***

Yoongi pov:

"Lepastu? Yun bawa balik ke mochi tu?"

Yun mengganguk. Dia ketawa kecil sambil matanya galak memandang wajah aku. Dia mendongak sedikit sebelum mencium pipi aku.

"Taklah. Yun nak makan pipi oppa boleh?"

Aku terus peluk dia sampai dia takboleh nafas. Ha, buat lah lagi perangai comel tu.

"Hahaha, okay tak tak.. Oppa.. Tak, tak jadi makan."

Tercungap-cungap dia cuba lepaskan diri dari aku. Baru tau takut.

"Cepat sambung cerita tadi."

Aku kembali memeluk Yun dalam keadaan tenang. Sekejap-sekejap aku melirik pada baby kot disebelah katil. Haneul lena je tidur dalam tu. Tau kot aku nak bermanja dengan Yun, dia kasi chance lah tu.

Yun pun sambung bercerita pasal hari dia harini. Aku hanya memandang wajahnya dengan perasaan yang penuh kasih sayang. Pipinya dielus-elus lembut.

"Oppa? Oppa dengar tak Yun tanya apa ni?"

Aku tersedar dari lamunanku. Haih leka sangat tengok isteri sendiri.

"Ha dengar dengar."

"Habistu jawab lah ei."

Yun dah cubit pipi aku. Aku mengaduh sakit sambil buat-buat merajuk.

"Dah takyah ngade. Yun tanya ni, hari tu kenapa oppa macam sedih je? Apa yang oppa nak cerita kat Yun?"

Aku mengeluh sebelum mula menceritakan masalah aku pasal syarikat appa dekat Yun. Sambil-sambil tu tangan aku bermain dengan rambut Yun yang makin panjang.

"Lah.. Kalau macam tu, biar Yun try pujuk Kookie. Lagi pun bagus juga kalau Kookie ambil alih syarikat appa tu. Dia pun tak ada kerja asyik kena marah dengan Jin je dahlah jadi bahan experiment."

Yun dah berkerut-kerut sambil bercakap. Aku ketawa. Pipinya dicubit manja.

"Gomawo chagi. Kalau oppa kerja dengan Joonie, boleh lah oppa bawa Yun selalu letak sebelah oppa. Sebab tu kan studio Joonie."

Yun mencubit aku perlahan.

"Mengadanya! Dah dah, jomlah tidur. Nanti esok tak bangun pula."

Aku mengeleng.

"Ha, nape pula ni takmo tidur?"

"Nak popo dulu. Asyik oppa je yang popo Yun hehehe."

Aku tersengih manja sebelum Yun turut tersenyum.

***

Yun pov:

Aku mencelikkan mata. Cahaya matahari menggangu tidur aku yang lena. Badan aku rasa letih sangat.

Eh, apa benda yang berat semacam ni?

Selimut ditolak ketepi. Tangan Yoongi yang melingkari pinggang aku, aku angkat perlahan. Wajahnya yang lena tidur aku pandang.

Comel juga eh dia ni.

Pipinya aku cium, sebelum aku bangun ke tandas untuk bersihkan diri. Jam di dinding dipandang. Pukul 9.30 pagi.

Punyalah lambat aku bangun. Nasib baik hari ni hari Sabtu. So, semua orang ada kat rumah.

Selesai membersihkan diri, aku berjalan ke arah Yoongi. Rambutnya diusap.

"Oppa.. Irreona.. Dah pukul berapa ni. Jom sarapan."

Yoongi tak berkutik. Aku dah menggeleng. Dia ni kalau tidur bom meletup sebelah telinga pun belum tentu bangun.

Akhirnya, aku dukung Haneul dan melangkah keluar bilik. Biarlah dia tidur, lagi pun hari ni kan cuti.

Sampai je kat bawah, aku dah terhidu bau makanan yang sangat wangi. Laju kaki aku melangkah ke dapur. Sempat aku cium-cium pipi gebu Haneul.

"Eh noona! Morning. Nape tak tidur lama sikit. Kesian noona penat."

Jin menyapa aku seraya mengacau kuah di dalam kuali. Apalah budak ni masak agaknya.

"Morning Jinnie. Noona terjaga. Tak biasa tidur lama lama hahaha. Jin masak apa tu?"

"Masak sup ayam noona. Kasi energy sikit lagi lagi si Chim tu tak cukup khasiat."

Belum sempat aku menjawab kata-kata Jin, Hoseok tiba-tiba muncul dari belakang aku dengan tepung penuh di muka. Aku dah pelik dah.

"Ha ni kenapa muka Hoseok macam ni?"

Hoseok hanya buat muka cembeng. Bibirnya dijuihkan pada Jungkook. Muka dia pun sama je. Putih semacam. Tersengih-sengih dia.

"Kookie tertumpahkan tepung lepas tu habis satu rumah."

Aku hanya memandang Jungkook yang dah berlari sorok belakang Jin.

BTS Kids | S2 & S3Where stories live. Discover now