Kereta Volkswagen Beetle berwarna putih itu aku memarkingkannya dengan berhati-hati di perkarangan rumahku. Kereta kesayangan der !siapa tak sayang kan?. Seusai memarkingkan kereta, aku keluar dari perut keretaku. Turun sahaja dari kereta, langkahku dihentikan buat seketika. Kini mataku terpandangkan sebuah kereta berjenama Vellfire berwarna hitam yang kini berada di rumahku.
Aku sedikit hairan, siapa pula yang datang ke rumahnya hari ini ? tak pernah nampak pun kereta ni. Nak kata saudara- mara rasanya mereka menggunakan kereta lain. Daripada membuatkan aku tertanya-tanya sendirian lebih baik aku masuk.
Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam rumah, mataku terpaku ke arah gerangan tetamu yang kini berada di rumahku. Aku sedikit hairan kerana aku tidak mengenali tetamu yang diundang walid dan ummi. Mungkin saja kawan lama walid ?
"Assalamualaikum Walid, Ummi" ucapku sebaik saja masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumusalam"jawab Ummi dan Walid termasuk tetamu keluargaku. Aku mengukirkan senyuman ke arah tetamu walid dan ummi.
"Ummi, Walid Hannah naik atas dulu ye"aku meminta diri untuk ke atas.
"Hannah mari sini"belum sempat kakiku ingin melangkah, walid sudah memanggil namaku. aku berpaling lalu mengatur langkah ke arah walid.
"Ye Walid, ada apa ?"tanya aku. Aku mengukirkan senyuman sekali lagi terhadap tetamu yang diundang oleh walid dan ummi. Mereka turut membalas senyumanku. Nampak dari cara dan gaya seperti orang berada saja.
"Walid nak kenalkan Hannah pada keluarga kawan baik Walid masa zaman persekolahan dulu"ujar Walid.
"Hannah ingat lagi tak uncle Luqman ? yang dulu selalu belanja Hannah macam macam ?"tanya Walid kepada aku. Aku cuba mengimbas kembali ingatanku. Dan yes aku ingat.
"Ingat Walid, uncle Luqman tu baik hatinya, dahulu selalu saja belanja Hannah apa saja yang Hannah mahukan"banyak aku terhutang budi kepada uncle Luqman, dia tidak pernah melayanku dengan buruk malah dia melayanku seperti anaknya sendiri. jasanya tidak akan pernah aku lupakan.
"Tak sangka Hannah masih ingat lagi pada uncle"ujar salah seorang dari tetamu walid. Wah ! wajah uncle Luqman langsung tidak dapat aku mengecamnya kerana sudah banyak perubahan yang ketara. Biasalah sudah bertahun tidak berjumpa. Dulu masa kecil dia jumpa aku tengok selekeh saja sekarang dah besar mestilah aku nampak cantiks kan? hm angkat bakul sendiri kejap.
"Eh mana boleh lupa uncle, jasa uncle tak akan pernah Hannah lupakan"ujarku. Aku melangkah ke arah uncle Luqman dan isterinya lalu aku menyalami mereka.
"Makin cantik Hannah sekarang, kan bang?" Beria-ria aunty isteri kepada uncle Luqman memuji aku. Aku apa lagi ? kembang habis laa!
"Lepasni kena formal ye Hannah, uncle Luqman tu ada title Dato tau jadi jaga jaga hahaha" Alangkah terkejut aku sebaik sahaja mendengar tittle uncle Luqman. Sungguh tidak sangka dia mempunyai pangkat Dato.
"Apa kau ni Mir, tak usahlah nak berformal kita ni dah macam keluarga dah"ujar uncle Luqman, dengan rendah diri. Ini kalau orang lain diluar sana pasti bangga dengan title mereka.
"Aunty dengan uncle dah lama ke sampai sini" tanya aku kepada uncle Luqman dan isterinya.
"Dah lama juga lah sampai disini"jawab Aunty Riana. Aku menggannguk perlahan lalu mengukirkan senyuman.
"Lupa pula nak kenalkan, ni Adam Mikhael anak uncle"Uncle Luqman memperkenalkan anak lelakinya kepada aku. Aku dari tadi perhatikan lelaki ini, dia dengan telefon pintarnya memang tidak dapat dipisahkan agaknya. Manakan tidaknya dari tadi aku perhatikan dia asyik menatap telefon sahaja. Elok la tu nanti lapar makan lah benda alah tu!
YOU ARE READING
Hannah Aqeelah
Short StoryPerkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya serta merta ditolak mentah oleh Hannah Aqeelah, namun keluarganya masih berkeras ingin melangsungkan perkahwinannya. "Hannah tak nak kahwin dengan dia Walid ! tolong lah jangan paksa Hannah" Hannah Aqee...
