Part 12

4.3K 443 4
                                    

Sudah setengah jam.

Jungkook masih belum muncul.

Apa yang Jungkook buat di belakang rumah Yoongi ?

"Taehyung. Saya rasa tak sedap hati" luah Minyoung.

"Jangan fikir bukan-bukan. Jungkook takde apa punya. Dia kan berani walaupun dia tu agak ....." belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya, kedengaran seperti bunyi tembakan di belakang rumah Yoongi.

Minyoung dan Taehyung tercengang.

"JUNGKOOK !" Minyoung terus berlari keluar untuk ke belakang rumah. Taehyung mengejar Minyoung.

Sebaik sahaja Minyoung tiba di belakang rumah, apa yang Minyoung nampak hanya lah Jungkook yang terbaring di atas tanah dengan baju berlumuran darah.

"JUNGKOOK !" Minyoung mendapatkan Jungkook. Taehyung turut mengikuti Minyoung.

"Jungkook ? Siapa yang buat semua ni ? Jawab lah Jungkook" Minyoung menggoncang-goncang bahu Jungkook dan mula menangis.

"...... Jangan ..... goyang ...... sakit ....." Jungkook bersuara dengan kesakitan.

"Jungkook ! Macam mana boleh jadi macam ni ?? Kenapa kau tak panggil kitorang ??" Taehyung pula yang bersuara.

"Korang ......... jaga diri ........... Jin ......... ada kat sini" Jungkook cuba sedaya upaya untuk bercakap walaupun darah keluar membuak-buak dari mulutnya.

"Jin ? Taehyung ! Panggil ambulans cepat !" Minyoung mengarahkan Taehyung.

"Jungkook ... Bertahanlah sikit ... Jangan bercakap lagi ... Nanti siapa yang nak teman Taehyung untuk ke sini belajar sama-sama ? Bertahan Jungkook" Minyoung sudah mula mengalirkan air mata melihat keadaan Jungkook.

"....... sikit je ni ....... tak sakit pun ....... nanti eloklahh ...."

"Ni bukan sikit. Ni dah teruk" kini tangan Minyoung pula yg berlumuran darah kerana mengelap darah tidak henti mengalir dari mulut Jungkook.

"Abang-abang tu semua dah balik" Taehyung memberitahu Minyoung.

Kelihatan Yoongi, Hoseok, Namjoon dan Jimin berlari ke arah mereka.

"Minyoung ? Kenapa dengan Jungkook ?" Yoongi memeluk Minyoung yang sedang menangis. Tetapi Minyoung hanya diam membisu.

"Nantilah kitorang cerita" ujar Taehyung.

"Bertahanlah ... kejap lagi ambulans sampai" Namjoon memberi semangat kepada Jungkook.

——————————

Minyoung sudah pun tertidur di bahu Yoongi. Penat menangis. Manakala yang lain melayan perasaan sendiri.

Kemudian keluar doktor yang merawat Jungkook. Namjoon terus bertanyakan kepada doktor tersebut tentang keadaan Jungkook.

"Jungkook hilang banyak darah dan kini dia koma" Semua yang mendengarnya terkejut. Kecuali Minyoung kerana sedang tidur.

Doktor tersebut meninggalkan mereka.

"Agak-agak ni kerja siapa ?" tanya Namjoon.

"Jin" jawab Taehyung.

"Kenapa pulak ?" soal Jimin.

"Sebab tadi masa korang tak balik lagi Jungkook kata Jin ada kat situ" jelas Taehyung.

"Mesti dia intip rumah Yoongi"

Yoongi hanya diam seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kau kenapa diam je ?" soal Namjoon.

"Aku rasa ....... aku nak jumpa Jin lah" jawab Yoongi.

"APA ??" jawab mereka serentak.

"Aku mesti selesaikan semua ni. Aku taknak semua ni berterusan. Dan aku taknak nyawa sesiapa melayang" jelas Yoongi.

"Tapi Yoongi ...... Nanti nyawa kau pulak yang melayang. Kau tak sayang Minyoung ke ?" Hoseok menyuarakan pendapatnya.

"Aku tak boleh biarkan Jin terus mengganggu semua orang. Tengok sekarang Jungkook yang jadi mangsa. Aku taknak lepas ni orang lain pulak yang jadi mangsa" jawab Yoongi.

"Tapi kau kena fikir banyak kali jugak. Sebab benda-benda macam ni bahaya" Namjoon memberi peringatan kepada Yoongi.

"Aku tahu apa yang aku buat. Jangan risau" Yoongi memandang Minyoung yang tidur di bahunya.

Patutkah Suga berjumpa dengan Jin walaupun bahaya menantinya ?

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now