Laut Nelayan

3.1K 27 12
                                    

   Pantai di Sabah sungguh cantik... Pasir yang putih dan lembut, selesa dipijak. Laut yang membiru di bawah Matahari mencantikkan pemandangan lagi di pantai. Ombak yang menuju ke tepi pantai, membuat Akmal berlari anak-anak ke sana untuk menikmati kesejukan air laut tersebut. "Perghh... sejuknya air di sini walaupun cuaca panas macam ni..." Akmal berfikir di dalam hatinya. "Akmal! Mari makan tengahari! Nenek bakar  ikan temenung kesukaan Akmal nii..." panggil Mak Sariah kepada cucunya itu. Mendengar panggilan neneknya yang tua itu, Akmal terus berlari menuju ke pondok yang dibuat oleh atuknya. Akmal melihat gelagat neneknya membawa hidangan tengahari ke pondok itu. Mereka sering makan diluar kerana pemandangan pantai yang cantik terutama waktu senja apabila Matahari berwarna oren.

   "Nenek, mana atuk?" tanya Akmal kerana selalunya Pak Aruf iaitu datuknya akan balik untuk makan tengahari bersama mereka. "Atuk pergi tangkap ikan lagi... Cuaca hari ni panas sungguh, mungkin datuk tak dapat cukup ikan untuk dijual nanti." Akmal melihat neneknya, neneknya berwajah muram kerana tidak dapat makan bersama suaminya. Neneknya tidak mencari rezeki seperti atuk, nenek hanya menganyam tikar mengkuang lalu jual kepada sesiapa yang ingin membelinya dengan harga berpatutan. Kerana sifat sabar mereka itulah penyebab mereka mendapat cukup rezeki untuk menyara hidup mereka.

  Tiba-tiba Akmal terdengar bunyi seseorang kayuh sampan. Semakin lama semakin kuat bunyinya. "Termenung apa ni Akmal. Akmal nak jadi macam ikan temenung ke?" Akmal pusing ke belakang. Ternyata datuknya baru pulang daripada kerjanya dengan membawa hasil yang sedikit sahaja. "Eh atuk ni. Akmal risau pasal datuklah... Lagipun Akmal tak teringin nak jadi ikan temenung, nanti datuk tangkap saya lepastu suruh nenek masak saya." Akmal membalas sambil tersenyum. Pak Aruh dan Mak Sariah tergelak apabila mendengar Akmal kata. Tetapi, muka Pak Aruf muram walaupun Akmal membuat jenaka. "Hari ni tak de banyak hasil... Takut nanti tak cukup rezeki nak sara keluarga aku yang tak seberapa ni" Pak Aruf mengeluh. Suasana di pondok tiba-tiba senyap sunyi seketika. Mereka sekeluarga buntu hendak cakap apa.

  "Atuk, nenek, bila Akmal dah besar, Akmal nak jadi nelayan yang berjaya. Pastu Akmal nak buat kolam, nak letak ikan-ikan dalam tu. Siapa nak memancing kena bayar RM10 sejam." Tiba-tiba Akmal memecahkan suasana. "InsyaAllah, kalau Akmal berusaha pasti akan dapat kejayaan." Balas Pak Aruf. "Nenek harap Akmal berjaya capai cita-cita tu." Mak Sariah tidak melepaskan peluang bercakap.

   Hari demi hari berlalu, satu hari, di kampung Akmal, terjadi gempa bumi yang berterusan selama 1 jam. Suasana di sekitar pantai Sabah itu sangat kecoh kerana ramai penduduk situ takut akan terjadinya malapetaka yang teruk akibat gempa bumi yang panjang tempohnya. Tidak sempat penduduk mengemas barang masing-masing, datang ombak yang besar atau lebih dikenali sebagai tsunami secara mengejut. Kampung Akmal yang terletak paling hampir dengan pantai hancur teruk akibat tsunami yang dasyat. Pandangan Akmal menjadi hitam...

   Akmal melihat atuk dan neneknya menuju ke suatu pintu yang bercahaya. "Atuk, nenek! Nak pergi mana tu?" Pak Aruf dan Mak Sariah hanya senyum dengan wajah yang bercahaya. "Atuk, nenek... jangan tinggal Akmal..." "Akmal... Akmal kena berusaha... capai cita-cita Akmal." balas Pak Aruf. Pandangan Akmal menjadi hitam sekali lagi... Akmal tersedar daripada komanya. Dia melihat sekeliling, ternyata dia sekarang ini berada di hospital. "Dah sedar? Ada sakit mana-mana tak? Akmal pusing, rupanya ada seorang doktor yang duduk atas kerusi yang berdekatan dengan dia. "Tak sakit mana pun doktor, terima kasih doktor kerana merawat saya." Akmal balas dengan senyuman.

   "Adik nama apa?" tanya doktor itu sambil memeriksa badan Akmal. "Akmal." "Ok Akmal, mulai sekarang, Akmal jadi anak doktor ya?" bisik doktor itu. Akmal terkejut. Seorang doktor menjadi ayah angkatnya? Atuk dan neneknya di mana? "Doktor, mana atuk dan nenek Akmal?" "Akmal nak tengok juga ke?" Angguk. "Baiklah, jom ikut doktor." Akmal mengikut doktor itu masuk bilik mayat. "Akmal, minta maaf ya..." Akmal melihat jenazah atuk dan neneknya yang tenang sambil menangis teresak-esak. Tsunami yang besar itu mengorbankan hampir 1000 orang terutama Pak Aruf dan Mak Sariah.

   "Doktor tak mau Akmal kena hantar pergi rumah anak yatim, jadi, Akmal jadi anak doktor je la ye?" Akmal angguk sahaja sambil menangis. Pak Aruf dan Mak Sariah menjadi satu-satunya keluarga Akmal sejak kecil selepas ibu dan ayah Akmal kemalangan. Kini, dia perlu tinggal bersama doktor pula di bandar. Akmal terpaksa terima ketentuan Tuhan yang menetapkan segala sesuatu di dunia ini.....

   Akmal telah pun berjaya dalam hidupnya. Dia membuka sebuah kolam ikan besar untuk ditangkap oleh orang lain seperti mana dia janji dengan datuk dan neneknya. Doktor yang menjaga itu telah pun tua tetapi hidup bahagia dengan Akmal.  Rumah Akmal berada di pinggir laut. Setiap kali Akmal melihat laut, Akmal senyum. "Atuk, nenek, tunggu Akmal di syurga nanti ya..." 


Cerpen MelayuWhere stories live. Discover now