Bab 1

39 1 0
                                        

Aisyah meletakkan dulang itu ke dalam sinki setelah diguna. Pinggan-pinggan yang bersisa makanan juga diletakkan ke dalam sinki.

Dia membuka pili air dan mula membasuhnya satu per satu. Selesai membasuh, dia menyangkut pula kesemua pinggan itu. Kemudian, dia mengambil minyak gamat untuk mengurut kaki mak kesayangannya yang sedang duduk menjulur di atas katil.

"Mak.. "tegur Aisyah.

Mak Aisyah iaitu Puan Rosnah tersenyum melihat anak keduanya masuk ke dalam bilik sambil membawa minyak gamat. Aisyah duduk di tepi Puan Rosnah.

"Mak. Syah tengok kaki mak ni makin bengkaklah. "Aisyah risau melihat kaki maknya yang semakin membiru.

"Alah.. Biasalah tu. Takkanlah kau ingat semalam kaki mak terlanggar kaki meja tu, boleh terus baik? "Puan Rosnah juga pelik kenapa kakinya bertambah biru. Tapi demi menyedapkan hati anak daranya, tiada apa-apa lah.

"Hmm. Mak. "tegur Aisyah.

Puan Rosnah hanya menggumam.

"Jarang Tuan Haji datang melawat kita. Kenapa tiba-tiba je hari ni dia datang rumah? "

Tadi Tuan Haji bersama isterinya datang menziarahi rumah Puan Rosnah. Kalau betul mereka datang nak melawat Puan Rosnah yang sedang sakit kaki, tak ada pun Aisyah dengar Tuan Haji berkata dia datang sebab itu. Sebelum mereka datang, Aisyah tiada di rumah, pergi ke kedai. 10 minit sebelum mereka pulang baru Aisyah sampai.

Ain sebagai anak sulung juga tiada di rumah sehingga sekarang, keluar berjalan-jalan dengan kawan. Amirah sebagai anak bongsu ada di rumah tetapi hanya berkurung di dalam bilik walaupun dia tahu Tuan Haji datang melawat. Walaupun mereka tiga beradik, hanya Aisyah yang Puan Rosnah senangi.

Ain dan Amirah jarang sekali membantu Puan Rosnah melakukan kerja rumah selain Aisyah. Ain sering menyuruh Aisyah melakukan kerja-kerja yang sepatutnya Ain yang buat. Amirah pula tak habis-habis berkurung di dalam bilik. Dia tak pernah nak menganggap Aisyah sebagai kakaknya. Dia langsung tiada rasa hormat terhadap Aisyah. Ain pula tak habis-habis keluar berjalan dengan kawannya. Tanggungjawabnya sebagai anak sulung diabaikan.

Ayah mereka bertiga sudah meninggal dunia akibat kemlangan antara motor dengan kereta. Motor yang dinaiki oleh arwah ayah mereka sudah hancur. Puan Rosnah pasti akan menangis setiap kali melihat motor itu. Disebabkan Puan Rosnah tidak mahu lagi asyik bersedih-sedih, dia membuat keputusan untuk hantar saja motor itu ke tempat kereta dihancurkan.

"Hmm. Umur kau dah 21 tahun kan? Dah sesuai untuk kau kahwin dah, Syah. "balas Puan Rosnah. Orang tanya lain, jawab lain.

Aisyah mencebik.

"Mak ni. Syah bukan tanya pasal kahwin. Syah baru habis belajar. Lambat lagi nak kahwin. Cepatlah mak, bagitau. "Aisyah berhenti mengurut kaki maknya.

"Aih. Takkanlah pasal tak nak bagitau, nak berhenti urut kaki? Urutlah nak.. Kaki mak sakit. "Puan Rosnah tersenyum manja.

Aisyah juga senyum melihat wajah Puan Rosnah. Dia menyambung tugasnya.

"Syah. Kalau kau nak tahu sangat, kau pergilah rumah Tuan Haji sendiri. Tanya dia. "cadang Puan Rosnah.

"Apa mak ni?.. Takkanlah Syah kena bersusah payah datang rumah Tuan Haji semata-mata nak tanya hal tu. Mak. Apa salahnya kalau mak sendiri yang bagitau. Please mom.. Please.. " muka Aisyah dah macam arnab comel dah.

Puan Rosnah kasihan melihat anaknya yang teringin sangat nak tahu tujuan Tuan Haji datang ke rumah. Mahu tak mahu, bagitau jelah. Dia yakin, pasti Aisyah akan terkejut mendengarnya.

"Aih. Yela, yela. Kau tahu dia ada anak lelaki kan? Sama umur dengan kau. "terang Puan Rosnah.

Aisyah terangguk-angguk mendengarnya. Sudah pasti dia kenal anak kepada imam masjid di taman perumahan dia. Zainal namanya. Jadi, apa kena mengena Zainal dengan Tuan Haji datang ke rumah?

AISYAH [E]Where stories live. Discover now