💄Part 2💕

9.7K 397 10
                                    

"Haduh mana si Fina ni.... Ingatkan olok olok jerr gi tandas... Dah lah lepas ni masa cikgu Laila.. Hishh.... Cepatlahh" bebelku sambil melihat jam paris di pergelangan tanganku. Sudah pukul 1.10 petang, 5 minit lagi masa cikgu Laila kalau tak garang tak pe ni garang macam nak makan orang pon ada!.

'Hmm... Aishh serabut aku... Baik aku pegi baiki tudung kejap... ' getus hatiku. Lalu terus kakiku melangkah laju ke arah tandas yang berada disebelah.

Aku tilik tudung dengan teliti. Hmm kadang kadang aku rasa diri aku ni comel jugak. Ceitt!!! Berangan je la...
Lama jugak aku tersenyum seorang diri. Tiba tiba aku terasa seperti ada orang sedang perhatikanku. Lama. Tapi yang paling penting lelaki pulak tuh!

Haduh ni aku lemah ni. Aku paling benci lelaki yang pandang perempuan macam tuh. Mulalah tuh nafsu dia. Akhirnya aku buat keputusan untuk bersemuka dengan dia.

" Ehem.....tak de keje lain dah ke intai pompuan tengah baiki tudung...? Hmm.. " soalku sinis sambil berpeluk tubuh. Lelaki pengawas itu kulihat tersenyum lebar seperti mengejek.

"Ehem....sekurang kurangnya aku ade keje yang kene buat... Kau? Buat apa kat sini, tak de kelas? Ke nak ponteng" balasnya pedas. Auch! Sedikit tersentak jantungku dibuatnya.

Hai pengawas ni, ingat aku takde keje lain ke! Kau tuh pengawas jerr kelas takde ke? Busybody betul!!

"Ehh takdelah tak kan lah muka saye yang cute nim nak ponteng... Ade ke nampak muka saye nim macam muka orang nak ponteng... Hmm? " soalku agak sinis. Dia kulihat tersenyum sahaja. Badannya yang tegap disandarkan ke dinding.

"Cute ke? Aku tengok macam parit depan kau tuh... " balasnya pedas sambil tersenyum sinis kepadaku.

Mahu jer aku menumbuk mulutnya yang tak de insurans tu. Haih sabar je lah wahai hati. Entah kenapa mulutku terasa terkunci.

" Tahu pun senyap kan? Lain kali tolong hormat senior... Dah bagi nama kau kat aku" arahannya yang agak tegas itu sekali lagi membuat jantungku tersentak.

"What? Apa salah saye, saye hanya tunggu kawan saye yang sedang berperang dalam tuh, salah ke? " soalku tak paham.

"Masalahnya yang dalam tandas tu bukan kau! And dah lama tau kau duduk kat sini... Kau tahu lah kan pompuan ni tak boleh dipercayai, manalah tahu kau tipu aku ke? Am i right" balasnya sinis sambil merenung tepat ke arah mataku *tajam* tetapi aku mengambil jarak sedikit.

Haih nak kena lebam muka tuh... Ada jugak kang orang tak datang sekolah esop... Tak padan dengan pengawas... Petuii!!! Tak berhak langsung!

Aku mengecilkan mataku tanda nak marah. Jari telunjukku perlahan lahan ku angkat tunjuk kepada muka.

"Haa... Apa tunjuk tunjuk! Nak marah! Kau nak masuk rekod ke?! Tak yah nak berangan lah.. Kau tuh pendek aku ni tinggi! " kata dia memerli. Haih tangan aku gatal dah nim.

"Hey... "

"Hey Fatin... Kat sini kau rupanya puas aku cari kau tau tak, dah lah jom masuk kelas, sorry ehh abang Faris, kawan saye ni memang, nampak macam ayu tapi mulut die laser" kata kata Fina itu aku balas dengan cubitan di pinggang. Ada ke patut dia backup lelaki itu daripada kawan dia sendiri.

"Hmm... Tak pe cuma pesan kat kawan awak tuh supaya lain kali tolong hormat senior sikit!" katanya tegas. Lalu terus dia melangkah pergi. Aku hanya senyap sahaja. Nak marah pun ade. Rasa serba salah pun ade. Hadui ape punya perasaan ni!.

Apabila mataku pandang disebelah Fina ku lihat terloncat loncat seperti orang gila. Nak kata mental kawan aku ni jahat pulak. Hahaha.

Malas hendak melayan karenah Fina jam tangan kulihat dengan teliti. Bulat mataku melihat jam sudah pukul 1.30 petang! Mak! Tadi lagi masa cikgu Laila. Haaa mampus aku!

Tanpa berlengah lagi aku terus menarik tangan Fina. Soalan Fina yang bertalu talu aku endahkan. Yang penting harap aku sempat!

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now