this time

103 22 0
                                    

Jam telefonku menunjukkan pukul 23:51 malam. Aku mengeluh. Lambat lagi rupanya. Tapi...

Aku membuka kunci telefon dan aplikasi kamera dibuka. Skrin menunjukkan wajahku yang agak sugul.

Aku membetulkan rambutku, cermin mata dibetulkan juga. Satu, dua, tiga dan gambar diambil. Senyuman manis menampakkan gigi  terukir di situ. Cantik.

Empat gambar aku ambil berlatar belakangkan cahaya bandar Seoul yang indah. Mesej Junhui dibuka dan gambar itu dihantar dengan caption

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-17. Aku sayang kau. Hadiah ni je aku mampu bagi. Maaf sebab layan kau macam nak taknak je tadi. Gangguan emosi lol. Sayangkan aku selalu,ok! Bye! Jumpa esok di sekolah.

Tepat pukul 12 malam, gambar itu dihantar ke LINE milik Junhui,tapi dia tidak buka. Jadi, aku tutup skrin telefon dan berjalan masuk ke dalam bangunan.

Entah mana silapnya, tiba-tiba sahaja badan aku hilang imbangan dan aku hanya mendapat rasa sakit yang amat sebelum aku tidak sedarkan diri.

【complete】10 june : w.junhuiWhere stories live. Discover now