Chapter 15 The Fallen Empire

202 8 0
                                    


 "Tuan gudang kita telah diserang oleh penceroboh,ada beberapa letupan berlaku di luar gudang.Siapa yang menyerang masih tidak dapat dikenal pasti." lapor setiausaha sulit Tan Sri Johari

 Tan Sri Johari kelihatan gusar dan melihat kearah tingkap balkoninya.Dan menghembuskan nafas panjang.

"Kenapa benda ni berlaku terlalu cepat.Seperti dirancang dengan teliti.Siapa dalang disebalik semua ni?" monolognya sendiri.

"Selamatkan semua stock stock dadah dan duit duit kita.Apa saja bukti pastikan jangan tersisa." arah Tan Sri Johari.

                                                                -----------------------------------------

10 saat berbaki daripada kesan tumbukan di dada lelaki itu,Reymi perlu mengambil dua  serangan lagi yang memastikan lelaki dihadapannya itu tumbang.Reymi melepaskan tumbukan kearah bebola mata kanan lelaki tersebut kerana mengikut fakta sains mata kanan mempunyai deria penglihatan dan fokus yang lebih jelas daripada yang kiri.

 Dan Reymi melepaskan sekali lagi tumbukan namun berjaya dielak dan dibalas tendangan yang agak kuat menyebabkan Reymi tercampak pintu keluar tersebut.

"Ryu!!!" panggil Reymi.

"Aku akan ingat kau,dan hari ni.Sepanjang aku menjalankan operasi dalam misi kalini.Kau adalah orang yang pertama yang aku kalah dan memaksa aku untuk lari.Aku harap kita akan jumpa lagi untuk selesaikan pertarungan antara lelaki ini." senyum Reymi lalu menyemburkan racun  serangga ke arah lelaki tersebut hanya untuk memedihkan matanya.

Reymi berlari keluar  dalam keadaan terhengkut hengkut dan bersembunyi dalam kesamaran bayang bayang. Dalam jarak 1 km dari gudang Reymi pun mendail number dan membuat panggilan.Sejurus panggilan itu dibuat  gudang itu terus meletup dan seluruh kilang hangus dijilat api.Naz terpegun melihat pemandangan letupan dari atas tangki dimana tempat dia melontar bom bom buatannya itu.

"Reymi,you just out of our league baby." Naz tersenyum dan melompat berlari mendapatkan kereta Honda Civic yang dipandunya tadi dan  mendapatkan Reymi secepat mungkin.

                                                          -------------------------------------

24 September 2006,Starbuck Cafe

"But camner kita nak letupkan gudang tu?Kalau guna bom askar atau polis akan jadi konspirasi polis untuk jatuhkan orang politik.Jadi kes lain pula.Kalau bawak mahkamah kita tak akan menang dalam kes tu nanti."ujar  Inspektor yang semakin tidak yakin dengan kejayaan operasi kali ini.

"Kita buat bom buatan sendiri.Dengan barang barang yang ada disekeliling kita.Saya cuma perlukan telefon bimbit sebagai trigger,dan bom pula saya perlukan bahan bahan seperti DDNP (Diazo Dinitro Phenol),Plumbum Azide,Plumbum Styphnate,Potassium Chlorate dan Mercury Fulminate.Semua barang tu ada kat universiti awam dalam makmal sains mereka." jelas Reymi dengan sangat yakin.

"Wow okay saya akan dapatkan barang yang awak perlukan." Inspektor itu pun bangun dan menghulurkan tangan bagi berjabat sebelum meninggalkan kafe itu.

"Sebelum itu Tuan,ada lagi satu benda yang tertinggal,Jangan lupa hantarkan unit tindakan khas ke rumah Tan Sri Johari malam ini.Kerana apabila gudang itu meletup,dadah dadah dan duit duit juga akan terbakar dan mereka tidak berupaya untuk menyelamatkan satupun kerana pihak polis sudah tiba awal dari mereka.Jadi Tan Sri Johari tidak boleh buat apa apa.Dia mungkin akan lari meninggalkan negara ni malam itu juga."

                                                            --------------------------------------------------

"Tuan gudang kita telah musnah sepenuhnya dan pihak polis sudah tiba di tempat kejadian.Bukti tak sempat untuk kami hapuskan." lapor setiausaha sulitnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Thanks For The Heart(MalayNovel) Wattys2018Where stories live. Discover now