Part 15

4.3K 401 3
                                    

Yoongi bangun lebih awal dari biasa.

Yoongi memandang jam.

Sudah 5:45 pagi.

Perlahan-lahan Yoongi membuka pintu bilik di mana Minyoung berada. Yoongi tidak tidur bersama Minyoung kerana dia tidak mahu mengganggu Minyoung yang jiwa kacau malam semalam.

Perlahan-lahan Yoongi berjalan ke arah katil Minyoung supaya Minyoung tidak tersedar dari tidurnya. Kelihatan Minyoung sedang tidur nyenyak dengan mata yang bengkak dan kesan air mata di wajahnya.

"Minyoung nangis ke semalam ? Maafkan saya Minyoung" Rasa bersalah menyelubungi dalam diri Yoongi.

Yoongi melurut rambut Minyoung. Rambut di dahi Minyoung diketepikan lalu dikucupnya perlahan.

"Saya akan balik dengan selamat, Minyoung" Yoongi terus melangkah keluar dari bilik dan menutup perlahan pintu bilik supaya tidak mengejutkan Minyoung.

Telefon Yoongi berdering.

Panggilan dari Namjoon.

Namjoon : Kau serious ke nak jumpa dengan Jin ? Minyoung macam mana ? Takkan dia tak halang kot ?

Yoongi : Pasal Minyoung aku dah cakap kat dia semalam tapi dia memberontak lepas tu terus masuk bilik. Aku nak pergi senyap-senyap. Kalau dia bangun nanti mesti dia halang aku.

Namjoon : Hmm suka hati kau lah. Aku tak tahu nak kata apa dah dengan kau ni. Nak kitorang tolong apa-apa ke ?

Yoongi : Boleh jugak. Tolong tengok kan Minyoung untuk aku. Dan .... kalau aku takde, tak balik-balik lagi, jaga kan Minyoung untuk aku. Okay aku nak gerak ni. Bye

Namjoon : Weyhh aku tak habis cakap lagi ni ... Hello ?

Panggilan sudah pun dimatikan. Namjoon cuba membuat panggilan lagi tetapi tidak dijawab.

"Adoiii kawan aku sorang ni ... Buat aku risau je lahh" bebel Namjoon.

Namjoon terus mengejutkan Jimin dan Hoseok. Taehyung tiada di rumah ketika itu kerana mengikuti program di sekolah selama beberapa hari.

"Apa niii kejutkan pagi-pagi buta niiii ??" bebel Jimin dengan mata yang masih tertutup.

"Kita kena pergi rumah Yoongi dengan Minyoung sekarang"

"Buat apa ?" soal Hoseok yang sedang menggeliat.

"Aduhhhh .... Yoongi tinggalkan Minyoung sorang-sorang kat rumah sebab nak pergi jumpa Jin untuk selesaikan semua ni" jelas Namjoon lagi.

"Jadi ?" soal Jimin dan Hoseok selamba.

"Kau tak faham ke ?? Jungkook kena tembak kat rumah siapa ??"

"Kat rumah Yoongi"

"Jungkook kata dia nampak Jin kat mana ??"

"Kat rumah Yoongi"

"Kesimpulannya ??"

"Jin kat rumah Yoongi ?"

"Yes baby !"

"Ohh ... Jap ... JIN KAT RUMAH YOONGI ???" jawab Jimin dan Hoseok serentak dengan mata yang dijegilkan.

"Tu sebab aku risau sekarang ni ! Cepat pergi siap ! Minyoung dalam bahaya sekarang !" arah Namjoon.

Kelam kabut Jimin dan Hoseok keluar dari bilik untuk bersiap.

----------

Minyoung baru bangun dari tidurnya. Segar.

Minyoung bersemangat untuk menegur Yoongi setelah dia memarahi Yoongi malam semalam. Baru sahaja Minyoung turun dari katilnya, pintu biliknya diketuk.

"Mesti Yoongi yang ketuk" Cepat-cepat Minyoung pergi ke arah pintu biliknya dan membukanya.

Tetapi bukan Yoongi yang mengetuk pintu biliknya.

Dan juga bukan Namjoon yang ketuk pintu bilik.

