⏩Chapter 40⏪

64 11 6
                                    

Hari ini merupakan hari dimana daehwi akan menjalankan tugas yang di beri oleh puan bae. Pada waktu awal persekolahan dia melihat jinyoung masuk ke kelas nya , dia memerhati untuk seketika tiada apa yang terjadi. Setelah memastikan beberapa kali akhirnya daehwi mengambil keputusan untuk masuk ke kelas nya sendiri.

"Kenapa kau lambat hari ni?" tanya guanlin kepada daehwi yang baru masuk ke kelas.

"Ada hal tadi" balas daehwi ringkas. Guanlin yang malas nak bertanya lagi terus meneruskan kerjanya yang tergendala. Sebenarnya tadi dia sedang membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka semalam.

●○●○

Waktu rehat memudahkan kerja daehwi sebab jinyoung sudah mula berehat bersama dia , Woojin , jihoon dan guanlin. Tidak lupa juga hanjun yang telah menjadi rapat dengan mereka.

Daehwi berlagak seperti biasa dan kemudian muncul hyuk , jaewoo dan Jong gi di kawasan kantin itu. Terus riak wajah hanjun dan jinyoung berubah. Daehwi yang perasan dengan perkara itu hanya berdiam dan memandang ke arah hyuk , jaewoo dan Jong gi.

Selepas waktu rehat tamat daehwi mengikut jinyoung dan hanjun secara senyap dari belakang. Dia tidak ingin mereka berdua sedar bahawa dia sedang mengekori mereka. Tiba tiba mereka berdua berhenti , daehwi yang sedang mengekori mereka juga terhenti .

Lalu daehwi bersembunyi di sebalik dinding . Rupanya perkara yang menyebabkan jinyoung dan hanjun berhenti ialah apabila hyuk , jaewoo dan Jong gi tiba tiba menghalang laluan mereka.

"Tepi" kata jinyoung dingin kepada mereka bertiga.

"Kalau kitaorang tak nak?" balas hyuk dengan nada mengejek.

"Korang ni tak boleh ke kalau sehari tak kacau kitaorang?" kata hanjun

"Eh kau dah berani eh" kata jaewoo lalu menarik kolar baju hanjun.

"Buat apa nak takut dengan korang?" kata hanjun selamba lalu menolak tangan jaewoo agar tidak menggenggam kolar bajunya lagi.

Daehwi yang sedang bersembunyi di sebalik dinding itu berasa geram tapi dia tidak ingin persembunyian nya terdedah. Tetapi dia tidak ingin juga pergaduhan antara mereka berlaku. Dia bingung , keliru apa yang dia nak buat sekarang.

Kawasan koridor itu pula sunyi dan tiada langsung pelajar yang berada di kawasan koridor itu.

Kring~

Daehwi menghembus nafas lega apabila lonceng berbunyi. Daehwi memandang ke arah mereka , pergaduhan tidak berlaku tapi jelas menunjukkan riak wajah hyuk , jaewoo dan Jong gi tidak berpuas hati.

Mereka kemudiannya berpecah tapi daehwi masih lagi memerhati jinyoung dan hanjun. Kelihatan jinyoung menghembuskan keluhan.

"Huh Dorang ni suka betul cari gaduh" kata jinyoung

"Tu lah aku pun dah malas nak gaduh dengan dorang tu" balas hanjun

"Dahlah jom masuk kelas" ajak hanjun lalu mereka berdua berjalan masuk ke kelas mereka.

Daehwi pula mula berlari ke kelas nya , setibanya dia di kelas kelihatan wajah guanlin yang sedang cemberut.

"Weyh kau ni dah kenapa?" Kata daehwi lalu mentertawakan guanlin dan guanlin hanya menayangkan poker facenya.

"Haha lawak sangat" kata guanlin dan daehwi semakin kuat tawanya

"Ish tak lawaklah!" kata guanlin.

"Ok , ok sorry cuba cerita kenapa" kata daehwi sambil mengawal tawanya.

"Sebab kau lah tinggalkan aku sorang sorang tadi. Tak pasal pasal aku kena balik kelas sorang sorang" kata guanlin.

"Lah tu je?" sakat daehwi dan guanlin pula semakin geram dengan daehwi.

"Yalah. aku tahulah kau tak anggap aku ni kawan kau" kata guanlin merajuk.

"Eh merajuk pula. Hehe sorry lah tadi ada hal sikit" kata daehwi

"Hmm" balas guanlin

○●○

Dalam perjalanan pulang ke sekolah daehwi asyik terfikir tentang perkara yang dilihatnya pada waktu rehat tadi. Dia memandang ke arah jinyoung dan hanjun silih berganti. Daehwi hanya senyap sambil terfikirkan sesuatu.

Mereka semua yang telah terbiasa dengan perangai daehwi yang banyak bercakap itu berasa hairan apabila daehwi hanya mendiamkan diri dari tadi. Kemudian mereka berhenti daehwi yang tidak sedar mereka berhenti masih berjalan dan apabila dia sedar dia sedang berjalan sendirian dia berhenti. Dia memandang ke belakang

Jinyoung , jihoon , Woojin , guanlin dan hanjun sedang memandangnya dengan pandangan yang hairan. Daehwi menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila mereka semua memandangnya seperti itu. Lalu dia berkata.

"Kenapa tengok aku macam tu? Tau lah aku ni comel plus handsome" kata daehwi sempat memuji dirinya comel

Mereka semua memandangnya dengan pandangan datar 😑. Dan daehwi hanya menunjukkan pose V sambil tersengih
✌😁

TBC
Daehwi : ✌😁
All : 😑
Author : 😓
Daehwi : helo! Itu kenyataan ok *flip hair*
All & Author : K
Daehwi : jeles lah tu ヽ(●´ε`●)ノ

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now