"Hana Umairah!" panggil Adam, agak kuat.

Bahu Umairah terhenjut, terkejut dengan suara Adam yang agak kuat itu.

"Okay, okay, I'm sorry. Tapi, Hana. Please, pandang saya," ucap Adam, menurunkan nada suaranya.

Perlahan-lahan Umairah mengangkat kepalanya, memandang Adam.

"Semua ini akan baik-baik. Saya akan siasat semua ni. Orang yang buat semua ni takkan terlepas. Saya janji dengan awak," kata Adam, lembut.

Umairah terdiam sejenak. Dia memikirkan kata-kata Adam itu.

"My people will investigate it. So, calm down. Everything will be settled," kata Adam.

Umairah mengangguk, mulai tenang apabila mendengar kata-kata Adam itu. Namun ketenangan Umairah tidak lama. Dia memegang lengan Adam. "Najihah," ucap Umairah.

"Najihah kawan saya. Dia serumah dengan saya. Saya...dia...okay," kata Umairah tercungap-cungap.

Adam segera memegang bahu Umairah. Dia tidak mahu Umairah mendapat serangan panik.

"Hana, Tarik nafas awak, kemudian hembus perlahan-lahan," arah Adam, lembut.

Umairah menggelengkan kepalanya. Nafasnya tersekat-sekat.

Adam mengeluh. Dia mengusap-usap belakang Umairah. "Listen to me, Hana. Ikut apa yang saya suruh buat ni," lembut suara Adam memujuk.

"Tarik nafas, and then hembus perlahan-lahan," kata Adam, lembut. Beberapa kali dia mengarahkan Umairah supaya berbuat demikian.

Tidak lama selepas itu, nafas Umairah kembali normal. Umairah memandang Adam. "Thanks," ucap Umairah.

Adam senyum. "Sekarang ni, awak call kawan awak tu. Tanya dia, dia ada kat mana? And pesan kat dia, kalau boleh, jangan balik ke rumah ni dalam masa terdekat," ujar Adam, lembut.

Umairah segera mengangguk. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang ada di dalam beg tangannya itu. Kemudian, dia terus mendail nombor rakannya itu.

Adam hanya membiarkan Umairah berbual-bual dengan rakannya itu. Dia berdiri lalu mendekati dua orang pengawal peribadinya yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Kyle, Paul, did you see anything suspicious around here?" soal Adam dalam bahasa belanda.

Kyle dan Paul menggelengkan kepala mereka. Mereka telah memerhati sekeliling kawasan rumah sewa itu. Namun, hampa. Mereka tidak berjumpa apa-apa yang pelik dan meragukan.

"Ask someone to look around the neighbourhood," kata Adam, agak tegas.

Kyle dan Paul mengangguk. Kyle segera menekan sesuatu di telinganya lalu mengarahkan seseorang untuk melihat sekeliling kawasan perumahan itu.

Adam kembali mendekati Umairah apabila melihat Umairah sudah memutuskan talian telefonnya. Umairah senyum hambar.

"Macam mana kawan awak?"

"Alhamdullillah, she's okay. Nasib baik dia balik rumah parents dia. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi pada dia," kata Umairah, perlahan.

Adam mengangguk. Dia senyum apabila melihat Umairah lega dan sedikit tenang.

"Yang Amat Mulia, ada sesuatu yang perlu tuanku tengok," ucap salah seorang pengawalnya yang baru muncul di muka pintu rumah itu dalam bahasa belanda.

Adam berdiri. Dia mengangguk. Kemudian, dia berkalih memandang Umairah. "Awak okay kan kalau saya masuk dalam rumah sekejap?" soal Adam.

Umairah memegang hujung T-shirt yang dipakai Adam. "Will you be safe?" soal Umairah.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now