31. BERULANG KEMBALI.

Start from the beginning
                                    

Nyea bergelut mahu melepaskan diri. Kaki terus menerus disedut, ia seperti pusaran air!  Usaha Nyea melepaskan diri telah menemui jalan buntu. Dia kian lemah. Mata terkatup rapat. Nyea pasrah ditelan pusaran air tersebut.

Peristiwa dahulu kini berulang kembali .... Dia lemas disedut pusaran air.

   "AHAK! Ah, aku mati!" tempiknya secara tiba-tiba. Mata terbuka luas. Dada berombak menyedut udara. Syiling coklat dipandang sepi. Tangan mengengam erat selimut yang membaluti tubuh.

Dahi berkerut dikala pandangan meliar. Ini khemah! Dia dalam khemah! Laju dia bangun dari pembaringan. Kepala dipegang apabila terasa pening.

"Ugh, tapak perkhemahan?" soalnya sendirian. Dia terdiam sejenak. Perlahan tangan mengalih selimut dari tubuhnya.

Dia duduk bersila. Mata tertumpu pada sehelai baju sejuk dan seluar berselerakan di bawah. Pipi digaru perlahan. Macam kenal baju itu. Dia bergerak lalu mengutip baju tersebut. Masih basah.

"Eh, ini baju akdemi aku! Baju siapa aku pakai ini?" sehelai baju berlengan panjang dan labuh berwarna biru laut ditarik. Kepala menunduk, baju tersebut dipandang dengan rasa hairan.

Setelah lama berdiam diri, dia berjalan perlahan. Kaki masih terasa lembik tetapi masih boleh bergerak.

Pintu khemah ditembusi. Cahaya matahari memancar, membuatkan matanya silau. Terkebil-kebil dia sambil menahan mengunakan tangan kiri.

Tempat asing menghiasi pandangan mata. Dia terdiam bagai patung cendana. Seorang gadis berambut coklat berlari melintasi di hadapannya sambil membawa sehiris daging bakar, di belakang pula ada lagi seorang gadis berambut jingga mengejar sambil memegang kasut!

Sekali lagi dia dipagut rasa hairan. Terpingga-pingga dia melihat persekitaran yang asing dimata. Dia menoleh ke belakang dikala ada tangan yang menyentuh bahu.

"Nyea, kamu lapar ke?"

Dari kasut hingga ke hujung rambut, Nyea pandang. Senyuman terukir tanpa dia sedar.

"Kakak ... Rena." 

"Oh god! Kamu ingat lagi rupanya!" Rena mencapai tangan Nyea lalu menarik, Nyea berganjak ke hadapan. Rena merangkul leher seraya berjalan.

"Hahaha! Sudah tentu, Nyea ingat!"

"Mari, kita makan. Kamu mesti lapar kan?"

Nyea hanya menurut tanpa membantah. Dia ikut ke mana Rena pergi waima tidak tahu dia berada di mana, yang dia tahu ini bukan dunia dia. Ya, dia berada di dunia lain!

"The hell! Daging aku!" Gadis berambut jingga menarik telinga gadis berambut coklat. Mereka menarik-narik rambut di antara satu sama lain. Nyea tersenyum.

"Aku lapar!"

Rena mengeleng kepala seraya bercekak pingang. " Mari kita pergi makan. Pedulikan mereka itu." pelawa Rena.

"HMM ... Nyea nak tanya boleh?" sudu sup diletak elok. Rena menghirup teh hijau. Alice dan Erina berpandangan sesama sendiri. Menanti soalan yang mahu diutarkan.

"Kita dekat mana ni? Mana kakak Irene? Tak nampak pun dia dari tadi"

Soalan Nyea membuatkan keadaan menjadi sunyi. Erina menguis makan dengan menggunakan sudu. Alice menongkat dahu, memaparkan muka tiada perasaan. Rena masih menghirup air teh hijau, wajahnya tenang.

Sunyi. Mereka diam tidak berkutik. Hal ini, membuatkan dia terasa janggal.

"Susah untuk kami ceritakan." balas Rena.

"What? Ada perkara yang berlaku ke di sini?"

Rena menarik nafas dalam kemudian menghela perlahan. Renungan Nyea dibalas dengan senyuman kelat.  Kepala Nyea diusap perlahan. Sempat dia mengerling Erina dan Alice dihadapannya.

"Dia pergi ... Lama. Kami langsung tidak jumpa dia. Hidup atau mati kami tidak tahu, sayang." 

"Lagi? Macam mana semua duduk dalam khemah? Perkhemahan ke apa?" Soal Nyea lagi keliru. Ya, keliru! Mana istana yang dahulu dia pernah jejakan kaki?

"Ah, itu yang sukar untuk saya terangkan sekarang ini." rambut hitam disisir ke belakang. Dia mengurut dahi seraya mengeluh. Baru sahaja dia mahu me jawab, khemah itu di masuki Ryan.

"Good morning!" sapanya ceria.

" Morning? Kepala hotak kau! Ini sudah petang," Alice membaling sudu tepat mengenai kepala lelaki tersebut. Muka selamba ditayangkan. Ryan memasamkan muka.

"Whatever, mana makanan aku?" perut dipegang. Bunyi raungan kedengaran menghiasi ruang sunyi tersebut.

"Habis ...." balas Rena.

"Apa! Aku dari malam semalam tak makan!" ujar Ryan tidak berpuas hati. Erina kembali makan dan Alice tersenyum mengejek. 

"Dah tu? Nak aku buat apa?"

"Masak balik!"

"Malas ... Pandai-pandailah kau nak hidup."

"Eh, reject jadi calon isteri!"

Rena memalingkan muka. Wajah lelaki berambut hitam dipandang tajam. Nyea memerhati sedari tadi mengekek ketawa. Erina menjeling mereka berdua silih berganti. Alice tersengih sumbing. Nyea merasakan suasana tegang diantara Ryan dan Rena.

'Gosh, ini rasa macam kelakar pula!  Perangai mereka tidak berubah. Ini sebabnya aku sayang mereka semua dan ingat sampai sekarang!' kata Nyea dalam hati.


Maaf kalau membosankan😣. Ehem, anime apa yang best bagi korang?

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now