BAB 5

1.3K 78 1
                                    


MESYUARAT pendek pagi itu berlangsung tanpa kehadiran Emelda. Hanya dipengerusikan oleh Tan Sri Musa selaku ketua pegawai eksekutif syarikat. Lucas diperkenalkan sebagai salah seorang eksekutif baru bagi memenuhi jawatan yang telah dikosongkan Emelda setahun dulu.

"Berapa lama Emelda cuti?" tanya Lucas kepada Alina, pembantunya.

"Kalau tidak salah saya, sampai bulan Ogos nanti. Kenapa?" kening Alina berkerut.

Semua orang menggelarkan wanita muda itu sebagai Puan Sri Emelda. Lucas hanya memanggil Emelda saja. Bukannya apa... Emelda tegas tidak membenarkan mana-mana lelaki memanggil nama sahaja tanpa gelaran puan sri atau puan. Kedengaran angkuh. Tetapi mereka tahu apa sebabnya.

"Lamanya dia cuti?"

"Biasalah. Dia baru kematian suami. Dia bercuti ikut waktu iddah. Tapi bila ada urusan penting, dia datang juga ke pejabat. Selalunya PA dia akan ke rumah."

"Dulu ini bilik dia?" tanya Lucas.

"Ya."

"Patutlah cantik. Macam tuan lamanya," puji Lucas.

Alina mengerutkan kening. Hairan. "Cantik macam tuan lamanya?" soal Alina mula terasa aneh. Setahunya wanita itu isteri kepada bapa saudara lelaki ini. Tapi nada memuji itu agak aneh.

"Takde apalah. You boleh sambung kerja."

"I belum beritahu tugas penting untuk you, Encik Lucas."

"Oh ya. I forgot. Please, proceed!" balas Lucas sedikit tidak tenteram. Sedikit segan dipanah pandangan wanita itu.

Alina meletakkan sebuah buku nipis di atas meja lelaki itu. Namun bibirnya mula berkerut menahan tawa.

"Ni profile syarikat yang terbaru," ucap Alina.

"Jam 2 petang ini Tan Sri Musa akan mengadakan lawatan ke kilang Jalan Triple 2 di Petaling Jaya. Kalau Encik Lucas nak pergi bersama, saya boleh uruskan."

"Okay." Lucas segera mengangguk. Kebetulan dia memang tidak pernah menjejaki kilang milik syarikat yang menjadi nadi perniagaan ini.

"Seterusnya... pengurus operasi adalah Encik Mazlan Ahmad. I rasa you belum jumpa dia. Hari ni dia di Indonesia."

Lucas terus khusyuk mendengar penerangan wanita itu sambil menyelak profile syarikat. Selakan terhenti lama di halaman yang tertera wajah Emelda. Bicara Alina tenggelam kian sayup di pendengarannya. Sebaliknya dia membaca data ringkas mengenai Managing Director yang baru itu.

Nayla Emelda Binti Nasaruddin.

B.Sc. in Mathematics, Universiti Of Malaya.

Master of Science (MSc) in Mathematical Sciences, Universiti Of Malaya.

'Wow...' bisik hati Lucas kagum. Nampaknya perempuan ini bukan sembarangan pisau cukur. Dia sendiri pun tidak larat hendak menghadap tangga universiti selama itu.

"Berapa lama Emelda tu kerja di sini?" tanya Lucas tiba-tiba.

"Baru setahun atau setahun lebih. I tak pasti sangat," ujar Alina.

"Terus mendapat jawatan MD?"

Alina mengangguk dengan pandangan tertancap tepat di wajah bosnya itu.

"How come?" ucap Lucas sendiri.

"Dia memiliki semua kepentingan milik Tan Sri Mukhtar dalam syarikat ini. Hanya dua tiga bulan saja dia duduk di kerusi yang you duduk sekarang. Seterusnya dia dilantik jadi MD."

UNBREAKABLE NAYLAWhere stories live. Discover now