⏩Chapter 25⏪

68 15 8
                                    

Jinyoung Pov

Sekarang ni pukul 8. Cikgu pula ada meeting , so lambat la cikgu nak masuk hari ni. Untuk menghilangkan bosan aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar.

"Hanjun , kalau cikgu datang kejut aku tau" aku berkata kepada hanjun yang sedang membaca buku.

"Ok" kata hanjun sepatah. Dia ni nampak je pendiam tapi kalau dengan kawan kawan dia , dia tak lah pendiam sangat. Cuma tu lah semua kawan dia takda yang sekelas dengan dia.

Baru saja aku ingin melelapkan mata tiba tiba meja ku ditepuk dengan kuat. Hiiss menggangu betul la Dorang ni!. Aku nak tidur kejap pun susah

Aku memandang ke arah mereka dan mereka smirk terutamanya hyuk.

"Kau ingat apa yang aku cakap semalam?" kata hyuk dan rakan rakan nya yang lain tersenyum sinis ke arah ku.

Ada aku kesah? , yang aku kesahkan sekarang ni aku nak tidur. Tapi dorang ni kacau mood betul lah.

"Hoi kau pekak ka apa?!" Jerit salah seorang dari mereka iaitu Jaewoo. Dia ni pun dah lama tak suka kat aku , aku pun tak tahu kenapa.

"Nampaknya dia memang dah pekaklah" kata Jong Gi pula. Dia pun satu geng dengan Jaewoo tu. Tapi dia ni bukannya hebat sangat pun , aku rasa dia start tak suka kat aku sebab hari tu crush dia bagi aku hadiah. Eleh jealous la tu sebab aku handsome dari dia.

Pakk!

Terkejut hanjun yang sedang membaca buku. Aku rasa kesian dengan dia , aku yang kena kacau tapi dia pun kena tempiasnya.

Aku memandang ke arah hyuk yang tiba tiba mengetuk meja. Aku rasa nak tumbuk je muka dia tapi aku malas nak cari gaduh sekarang ni.

"Kenapa kau marah kitaorang kacau kawan kau ni?" kata hyuk lalu jaewoo dan Jong gi ketawa.

Tapi hanjun pula hanya mendiamkan diri. Pelajar yang lain pun semua buat kerja masing masing takda yang berani nak masuk campur.

"Selamat pagi semua , cikgu nak kamu semua duduk tempat masing masing sekarang dan keluarkan kerja yang cikgu bagi semalam" kata cikgu tiba tiba , aku tak sedar pun bila cikgu datang.

Hyuk , jaewoo dan Jong gi menjeling ke arah ku lalu pergi ke tempat duduk mereka.

"Maaflah.sebab aku , kau pun kena kacau oleh Dorang tu" aku berkata kepada hanjun yang sedang mengeluarkan bukunya.

"Takpa, aku faham" kata hanjun lalu tersenyum ke arah ku

TBC
Selamat hari raya 🎉🎉.. kepada semua yang menyambut hari raya.

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now