Mata di Hujung Katil

487 30 0
                                    

Ada seorang lelaki tua yang tinggal bersendirian di dalam rumah tua yang besar di pinggir kota. Dia selalu berkata yang dia tidak takut kepada apa-apa, tapi dia sentiasa menyimpan pistol di sisinya setiap masa sebagai perlindungan.

Satu malam, lelaki itu berjaga sehingga malam menonton filem seram di kaca televisyen. Apabila cerita tersebut habis, lelaki tua tersebut berasa sangat mengantuk dan terus masuk ke bilik tidurnya. Apabila dia hampir sahaja terlena, dia ternampak kelibat sesuatu. Hanya bercahayakan cahaya bulan, dia dapat melihat sesuatu terhendap-hendap di kaki katilnya. Ianya kelihatan seperti dua biji mata yang besar sedang merenung tepat ke arahnya.

Lelaki tua tersebut sangat ketakutan dan tidak berani untuk bergerak. Perlahan-lahan, dia mula mencapai pistolnya yang berada di bawah bantal. Dia yang ketakutan mula mengarahkan pistolnya kearah bayangan hantu tersebut dan menarik picunya.


Tembakan dilepaskan dan orang tua tersebut terpekik terlolong






Kesian si tua bodoh yang ketakutan tu, rupanyadia tertembak ibu jari kakinya sendiri    

Koleksi Komedi SeramWhere stories live. Discover now