41. Bermain Dengan Api (18SG)

6K 124 425
                                    

Note: Ada sesiapa boleh ajar macam mana nak buat cover story yg menarik? Minta tolong DM.

Perak 10.00PM

Azmi meletak telefonnya di atas meja. Baru sebentar tadi adiknya, Helmi menghubungi dia dan meluahkan masalah.

Dari dulu hingga kini Helmi memang agak manja dengan Azmi. Tapi kata-kata terakhir Helmi sebentar tadi menyentuh hati Azmi.

Ika. Nama isterinya yang selalu bermain di minda. Semuanya berubah 180 darjah pabila dia melafazkan cerai talak satu pada wanita yang sering menjadi teman tidurnya.

Sudah dua hari Azmi berada dikampung bersama anak-anaknya. Sebaik saja melafazkan cerai, Azmi membawa anaknya keluar dari rumah dan terus pulang ke kampung.

Dia juga sempat meminta cuti kecemasan selama beberapa hari untuk menenangkan fikiran.

Persoalan dari ayah dan ibu sengaja di elakkan. Azmi belum bersedia hendak mengaibkan Ika. Dua hari tanpa isteri tersayang membuat hati Azmi seakan berlubang.

Tiada lagi peluk manja seorang wanita ketika tidur, tiada lagi masakan enak, tiada lagi gurau mesra. Semuanya hancur berkecai.

Azmi membelek telefon bimbitnya. Pesanan yang dihantar pada Razak juga belum dibalas bahkan belum dibaca. Mungkin dia sibuk bertugas. Entahlah Azmi sendiri tidak tahu.

Malam yang sejuk dan sunyi itu menambah rasa kecewa didada.

"Sampai bila kau nak merajuk Azmi? Tak kisahlah apa pun salah isteri kau, maafkan lah, terima la dia semula" balas Razak melalui pesanan ringkas.

Pada mulanya Azmi berasa ego.
Kenapa dia perlu mengalah dan memaafkan isteri yang telah curang sedangkan dia bertarung dengan nafsu sendiri atas dasar setia. Tapi ketika melihat wajah anaknya hati Azmi terdetik.

Adakah budak sekecil ini perlu didedahkan dengan masalah sosial orang dewasa? Hatinya hancur pabila memikirkan anaknya hidup serba kekurangan. Kurang kasih sayang.

Azmi mendapat semangat baru. Esok dia akan kembali ke rumah. Dia akan bersatu semula dengan janda curang itu demi anak-anak. Biarlah mereka hidup dalam kepura-puraan asalkan anak mereka dapat hidup dalam keluarga yang sempurna.

Inilah balasan ke atas lelaki bernafsu songsang sepertinya. Biarlah dia mengalah dan merana.

Keesokkan hari, Azmi dan anak-anaknya bertolak dari kampung. Dalam perjalanan hampir 4 jam itu, Azmi melayan gelagat anaknya yang kelihatan begitu gembira.

Mana tidaknya, mereka bakal bertemu ibu mereka semula setelah dua hari terpisah. Azmi senang melihat wajah gembira Haikal dan Aisyah.

Mereka semakin hampir dengan kawasan rumah tapi malang seribu kali malang, tanpa diduga mereka terlibat dalam satu kemalangan berpunca dari seorang budak sekolah yang menunggang motorsikal yang hilang kawalan.

Dalam usaha mengelak dari melanggar budak tersebut kereta Azmi terbabas dan melanggar sebuah pokok yang besar. Sampai disitu saja ingatan Azmi.

Jeritan dan rayuan Haikal dan Aisyah terngiang-ngiang di telinga Azmi tapi tubuhnya terasa berat. Mereka seperti meminta tolong namun tiada apa yang mampu Azmi lakukan. Dia tidak bermaya.

Perlahan-lahan matanya dibuka. Lampu terang menyilaukan mata. Bau ubat menusuk ke hidung dan kewarasan Azmi kembali seperti sedia kala.

Azmi kenal tempat ini, ini adalah hospital berdekatan kawasan rumahnya. Dia binggung. Kenapa dia boleh berada disini dan dimana anak-anaknya.

Tiba-tiba Azmi merasa ada yang kurang. Dirinya seperti kurang sempurna. Azmi menyelak selimutnya dan jantungnya meletup.

Kaki kanannya telah tiada! Dipotong bersih. Azmi menjerit kerana terlalu terkejut memaksa beberapa orang jururawat muncul untuk menenangkannya.

MR. UNIFORM : TIGA JIWAWhere stories live. Discover now