Yang mengetuk pintu bilik ialah ...

JIN.

"Macam mana awak masuk dalam rumah ni ?? Baik awak keluar !!" Minyoung menolak Jin.

"Eh apa ni ? Saya datang sini sebab nak bawak awak balik. Kalau Yoongi boleh bawak awak balik, saya pun boleh" Jin menghentak belakang kepala Minyoung sehingga Minyoung jatuh pengsan. Jin mengangkat Minyoung keluar dari rumah Yoongi tanpa menutup pintu.

----------

Namjoon, Jimin dan Hoseok baru sahaja tiba. Tetapi mereka tidak keluar dari kereta lagi selepas ternampak seperti kelibat Jin membawa seseorang.

"Itu Jin kan ? Dia bawak siapa tu ?" soal Hoseok.

"Alamak ! Kita dah terlambat !" Namjoon menghantukkan kepalanya ke atas steering kereta.

"Apa kita nak buat ni ?"

"Kita ikut kereta Jin pergi mana" cadang Jimin.

"Hah betul tu. Tapi kita jauh sikit dari kereta dia. Takde lah dia syak nanti"

"Nak bagitahu Yoongi ke pasal ni ?"

"Nanti dulu. Kita ikut Jin ke mana dulu lepas tu baru kita rancang plan seterusnya" Namjoon terus memandu keretanya apabila kereta Jin sudah pun bergerak terlebih dahulu.

Agak lama juga perjalanan mereka sehingga Namjoon sendiri lenguh kerana memegang steering kereta terlalu lama.

Jimin dan Hoseok juga sudah terlena.

Demi menyelamatkan kekasih hati sahabatnya, Namjoon tidak peduli dengan lenguh-lenguh di badannya.

----------

Namjoon berhati-hati mengekori kereta yang dipandu oleh Jin dari jauh supaya kehadiran mereka tidak disedari oleh Jin.

"Ohh kat sini ke Jin bersembunyi sejak dia menghilangkan diri masa exam besar tu" ujar Namjoon. Hoseok baru sahaja terjaga dari tidurnya.

"Uish ! Ada banglo dalam hutan ?" terbuntang mata Hoseok melihat banglo yg tersergam indah di dalam kawasan berhutan itu.

"Kau call Suga sekarang
Aku nak pergi balai polis buat laporan. Jangan cakap kat Yoongi yang kita buat report polis pulak. Ni rahsia kita" Namjoon memberi peringatan lalu memandu keluar dari kawasan berhutan itu.

----------

Jin membaringkan Minyoung di atas katil di sebuah bilik. Minyoung masih 'lena'.

"Lepas ni takde siapa boleh rampas Minyoung dari aku sebab takde siapa tahu aku kat mana" Jin keluar dari bilik dan mengunci pintu dari luar supaya Minyoung tidak dapat melarikan diri.

-----------

"Aku baru nak cari dia, tahu tahu je Jin dah amik Minyoung dulu" rungut Yoongi.

"Tu lahhh lain kali tunggu sampai aku habis cakap dulu. Tengok ? Apa jadi sekarang ? Tu lah degil sangat. Padan lah muka kau" sindir Namjoon.

"Korang tahu ke dia kat mana sekarang ?" Soal Yoongi lalu duduk di hadapan Namjoon.

"Kitorang dah ikut tadi. Ni tinggal nak selamatkan dia lah ni" Mata Namjoon seakan-akan mahu terkeluar kerana geram dengan Yoongi yang degil itu.

"Bagitahu aku. Biar aku sorang je yang face to face dengan dia. Ni hal aku dengan dia" Yoongi merayu.

Ikutkan hati, nak je Namjoon cekik Yoongi. Ada ke patut Yoongi nak bertindak seorang diri LAGI SEKALI ??

"Aku tak tahu degil kau ni macam mana. Benda macam ni tak boleh buat seorang diri tahu tak ? Nanti kau cedera ke siapa nak tolong ? Pokok nak tolong ? Dah lah tempat persembunyian Jin kat dalam kawasan berhutan" bebel Namjoon.

Jimin dan Hoseok hanya mampu memerhati.

Saya Cintakan Awak ✅Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin