bab 8

6K 222 0
                                    

Setelah selesai majlis itu, keluarga Tuan Felix bermalam di villanya yang terletak di tepi pantai. Mereka akan berada di sana untuk beberapa hari.

*tok**tok**tok*

"ye sekejap." ucap Rose. Kebetulan pada masa itu Rose baru selesai mandi dan hanya memakai jubah mandi sahaja.

*klak* bunyi pintu bilik terbuka

Tetiba Adrian Steven terus masuk bilik Rose dan dia duduk di atas katil sambil melihat Rose yang berpakaian jubah mandi itu. Adrian Steven memandangnya dengan pandangan yang Rose menjadi tak tentu arah ketika itu.

"apa yang awak nak ini? Kalau tak ada apa apa sila keluar. Saya nak tidur dah" kata Rose.
"aku cuma nak bagi hadiah ini kat kau. Tak sangka pula dapat lihat 'hidangan yang lazat' pula." jawab Adrian Steven sambil melihat ke seluruh tubuh Rose ketika itu.
"jangan merepek lah. Letak je hadiah itu kat situ. Awak keluar lah saya nak tidur." balas Rose dengan kelam kabut menuju ke katil lalu selimutkan badannya.
"ok. Selamat malam my rose" ucapnya sambil berlalu pergi.

*klak*
Setelah dengar bunyi pintu dah tutup dengan rapat. Lalu Rose bangun dari katilnya dan mengintai ke arah pintu takut takut si Adrian Steven masih lagi ada di situ lagi dan terus menuju ke pintu biliknya untuk kunci sebelum Adrian Steven buat hal lagi.

Setelah itu Rose terus menukar pakaian dari jubah mandi ke baju tidurnya. Rose tersangatlah penat dan dia hanya fikir untuk tidur saja. Baru beberapa saat matanya terpejam tiba tiba bunyi ketukan di pintu biliknya.

'haihh siapa pula yang ganggu aku lagi ini. Janganlah si Adrian itu. Penat nak layan dah' ngomel si Rose sambil buka pintu biliknya dan kelihatan Sofia tersenyum sengih sambil memegang teddy bear nya.

"ya Sofia, kenapa ketuk bilik kakak ini" tanya Rose kepada Sofia.
"Sofia nak tidur bilik kakak boleh. Sofia tak biasa tidur seseorang kalau bukan rumah kita yang di sana" kata Sofia.
"boleh. Masuklah." balas Rose sambil membuka pintu biliknya dengan luas supaya Sofia dapat masuk ke dalam biliknya.
"yeayyy. Selamat malam kakak." kata Sofia sambil mencium pipi Rose dan menuju ke katil Rose.
Sofia terus terlelap dengan lena. Ketika Rose pejamkan matanya dia terasa berat di atas badannya dan rupanya tangan Sofia berada di atasnya. Sofia memeluk erat Rose ketika itu. Rose hanya tersenyum lalu pejamkan matanya kembali.

-----------------------------------------------------------

"Hello, kau dah buat macam aku suruh" kata lelaki itu.
"Hmm. Bagus, jangan sampai cederakan Rose." kata lelaki itu lagi.
"Ben, makanan dah siap. Jom kita makan." ucap Encik Austin itu.
"Nanti aku telefon kau balik. Bye." jawab Ben Gonzales itu lalu menamatkan panggilan itu dengan segera takut takut Encik Austin itu terdengar perbualan sebentar tadi.
"Minta maaf ye Ben. Pak cik tak tahu kamu tengah jawab panggilan tadi." kata Encik Austin kepada Ben Gonzales.
"ehh tak apa pak cik. Ini pekerja saya sibuk nak discuss pasal kerja waktu malam macam ini." jawab Ben Gonzales dengan senyum.
"bau masakan pak cik pun dah tahu sedap ini. Susahkan pak cik saja memasak ini." kata Ben Gonzales lagi.
"ehh tak apa. Jemput makan ye. Kalau sedap tambah lagi. Biar badan berisi sikit." gurau Encik Austin lalu Ben Gonzales pun mengangguk kepalanya dah senyum kepada Encik Austin.

*pom**pom**pom*

Bunyi tembakan di luar villa yang diduduki oleh keluarga Tuan Felix. Konco konco Tuan Felix masing masing tengah kelam kabut ketika itu. Ada yang sedang membalas tembakan. Ada yang sedang menyelamatkan pembantu pembantu rumah di situ dan keluarga Tuan Felix ketika itu. Tuan Felix, Sam dan Puan Marisa telah berada di tempat selamat tetapi yang lain masih berada di dalam rumah itu.

*tok**tok**tok*
Bunyi ketukan pintu dengan kuat lalu Rose buka pintu kelihatan Adrian Steven dengan wajah yang risau.

"jom cepat. Tempat ini dah tak selamat." lalu tangan Rose ditariknya oleh Adrian Steven untuk keluar dari villa itu

"kejap. Sofia ada sekali dalam bilik ini." Rose terus tarik tangannya untuk membawa Sofia sekali ketika itu. Adrian Steven seakan memahami dan melihat kiri dan kanan sebagai tanda berjaga jaga. Rose, Sofia berlari ke tempat yang selamat dan Adrian Steven berada di belakang mereka bagi melindungi mereka ketika itu.

Saat sudah menghampiri ke tempat yang selamat itu.

"ahhhhh. Shit." carut Adrian Steven sambil menuju pistolnya ke arah orang yang telah menembaknya. Tembakan itu terkena ke arah kepala orang itu. Lalu Adrian terduduk kerana tembakan pistol orang itu terkena dibahunya.
"Adrian! Bangun cepat." kata Rose sambil bangunkan Adrian Steven. Mereka sempat sampai ke tempat selamat itu dengan cepat. Lalu Adrian Steven terus pengsan akibat kehilangan darahnya.

"Adrian!!!" jerit Rose.

Angel & DevilWhere stories live. Discover now