Part 13

4.4K 429 6
                                    

Selepas pulang ke rumah, Yoongi meletakkan Minyoung di dalam bilik memandangkan Minyoung masih tidur. Kemudian, wajah Minyoung ditenung. Sebak di dalam hatinya. Patutkah Yoongi berhadapan dengan Jin ?

"Minyoung ... Lagi 3 hari saya pergi jumpa Jin ... Saya janji saya akan tamatkan semua ni" Yoongi berbisik di dalam hatinya.

——————————

Minyoung bangun dari tidurnya. Sebaik sahaja Minyoung bangun, Yoongi terus meluru ke dalam bilik.

"Minyoung. Cepatlah bersiap. Kita nak pergi ke suatu tempat" Ceria sahaja Yoongi memberitahu Minyoung. Tapi dalam hatinya siapa lah yang tahu.

"Eh ? Kita nak pergi mana pulak ?"

"Bersiap je lahh. Pakai lawa-lawa tau. Sebab hari ni kita jadikan hari yang paling istimewa dan akan diingati sampai bila-bila" jawab Yoongi.

"Ohh ... Ermm ... okay ..." Minyoung tersenyum manis. Ini membuatkan Yoongi bertambah sebak. Ikutkan hati, dia tidak mahu meninggalkan Minyoung tetapi demi keselamatan Minyoung, Yoongi mesti berhadapan dengan Jin.

Minyoung terus ke bilik mandi untuk mandi.

"Maafkan saya, Minyoung ..." bisik hati kecilnya.

——————————

"Haishh sampai nak tutup mata ni suprise sangat ke ?" Minyoung meraba-raba matanya yang ditutup dengan kain.

"Ha'ah ... Suprise. Nanti kat sana Jimin, Hoseok pun ada. Namjoon ada hal lain. Taehyung pulak sekolah" jelas Yoongi panjang lebar.

"Ohhh ... Okay"

——————————

Yoongi sedang memimpin Minyoung yang matanya masih dilitupi dengan kain.

"Jauh lagi ke ?" soal Minyoung.

"Nak dekat dah. Sabar lah. Depan tu je" Mereka meneruskan perjalanan.

——————————

"Hah ! Aku dah nampak Suga dengan Minyoung !" jerit Jimin.

Yoongi, Jimin dan Hoseok merancang semua ini ketika Minyoung masih tidur. Hanya Jimin dan Hoseok sahaja yang tahu kenapa Yoongi merancang untuk buat semua ini.

"Okay kita dah sampai" Yoongi membuka ikatan kain di mata Minyoung.

Sebaik sahaja kain dibuka, Minyoung terkejut dan teruja melihat kawasan taman tersebut. Hanya mereka berempat sahaja yang berada di taman tersebut.

"Masa bila awak rancang semua ni ??" Minyoung masih teruja.

"Ni semua atas pertolongan Jimin dengan Hoseok jugak. Sementara awak tak bangun lagi, diorang dah bersiap-siap buat semua ni"

"Tapi untuk apa ?"

"Awak lupa ke ? Hari ni dah genap sebulan kita bersama" Yoongi terus mengucup pipi Minyoung.

Jimin dan Hoseok bersorak teruja dari jauh. Wajah Minyoung mula merona merah kerana itu kali pertama dia dicium oleh lelaki yang dicintainya.

Yoongi dan Minyoung meluangkan masa bersama manakala Jimin dan Hoseok hanya melayan kehendak mereka.

Di wajah Yoongi sangat gembira tetapi di dalam hatinya sangat sedih kerana dia akan meninggalkan Minyoung untuk berhadapan dengan Jin. Mahu sahaja Yoongi melepaskan air matanya tetapi dia tidak mahu suasana yang bahagia itu tercemar dengan kesedihan.

Sebelum Yoongi pergi, biarlah dia melihat Minyoung gembira bersamanya.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now