Chapter 39

4.2K 170 3
                                    

Adam melangkah masuk ke dalam wad VVIP itu. Pn Norlia, Amir, Amira sudah pulang ke villanya setelah dipujuk oleh Puan Sri Maria, Lily dan Tunku Abdullah. Pembedahan Umairah berjaya. Namun, Umairah perlukan masa untuk sedar semula daripada komanya.

Adam mengambil tempat di sebelah katil Umairah itu. Dia teringat kembali perbualannya dengan King Henry yang mahukan dia tinggal tetap di Belgium itu. King Henry mahukan dia menaiki takhta memandangkan kesihatan King Henry tidak memberangsangkan.

Adam mengeluh. Dia tahu dia harus mengambil tanggungjawab tersebut. Dia tidak boleh lari daripada semua tanggungjawab itu. Dia harus lakukan sesuatu supaya kejadian yang menimpa Umairah tidak berulang lagi. Dia perlu mencari dalang di sebalik kejadian itu.

Lelaki yang mahu menghapuskan institusi raja di Belgium. Dia perlu mencari lelaki tersebut. Dia tidak mahu keamanan Belgium terancam. Dia merupakan putera negara ini. Dia perlu melindungi Belgium dan rakyatnya daripada orang yang tidak bertanggungjawab yang hanya pentingkan kuasa sahaja.

Adam memandang Umairah yang pucat lesu itu. Dia mengeluh. Dia mencapai tangan Umairah yang masih lagi berbalut itu.

"I'm sorry, Hana. Maafkan saya. Kerana saya, awak jadi macam ni. Kerana saya bawa awak ke sini, awak terlibat dalam masalah saya," ucap Adam, perlahan.

"Saya bukan lelaki yang baik untuk awak. Awak layak untuk mendapat lelaki yang lebih baik daripada saya."

Adam memandang wajah pucat Umairah itu. Hatinya sakit melihat luka-luka yang ada di muka Umairah itu.

Adam menggenggam jarinya, kuat.

"Apa yang patut saya buat, Hana? Saya keliru. Saya tak tahu nak buat macam mana. Please, Hana. Buka mata awak and tell me what should I do?" ucap Adam. Setitik air matanya jatuh di pipinya.

Adam meletakkan kepalanya di atas katil itu. Dia memandang Umairah. "Saya tahu perasaan awak. Awak sayangkan saya. Saya tahu tentang semua tu. Tapi, saya ignore them. Saya biarkan awak tertanya-tanya."

"Maafkan saya. Tapi, saya terpaksa buat begitu. Saya tak boleh biarkan orang yang saya sayang berada dalam bahaya kan?" kata Adam sambil tersenyum hambar.

"Saya bawa awak ke sini sebab nak awak kenal dengan keluarga saya. Tahu pasal asal usul saya. Tapi, saya tak sangka pula perkara ni jadi. Saya betul-betul minta maaf. For everything," kata Adam lagi.

"Esok, saya akan uruskan permindahan awak ke Malaysia. Auntie Lia minta supaya awak dibawa pulang ke Malaysia. I'll let you go, mijn schatje. I won't let anyone hurt you anymore," ucap Adam. Dia menyeka air matanya.

Adam segera bangkit daripada kerusi itu. Dia memandang Umairah buat kali terakhir. "Ik vind je luek, mijn schatje (I love you, my love)," ucap Adam, perlahan.

Adam segera keluar daripada wad VVIP itu tanpa berkalih lagi. Dia tekad dengan keputusannya.

"Mike," panggil seseorang.

Langkah Adam terhenti. Dia berkalih ke arah suara itu.

Mata Adam membulat. Dia tersenyum lalu memeluk erat tubuh rakannya itu.

"What are you doing here, Will?" soal Adam.

"Joe and David told me everything. They want me to persuade you," kata Richard.

Adam senyum. "Before that, let's go to my office. We won't be disturb there," ajak Adam.

Richard mengangguk. Mereka berdua segera berjalan ke arah pejabat Adam yang terletak di tingkat 12 bangunan itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"So, how's Kate?" soal Adam.

Pengorbanan Untuk AwakOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz