bibir Leo. Mulut Leo tidak dibuka, dia hanya mengetap bibirnya dan membiarkannya beberapa saat sebelum dia menolak tubuh Alissa dari terus menciumnya.

Alissa terduduk oleh tolakan Leo walaupun tidak kuat namun hatinya dihiris dalam pada saat itu. Maruahnya turut tercalar atas penolakan sebentar tadi. Leo hanya memandang Alissa dengan pandangan kosong sebelum dia kembali berpaling dari menghadap muka isterinya.

Sementara Alissa masih terkedu di situ sambil fikirannya mencuba untuk memahami maksud penolakan Leo tadi. Dengan perlahan, Alissa bangun dan berjalan menghampiri katil untuk merebahkan diri. Dia juga membelakangi Leo kerana tidak ingin dilihat keadaannya yang menahan diri dari mengeluarkan suara tangisan dan perasaan yang begitu terluka. Hanya bunyi nafas yang tersekat- sekat mengiringi suasana malam itu.

Hingga Nafas TerakhirWhere stories live. Discover now